Pages

Saturday, November 20, 2010

Sahabat,berubahlah...


Sahabat
Tahukah engkau di fikiranku itu cuma kamu?
Tahukah air mata yg mengalir ini keranamu?
Tahukah engkau kucuba memenuhi keperluanmu walau kutahu hampa yg akan kuterima?
Tidak,kau tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu.

Sahabat
di saat kumenghulurkan tangan
tidak kautepis namun mengapa genggamannya tidak seerat biasa?
Berubahkah engkau?
atau salahku sendiri?

Acapkali kutercari-cari kesalahanku
Sahabat,tanpamu tidak kutemu
Kuperlukan sokongan ,kerana manusia tidak bisa hidup berseorangan
Benarlah kata-kata Rasulullah.

Namun,sabarku..
Sahabat...sabarku ada batasnya
Kujuga manusia biasa
punya perasaan dan hati
Maafkan atas apa yang terjadi
Tika marah menguasai
Syaitan mendahului
Kulupa sabda junjungan kita
Kupergi meninggalkan kau terkontang-kanting..
Allah,terimalah taubat hambaMu ini.

Kumengharap sepermegianku ini
menjadi pengajaran untukmu
bahawa tak semua seperti kauharapkan
tak semua berada di bawah telunjukmu,sehingga seenaknya kauperintahkan sana sini
Berubahlah,sahabat...kumohon

Kini,kumuncul lagi
mengenangkan ukhuwah yg telah sama-sama kita lakarkan
atas kanvas kehidupan kita
Biarpun kadang-kadang kuterfikir,
Mengapakah persahabatan yang dilakar bersama perlu dicacatkan dengan warna2 ketidakmatangan,
sehinggakan lakaran indah itu kelihatan jelik dan busuk.

Ah!!
Barang yang lepas usah dikenang
Kucuba menerima segala kekuranganmu
Kerana cintaku terhadapmu kerana Allah
Bukan kerana kau ukhtiku..
Uhibbuki fillah abadan abada..

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com