Pages

Thursday, June 10, 2010

Mansoura...Tarwih menikmati ciptaan Allah

Sedikit info ttg destinasi kali ini.
Mansoura means 'The Victorious (city)'. The city is named after the Egyptian victory over Louis IX of France during the Seventh Crusade.Mansoura lies on the east bank of the Damietta branch of the Nile, in the Delta region. Mansoura is about 120 km northeast of Cairo. Across from the city, on the opposite bank of the Nile, is the town of Talkha. Mansoura and Talkha together form a metropolitan city.

This is the 2nd time since last sem. break.

Tidak tahu apa perasaan sekarang ini.Adakah saya akan gembira atau tidak pada trip kali ini kerana pada trip yg lepas saya memamg sedih dan tiada mood lebih2 lagi semasa membeli-belah saya bertelagah dengan penjual kerana meletakkan harga yang tidak masuk akal dan mempermain2kan saya .

Kami menaiki bas ke Mansoura.Sahabat2 saya seramai 6 orang sedang bersarapan.Tetapi saya asyik melayan Facebook di LG saya sambil menghayati permandangan di tepi tingkap.Serentak dengan itu,bau hangit enjin menusuk hidung.Bas tersebut telah berhenti di stesen.Kami turun dan bertukar tempat di bas yang lain.Bas yang kedua ini memang berbeza benar.Saya duduk di bahagian belakang sekali dan semestinya tepi tingkap.Yang kasihannya,ada 2 org sahabat saya yg terpisah dan ada antara mereka yg duduk di sblh lelaki Arab.Sedih dia.Sepanjang perjalanan dia tidak melelapkan mata.Sahabat2ku yg lain sedang asyik melayari bahtera mimpi.Aku masih tidak mengantuk,meneruskan perbualan dgn kawanku yang sdg bercuti di Iskandariah.Moga dia baik2 di sana…

Sampai di Mansoura,destinasi pertama kami ialah Fayoumi,Kedai ais krim yang terkenal.Hanya membayar LE1.50 anda akan dapat menikmati kelazatan ais krim pelbagai perisa.
Selepas itu kami membeli-belah di pasar yg terdapat di situ. Saya tidak membeli apa-apa pun.Cadangnya hendak membeli jubah utk keluarga tetapi harga mmg mahal dan saiz memang senang cerita 3 org muat masuk jubah itu.



(Fayoumi)

Selepas solat Zuhr,kami meneruskan perjalanan ke Welatain,restoran ala-ala KFC.Sedap,kenyang dan berpatutan.Sambil menunggu hidangan,kami berbincang nak naik apa utk ke Kaherah.Kami pergi ke Mansoura ni tanpa perancangan yang rapi.Jgn ikut,bahaya.Tapi,spt kata sahabat saya, “Ini baru adventure!” Memanglah klu dh kena br,ternganga.Moga Allah jauhkan kami dr sgl yg buruk.

AA


(amacam,menggoda x?LE19.25)




(seriusnya perbincangan,bkn mengumpat ye..Tgh berbicang ayyu afdhal nk blk Kaherah:Tremco?Qitar?Bus?)



Selepas itu kami menaiki bot meredah sungai Nil.Sempat juga kami berseloroh,tiba2 tembus Sg.Klang.Wah,mmg blkg rumah saya. 1 jam untuk LE15,klu x salah.Tp,naik 15 awal,penat ditambah lagi dgn cuaca yang hangat.Memang seronok,kami sempat berlakon jd kapten.Mmg kebudak2an.Kwn2,bila nk matang ni??( ceh,aku ni ckp org..hehe)


(muka2 org yg nk blk msia thn ni,Jelesnyaaaa...)




(Aik,tadi org tudung hitam ni duk bot lain,tiba2 bot lain.Nisha,wat apa tu???)


Dh penat,dahaga ,panas pula tu,kami singgah di kedai ais krim sekali lagi.Dengan harga yang sama ,kami meminta semua perisa digabungkan dalam satu kon yang sama.Penjual tu tenang je.Kami tersengih.Makanlah kami,ada sahabat saya yang sampai tambah lagi.
Kami teruskan perjalanan ke Stesen Kereta Api.Ada sahabat yang bersungut kerana tiket kerta api yg berhawa dingin habis.Namun kereta api kelas 3 yang berharga LE7,bagus juga.Kami berlari,takut ketinggalan
Dalam kereta api,ada sahabat yang tidak dapat meneruskan perjuangan,terus melenakan diri.Saya juga yang masih bertahan ,melihat keindahan Mansoura(sbb itu say pilih duduk di sblh tingkap).Saya nmpak ada tempat buat atap rumah,ada seperti ‘oven’ besar utk bakar tnh liah(yea kot,xkaji pula).
Mataku terkebil2,bkn menahan mengantuk ttp kerana habuk2 kecil.Perjalanan diteruskan . Sawah padi bersilih ganti dgn tanaman jagung.Ada sahabatku yang teringat rumahnya di Perlis.Selepas itu aku lihat kilang2 yg dikelilingi pagar cawat berduri,kusangka penjara,tetapi tidak mungkin.(tempat buat atap)








(masing2 muka keletihan)

Hari beransur gelap.Saya khuatirkan keselamatan shbt2,since kami sahaja perempuan.Aku cuba membesarkan mata,membaca kalam suci Allah.Namun,penangan ais krim,ayam dan bot tadi…saya terlelap….
Akhirnya,sampai juga di Ramses.Pantas bertoharoh dan mencari masjid.Tetapi,hari mmg dh mlm benar.Masjid berkunci.Terpaksa kami membentangkan tudung yang sahabat2ku beli utk dijadikan tikar solat.Dgn berimamkan aku,kami bersembahyang di dataran yang agak terlindung,menyempurnakan qasar dan jamak kami.
Mansoura…mmg indah utk melepaskan tension.Ttp ingat bkn tempat utk membeli-belah..
Ala kulli hal,Alhamdulillah ,krn Allah tlh memudahkan sgl2nya kpd kami.
p/s upnext-rehlah ke Ain Sukhnah!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com