Pages

Saturday, June 5, 2010

Hulagu Khan


Saya baru habis membaca buku ini.Dan saya rasa inilah antara buku terbaik yang pernah saya baca.Sesiapa yang 'gilakan' Sejarah patut memiliki buku ini.Harganya murah terbitan PTS.

Buku yang mempunyai 256 halaman ini menceritakan Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.
Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.

Hulagu Khan berusaha untuk menumbangkan Kerajaan Abbasiyah yang sudah berdiri teguh selama 500 tahun. Di sini kita dapat lihat kerajaan Islam yang gilang-gemilang akan runtuh jika kurang mengamalkan ajaran Islam.Kerajaan Abbasiyah yang akhir ini banyak berlaku kepincangan seperti yang boleh kita lihat pada masa kini.Rasuah,rampasan kuasa,khianat seperti sudah menjadi trend biasa kerajaan Islam. Bukankah Islam itu syumul. Islam sudah mengajar segala-galanya tentang pentadbiran negara.

Kisah yang amat memilukan hati saya yang terdapat dalam buku ini ialah bagaimana Hulagu Khan dan tentera Monggolianya melayan rakyat selepas merampas tampuk pemerintahan.
Mereka membunuh kaum lelaki.Kaum perempuan pula diperkosa di hadapan bapa2 mereka.
Tentera kejam ini juga membunuh wanita yang sedang mengendong bayi.Kemudian bayi kecil ini telah dilambung ke udara dan ditombaknya lalu terputus dua.Begitu dahsyat umat Islam diperlakukan sedemikian.Adakah anda terperasan sesuatu? Semasa saya membacanya, perasaan sedih dan geram berbaur. Saya teringat pula saudara seagama kita yang juga dilayan sedemikian rupa di Iraq,Bosnia dan baru2 ini di Gaza.Cuma apa yang membezakan dahulu dengan sekarang ialah umat Islam sekarang 'disajikan' dengan bedilan bom yang meratah daging2 mereka hidup2,tanpa perikemanusiaan.

Perkara yang memang sama dengan realiti kehidupan umat Islam sekarang ialah ketika wilayah Lurs hendak diserang oleh tentera Hulagu Khan. Hati saya berbunga apabila seorang menteri Lurs mengatakan bahawa mereka tidak keseorangan dalam hal ini kerana Kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan Kerajaan Mamaluk di Mesir pasti membantu mereka memerangi Hulagu Khan. Saya menjangkakan tiada masalah untuk 2 kerajaan hebat ini untuk menyumbangkan tenaga.
Tetapi,jangkaan saya meleset apabila bantuan yang diharapkan pemerintah Lurs,Amir Lurs tidak kesampaian. Malah ditolak mentah2 oleh saudara segamanya.Namun Amir Lurs tekad menghadapi tentera Monggol seramai 200 ribu orang. Tahukah anda jumlah tentera Amir Lurs?
Tentera beliau cuma 50,000 orang.Dengan tipu helah,Hulagu Khan berjaya mengalahkan Lurs.

Situasi yang sama berlaku ketika negara Islam sekarang diserang alKafirun.Di manakah negara Islam yang mengaku saudara seagama? Mereka mendiamkan diri kerana gerun atau memelihara kepentingan diri sendiri?

Jadi akhir kata,anda harus memiliki buku ini agar kesilapan dahulu tidak akan berulang dan menghayati segala pengajaran yang terkandung dalam buku ini. Ingatlah kata2 George Santayana, " Those who cannot remember the past are condemnend to repeat it"
-wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com