Pages

Sunday, November 14, 2010

Jaulah Mahabbah-Alexandria

" Terasa macam nak pergi Alex la...."
"Nak pergi?Jom,kita pergi esok."

************************************************************************************
Begitulah permulaan Trip kali in.
Destinasi kali ialah Iskandariah..Ha? Tak tahu?Jom bc..

Iskandariah (bahasa Greek: Ἀλεξάνδρεια, bahasa Arab: الإسكندريه Al-Iskandariya) merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir, selepas Kaherah.
Bandar ini dinamakan selepas pengasasnya, Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.

Kami ke Ramses yg merupakan stesen perkhidmatan awam utk ke mana2 di Kaherah.Rncgn asal ialah menaiki kereta api,namu dsebabkan masa tidak mengizinkan ,kami terpaksa mengambil Microbus,lebih kurang Coaster.Perjalanan mengambil masa 3 jam.

Sampai sahaja di Alex,alhamdulillah,Kawan Ulya ,pelajar medic tahun satu membawa kami ke rumah beliau.Sebuah rumah sewa yg lengkap berperabot.Agak mewah juga.Kami bersiap2 sebelum ke destinasi seterusnya.


Kami dibawa ke pasar menaiki tram,spt komuter .Pasarnya lebih kurang seperti pasar Hussein di Hayyu Azhar ttp jubah2 di sini amat murah.Harganya lebih kurang LE35,tidak seperti di Kaherah mahupun Mansoura.Tapi,mak jgn risau.Nisha x beli pun.Saving...






Kami sempat merakam Ammu yg sdg membuat Kunafah(sejenis manisan Arab).Dan scene yg paling menarik ialah ada gerai yg menjual kepala lembu-LE50.Masyuk!Pasarnya mmg besar namun sebahagian shj yg sempat kami jaulah krn Maghrib sdh mahu menjelma.Pasar di situ seolah2 kurang tersusun krn di situlah bhgn pakaian ,dan sebelahnya kedai ikan.



Selepas solat Maghrib,kami dibawa makan ke Western Restaurant-Coffee Roastery.Restoran yg agak mewah,menghidangkan pelbagai dishes yg best esp steak.Harga stu hidangan yg kami pesan LE40+.Tapi,ada yg lagi mahal LE70+,LE90+ pun ada. Tapi,restoran ni mcm restoran Melayu kerana penuh student Medic Malaysia.Siap jumpa Maryam lagi,dari Kaherah jauh dia dtg,mcm aku juga.Tp,memang thumbs up la restoran ni.Sedap dan mengenyangkan.Layanan quite okay.Alhamdulillah.

Setelah kenyang,kami ke Karamantas,tempat hiburan Keluarga.Kenapa saya tulis begitu kerana pusat ini tiada langsung remaja melainkan kanak2 dan ibu bapa serta datuk nenek mereka sahaja yg memenuhi ruang legar.kami pun ikut join sekali jadi kanak2 bawah 12 tahun.Agak cemburu juga melihat kanak2 berlari,menarik tgk mak:Mama,aizah di,da(mak,nak tu,ni) Amboi,anak2 Arab yg kaya2 ni ,order aja.Almuhim ,kami melihat wayang 3D-dinasour dan menaiki roket(mcm kat Petrosains).
Puas kami jerit2 ketakutan krn binatang2 prasejarah mmg nampak real.Mcm nk makan kami sahaja.Betullah best mcm Fina ckp masa dia tgk Avatar 3D dulu.

Pagi tu,kami ke bangunan MARA menunggu kawanku yg sama2 belajar di Sekolah Integrasi as-Syakirin,sek.13 Shah Alam...Wan Amalina!!! Student Medic thn 1.Rindunya dgn dia,dia x bnyk berubah-comel seperti dulu.Sementara menunggu dia ,aku n Ulya bersiar2 di sekitar.Syafiah pula meluangkan masa dgn sepupunya. Aku n Ulya bercadang untuk ke laut sambil mkn Ais krim.Heh,xsempat dh cair.Org Arab semua pndg pelik tgk kami pgg ais krim sambil jln2,lintas2.Rasa mcm makan di siang hari di bulan Ramadan.Bila fikir balik,patutlah sekarang kan org puasa Zulhijjah.Org Arab mmg ihtiram dan bersungguh2 mengejar fadilat Zulhijjah.Kami musafir,hehe. Tanpa kawan2 Alex,aku n Ulya menjelajah sekitar sempat siap bergambar dgn kereta kuda.Itu pun puas ber'ayat' dgn Ammu tu.Org nk tgkap gambar je(LE1). Habis tgkap gmbar,dia gerakkan kereta kuda.Aku lompatlah,klu aku x buat mcm tu,bila dh bergerak nnti,kena bayar double.Nampak org Arab memancing,menarik jala.Meriah..




Wan dah sampai.Oleh sebab kesuntukan masa,flight kami pada pukul 2(xdelah naik train je)Kami dibawa ke pasar je.Syafiah,lain kali ye kita pergi makam nabi Daniel,King Farouk's castle.Memang bercadang nk ke sana.Tp,dh namanya student First Year.Wan tak arif sgt tempat2 tu.

(penduduk Mesir-walaupun sibuk dgn urusan harian,solat tidak dilupakan,malah dilakukan scr berjemaah di tgh2 pasar.)

Kami cuma ada masa 1 jam 15 minit utk solat Jama3 zohor dan Asar dan juga bergegas ke Stesen Kereta Api. Turun bangunan MARA.Jalan sesak.Akibatnya...tiada teksi yg mahu menghantar kami ke stesen kereta api.Maknanya apa? We have to walk and run!!!

(nsb baik sempat tgkap gmbar semalam masa beli tiket nk blk)

Duduk sahaja atas bangku kereta api,barulah kami boleh menarik nafas lega.15 min sblm pukul 2.Suatu rekod yg bolehlah dibanggakan.Bayangkan pelancong dari Kaherah tiba2 ke Alex.Dah tu dari Bangunan MARA ke stesen kereta api,jalan kaki,berlari,tiada peta.Harapkan tanya orang2 Arab.Alhamdulillah,mereka semua tahu jalan,sbb kadang2 ada yg tak tahu jalan.Di sini kemahiran muhadasah mmg berguna.Cuti ni bnyk kalimah2 Ammi yg baru yg kami dpt.Dan pengalaman baru ni bnyk mengajar Syafiah,pelajar baru.Dia pun dh pandai berAmmi.Memang Allah memudahkan segala2nya.


No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com