Pages

Wednesday, January 12, 2011

Jadi mutakallimin jap..

bismillah,,,

Alhamdulillah,selesai juga paper keempat-Fikh.Seronok kali ni jawab tak macam ujian Fikh yg pernah sya jwb masa di Malaysia.Yang pertama,rasa kelainan bila menghafal dgn faham makna dan menghafal xfaham2 makna.Seronok.Selain itu,semalam jawab kertas tu penuh dalil,betul2 berangan menjadi ahli Fuqoha'.Tapi,ada soalan minta jenis air.Tujuh2 jenis air(perigi,laut,hujan dll) sy ltk.Then,yg x tahan,dia minta dalil.Adui,dalil? AlQuran,hadits? Alhmdlh,dalil utk air hujan,selamat.Air lain? Tiba2 teringat,surah balBaqarah,juz 1:,Hah,ada kalimah sungai,kalimah air dr celah2 batu. Aku pun terus copy paste dr zihn. Slps itu aku,إعقلها فتوكل...hehe,tak tahulah reaksi Dr.Atiah apa.Nasib baik juga ,doktor lain yg jaga akhawat,bukan tak suka.Tapi,bila doktor yg ajar madah tu jaga ,ada rasa lain sikit.Debaran tu lebih ckit.

Post kali ini,berkenaan dgn satu videoklip baru dari Lady Gaga,mgkin org bila bc ni akn kata,'laa,org dh lama tulis dah,hang baru nk tulih?' 'org dah tau,toksah la penat2' 'tak yah buang masa,baca tauhid...'

Tapi,tak kira,ni blog sy.Suka hati aku nk tulih apa2,hehe...
Lady Gaga,illuminist terkenal. Kali ini vdeo dia menghina agama kristian,tapi xboleh post gambar krn amat dahsyat dgn auratnya--xpasai2 aku terpalit sekali.Point yg penting,klu dgr lagu smbil tgk vdeo,mmg xjadi.sebabnya,vdeo amat menakutkan...Tp lagu dia not bad for those who dun understand the lyric. Risaunya adik2 sy dgr.Mesti lagu Alejandro by Lady Gaga dh lepas ke corong2 video di Malaysia.Ni nk kena warning adik2.
K,cerita selanjutnya kome baca sendiri di cerita
ttg ~ladygagap~

Sabtu ni paper Tauhid pula. Alhamdulillah,Allah beri peluang utk aku mendalami الخريدة البهية.kitab Tauhid Manzum olh Sheikh DarDir(makamnya di Hayy Azhar yg belum sempat kukesana). Kami belajar Tauhid start dari basic iaitu menyentuh 20 sifat2 Allah.Kami diajar olh Dr Fathi yg kata2 famous beliau ialah : أسأل أنا؟ .

Di sini kami turut belajar bgaimana ahli falsafah memperdebatkan isu 'ketuhanan'.Dan kami belajar cara2 nk melawan mrk mggunakan hujah akal .Kenapa xguna 2 senjata terulung iaitu AlQuran dan AsSunnah? Krn mrk menolak terus kewujudan dan kesahihannya.Shg ada yg menafikan kewujudan tuhan.Dahsyat,setakabbur iblis pun,dia mengaku tuhan.Samalah juga dgn mesej yg ingin dbawakan oleh Lady Gagap dlm vdeonya.Better jgn tonton kot,sy tgk awal2 je,mmg tergagap slps itu bila nk ulang alBaqarah.Ampuniku ya Allah.

Saya ada cerita ni, dari sebuah blog -Debat Imam Hambali.

Ketika zaman Imam Ahmad bin Hanbal, terdapat penganut fahaman atheis yang berusaha mengganggu keimanan umat Islam tentang kewujudan Tuhan. Mereka berjaya memutarbelitkan fakta berdasarkan kepada perdebatan dan logik yang mereka lakukan.

Menurut mereka, alam semesta terjadi melalui proses sendirinya tanpa campur tangan Zat Allah. Oleh itu, manusia tidak perlu menyembah Tuhan yang sebenarnya tidak wujud bagi mereka. Sudah banyak ulama yang berusaha berdebat dan membetulkan mereka, namun tiada siapa yang mampu mengalahkan mereka sehingga mereka menjadi bongkak dengan kehebatan tersebut.

Namun, Imam Ahmad berusaha untuk memberikan tentangan terhadap pendapat mereka dan mahu membuktikan bahawa pendapat mereka itu adalah salah. Biarpun penampilan Imam Ahmad tidak menunjukkan bahawa dia seorang ulama yang berilmu, kaum atheis tetap menerima pelawaan debatnya. Syaratnya ialah, pedebatan ini dilakukan secara terbuka dan dihadiri oleh orang ramai. Kaum athies setuju lalu menetapkan masa dan tempat.

Pada hari yang ditetapkan, Imam Ahmad lewat tiba hingga mengundang cacian dari kumpulan atheis manakala penonton yang menunggu pula merasa kesal.

“Sabar, sabar beri aku kesempatan menjelaskan sebab kelewatan ini,” ujarnya tenang. Walau merasa kesal, kumpulan atheis memberi peluang untuk Imam Ahmad bersuara.

“Begini, kamu tentu tahu bahawa saya tinggal di luar bandar. Di situ terdapat sebatang sungai yang cukup lebar. Ketika hendak datang kesini, saya mendapati tiada satu pun sampan yang membolehkan saya menyeberang. Itulah sebabnya saya terlambat datang.”

“Jadi, bagaimana kamu boleh tiba kalau tiada sebarang sampan?” tanya mereka kehairanan.

“Ah! Satu perkara yang ajaib telah berlaku,” kata Imam Ahmad.

“Secara tiba-tiba sekeping papan hanyut terapung-apung dan dengan sendirinya berhenti di depan saya. Kemudian disusuli oleh beberapa papan-papan lain yang juga hanyut lalu semuanya bergabung. Tiba-tiba muncul pula seutas tali. Papan-papan dan tali membentuk dengan sendirinya menjadi sampan yang elok dan baik. Sampan kecil itulah yang menyeberangkan saya hingga sampai ke tempat ini dengan selamat,” ungkapnya panjang lebar.

Kumpulan atheis itu ketawa terbahak-bahak. “Ah! Mengarut sahaja. Itu mustahil, dan tidak masuk akal,” kata salah seorang di antara mereka.

Imam Ahmad menjawab dengan lembut, “Kalau kamu tidak percaya sampan yang kecil itu boleh terbentuk dengan sendirinya, bagaimana pula dengan alam semesta ini yang besar dan boleh terjadi dengan sendirinya tanpa kekuasaan Allah SWT?”

Kumpulan atheis itu terdiam dan bungkam seribu bahasa. Oleh kerana tidak berjaya menemui jawapan bagi membalas kata-kata Imam Ahmad, mereka pergi begitu saja. Orang ramai yang hadir merasa amat gembira dengan kata-kata Imam ahmad yang kelihatan sederhana tapi amat mendalam hingga kumpulan atheis itu kalah sebelum bertanding.



Good Luck kpd sahabat2 yg exam hari ini...Semoga kita semua dpt jwb.Exam
krn Allah,bkn sbb takut ARB...

salam

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com