Pages

Sunday, March 6, 2016

Homemade Playdoh

Homemade Playdoh

Bismillah...



 Mahai sgt playdoh...bli kat diy pun jenuh jimat. Buat sendirilah...alhamdulillah  tgk pinterest...blog. Siaplah satu. Lps berminggu2 buat yg batch 2 pulak.

Bahan2.
  1. Garam 1/2 cawan
  2. Minyak zaitun 2 sudu
  3. Pewarna satu penutup
  4. Tepung 2 cawan
  5. Air panas dan sejuk

Cara2.
Panaskan air. Masukkan air panas dgn garam. Kacau sehingga halus. Air tu cukup2 utk mencairkan garam.

Masukkan minyak dan pewarna. Kacau.

Masukkan tepung. 

Uli seperti kulit karipap. Uli sehingga lembut dan sebati. Selang-selikan dengan air panas dan sejuk. 1:3
Kalau terlebih lembut sehingga melekat,  uli lagi sehingga tidak melekat.

Kalau kering tambah air dan uli.
Kalau lembik tambah tepung dan uli.

Dah boleh maiiiiiinnnnn.
 Nak pack pun boleh.




Friday, February 27, 2015

Hadis Lilitan Hijab

                               🌹Lilitan-Lilitan🌹

Bismillah. ..
Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;
                       لَيَّةً لا ليَّتَيْنِ
“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).




💐Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.

🌻Hadith tu ulama berbeza pendapat ttg statusnya. 
1) Imam Suyuti mensahihkannya dlm Kitab Jami' Soghir
2) Syeikh Syu'aib Al-Arnaout mendhaifkannya.

 🌷Lilitan yg dimaksudkan dlm hadith tu mmg seperti mana yg zahir pada hadith tu, iaitu lilitan tudung sprt zaman skg (shawl/pashmina/turban)


🌸Tapi dari sudut fiqhnya, apa2 style tudung tidak diharamkan syarak selagi tidak menyerupai Lelaki. Dan masalah penyerupaan dengan lelaki (tasyabbuh bir rijal) ini sbnrnya berbalik kpd 'URUF iaitu ADAT MASYARAKAT SETEMPAT.



 🌼Sekiranya ' uruf menganggap style lilitan sekian sekian menyerupai LELAKI, maka baru jadi haram. 

🌹Sbb adakalanya sesuatu pakaian tu dikira menyerupai Lelaki di suatu tempat yg khusus tp dlm masa yg sama ia tidak dikira menyerupai Lelaki di tempat yg lain.

🍀Dan satu lg, kita kena teliti dlm memahami hadith tu. lilitan yg bagaimana bentuknya yg Nabi SAW larang? Kita tau ke?

 Bila xtau, maka ia kembali kpd 'uruf

🌻So conclusion 
Xkira apa fesyen hijab...selagi masyarakat  xpggl itu SERBAN...dibenarkan syarak. Yg penting xpakai bonggol unta -itu dilaknat, xbau syurga. Dan bukan fesyen2 pendeta2 agama.



 Wallahua3lam
Via Us Abdul Rahman h.a

Thursday, February 26, 2015

Hakikat Iblis

  Bismillah...

                              👹Hakikat Iblis👹



 2 pendapat spt tercatit dlm Tafseer Munir by Dr Wahbah azZuhayli.

1⃣drpd jin, dan jin susur galur dari malaikat, diciptakan dari api🔥 dan iblis dari mereka. Kahfi:50(إلا إبليس  كان  من الجن )

2⃣drpd malaikat,  krn perintah sujud🙇 itu adlh utk malaikat. 2:34
(وإذ  قلنا للملائكة اسجدوا)
Berkata Ibnu Abbas : Iblis adalah daripada malaikat, apabila mengingkari Allah, Allah tlh murka dan melaknatnya maka jadilah Syaitan👺
Ayat Kahfi:50 menunjukkan  bhw jin adalah malaikat yg bekerja di syuga- menjaga gedung2 n perhiasan2 ahli syurga.💍💎

👍👍Yg rojih/jwpn terbaik adalah pendapat  1⃣ krn ayat scr sorih dalam kahfi:50 kerana iblis tlh mengingkari perintah Allah dan malaikat  tidak akan mengingkari apa yg Allah perintahkan kpd mereka.

Wallahua3lam 

Wednesday, December 17, 2014

bertemu alHabeeb-sollallahu alayhi wasallam-

Bismillah...




★ada riwayat mengatakan hajarul Aswad dan kiswah,kain kelambu Kaabah sering bercanda sesama sendiri.
★s. Rabiatul Adawiyah ketika dtg bagi mengerjakan haji, kain kelambu
Kaabah datang terbang ke arah beliau smbil mengucapkan Ahlan Wasahlan wa Marhaban bikum. (Welcome, Welcome)
★Percubaan Sultan Abdullah, seorg raja yg zalim yg memerintah sblm zaman Turki Uthmaniah utk mencabut keluar Hajarul Aswad. Dikatakan 20 ekor binatang diperlukan bg mengangkat serpihan batu Hajarul Aswad.
Namun, apabila berjaya diambil semula, serpihan batu Hajarul Aswad kira2 12/13 biji tidak berat dan payah utk diangkat. Serpihan batu tadi digamkan kembali.
★Tiada nas yg mengatakan Hajarul Aswad hitam kerana dosa manusia.
★air terbaik : zam zam dan air yg terpancut keluar dr celah2 jari alHabeeb - sollallahu alayhi wasallam-

Wallahua3lam.
Via Us Solahuddin, Makkah alMukarromah.



alhamdulillah,,,
2 Disember 2014 Allah memberikan kami sekeluarga peluang ke Haramain utk melakukan umrah dan menziarahi alHabeeb-sollallahu alayhi wasallam-. Affina xikut sekali sebab dia masih belajar di Indonesia.

Jom tgk gambar.

                                                Ada talaqqi di Masjidil Haram

                                                            
                                                               di Jabal Rahmah


                 Di bukit Marwah,,,,klu x salah. Lepas Saie, seronok berdiri di batu2 macam refleksologi



di lobi hotel ZamZam

                                                           


                                            di Muzium, belakang kami adalah perigi ZamZam

                                              bersama mutawif kami, alFadhil Us Salehuddin


                                     di blakng clock tower,hotel

Makkah- makan malam di rumah Dato Zainal-Zahafiz

Di masjid Nabawi-ziarah Raudhah  bersama Us Ira


                                          Jubah 30riyal 30riyal --lagi murah dari yg dijual di Makkah

                                                     Waktu Maghrib

                       Kubah Hijau- rumah alHabeeb-sollahu alayhi wasallam- bersama Saidatina Aisyah

 

                                           Di masjid Quba-first mosque in Medina

                                                                        di ladang tamar

                                                   di loby hotel ZamZam,Makkah.

                                        Di bukit Uhud, uncle sebelah tu looks like Abah right?

Alhamdulillah,, moga Allah terima ibadah kamai,doa kami,hajat kami,taubat kami. Ameeen.
Kalau sahabat2 nak pergi,pilihlah ketika Disember,time visa umrah mula dibuka selepas haji. Cuaca bagus untuk kita2 Malaysia, tak sejuk sgt dan tak panas. Orang tak berapa ramai sbb visa umrah mula dibuka.

Okaylah,itu sahaja buat kali ni.
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat bff Effy dan Mat Deng dan kawan2 lain. Tak lupa jg Kak Bi yg dh seliver. Moga Allah memudahkan mereka dan murahkan rezeki mereka. Ameeeen.
Dan mudahkan jodoh aku dan Kak Noreen juga,,,ameeen. (iklan)

Tawsiyah Us Tuan Ibrahim Tuan Man

Bismillah...



Sedikit perkongsian dari ceramah Us Tuan Ibrahim Tuan Man.

1)Buah bagi tawakkal ialah Redha.
Tidak namanya Tawakkal jika tidak Redha. Redha...cakap mudah,buat payah. Bagaimana nak mendidik diri kita redha setiap kali ada benda yang tidak memuaskan hati? Ucaplah,
رضيت ربي...
Atau Aku redha dgn ketentuanMu. 


2) Allah beri sakit kepada hambaNya atas DUA sebab:
●imma utk mengampunkan dosa hambaNya.
●atau utk mengangkat darjat hambaNya
Tetapi kenapa alHabib-sollallahu alayhi wasallam- sakit, sehingga dlm riwayat nabi mencelupkan tangan baginda yg mulia lalu menyapu Muka sambil berkata (رفيق الأعلى) ?
Kenapa baginda sakit walhal Nabi tiada dosa? Kenapa baginda sakit walhal darjat Nabi jauh tinggi di JannatulUlya, syurga Firdaus?
Kenapa Nabi masih sakit?
Ulamak menjawab adalah supaya kita mengambil ibroh,supaya kita terus berusaha,jangan cepat berpuas hati dengan amalan kita.



3)Us Tuan Ibrahim ada menceritakan ttg asal bacaan Iktidal,bagaimana dahulunya stp zikir solat adalah Allahuaakbar, apabila Saidina Abu Bakar terlambat dan hanya sempat ruku3,lalu beliau mengucapkan Alhamdulillah. Nabi bangun iktidal mengucapkan سمع الله لمن حمده... Pabila selesai solat, sahabat bertanya Nabi ttg zikir Nabi, Nabi berkata ktk solat aku terdgr Allah berkata Aku mendengar HambaKu... Lihat, ucapan saidina Abi Bakr dijawab Allah. Subhanallah!
Di masa lain,ada juga sahabat yang menambah zikir selepas iktidal iaitu (حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه) Selepas solat Nabi tnya siapa yg menambah bacaan sekian.Nabi tak cakap Ini bidaah!
Sahabat mohon maaf kerana terlewat dan kalimah itu terpacul dgn sendirinya. Nabi kata tadi Nabi melihat lebih 30 Malaikat berebut2 utk menulis pahala! Allah.
Tiba2 teringt filem barat baru tajuknya 'Lucy'yang berdasarkan sebuah teori.
Bayangkan manusia yg hanya menggunakan 10% dari otak dpt membina mcm2 teknologi, Lucy yg dpt memanfaatkan hmpir 100% otaknya dpt mengawal diri,org lain dan stp hidupan termasuklah mengetahui pemikiran org lain dan gelombang yg wujud di sekitar. Nabi dpt mengetahui stp yg ghaib mmg alKhobir yg menyatakan kpd baginda, namun sy rasa teori 100% otak itu boleh juga berlaku pada Utusan Allah ini. 3ajib!

4)Lastly, Us Tuan Ibrahim ada bagi amalan kalau sakit.
Solat hajat :
Rakaat pertama: alFatihah + ayat Kursi + ayat amanarrosul 2:285.
Rakaat kedua: alfatihah + ayat kursi + 3 Qul.


Wallahua3lam.
Via Us Tuan Ibrahim Tuan Man, masjid negeri
 

Blog Template by BloggerCandy.com