Pages

Thursday, November 18, 2010

Untuk sahabat..

Sahabat,
Izinkan aku berkata-kata,
melepaskan segala kekangan di dada
yang saban hari menyesakkan nafasku

Izinkan,Sahabat
Kali ini sahaja lidah ini pincang berkata-kata
melepaskan segala yang terbuku di hati
Andai kauterluka,hatimu terusik
Ampuni aku

Sahabat,
ketahuilah,kau tidak seperti dulu..
Kaubukanlah seperti sahabat yang kukenal dahulu
Ada kalanya aku terfikir
Tanganmukah yang kugenggam dahulu ketika bibir sama2 menutur janji
akan menggali sedalam-dalamnya lubuk ilmu di sini?
Bahumukah yang menjadi sandaranku tatkala kumengadu susah payahku di sini?
Adakah itu kamu?

Sahabat...
Kita makin jauh..
Perubahan yang kaucipta
Kuterima,kuhormati
Tidak sedikitpun kuterfikir untuk menghalang
jauh sekali untuk memberontak
Namun hakikatnya,kita makin jauh

Sahabat..
Di manakah ukhuwah yang sering kaulaungkan dahulu?
Ya,kalimah Ukhuwah itu,manakah ia?
Sudah luputkah ia? Sudah hilangkah ia?
Runtun hatiku setiap kali memikirkan ia.


Sahabat..
Hatiku tidak mampu lagi menahan derita
Telingaku sudah perit mendengar kalam2 manusia
tentangmu..yang sudah jauh berubah
Ah!!
Mahu sahaja hati ini menjerit kepada mereka,menafikan segala kalam busuk
yang mereka lontarkan,
Geram mendengar kata2 bisa yang mereka tuturkan
Namun,kuhanya mampu terdiam
Satu sahaja pintaku
Kembalilah..




No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com