Pages

Friday, January 7, 2011

Kesalahan-kesalahan Tajwid dalam al-Fatihah



Di ruang yang terbatas ni, sy nak kongsi sikit ilmu sy yang tak seberapa ni tentang bacaan al-Fatihah. Sy ni taklah pandai mana. Cuma aku nak kongsi ilmu yang sy ada ni. Ini juga kelebihan mempelajari AQ di bumi Mesir ini.Ramai org ingt ,bila dh tua,xpayah blj( thn ni 20,hehe) Salah pemikiran tu,bila di sini baru sy tahu bnyk kesalahan yg sy lakukan selama ni.

Berikut merupakan beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang mungkin kita terlepas pandang. Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh membatalkan solat kita.

Kalau ada sesiapa yang nak tambah dan betulkan, silakan ye... :) . Namun, nak ingatkan di sini, blog bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar al-Quran. Blog hanyalah sekadar bahan bacaan. Untuk mempelajari al-Quran, berjumpalah dengan guru al-Quran, insya Allah...



1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Kalimi Musaqqal. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

sumber-soutulmujahid

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com