Pages

Monday, March 28, 2011

Kenapa berdoa pandang langit?

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

 Haa,bagusnya Eton mengajar adiknya."Langit kiblat Doa,sepertimana Kaabah kiblat solat". Baik sahabat,kata2 Eton pembuka topik kita pd pagi ini. Sebenarnya sy mdapat inspirasi utk menulis ttg ini sms mbaca post slh seorg sahabat ARB di facebook.

كما قال شيخنا الدكتور يسري حفظه الله وأعانه :

السماء قبلة الدعاء, الكعبة قبلة الصلاة, الله عز وجل قبلة الأرواح, وسيدنا محمد -صلى الله عليه وآله وسلم- قبلة القلوب



Bnyk juga site yg saya ziarah utk lebih mendalami ttg masalh ini ..Masalah ini mmg dah lama,cuma x putus2 ditanya masyarakat..Mereka pelik kenapa berdoa pandang langit,tak boleh ke kita pandang kiblat mcm solat,atau pandang shj tapak tangan. Masyarakat tidak cukup dgn penjelasan "sunnah nabi " krn kita sedia maklum bhw stp yg nabi buat mesti ada penjelasan dr aspek  factual dan saintifik.Ini menunjukkan masyarakat semakin matang dan tidak mengikut kata dr guru2 bulat,ada penjelasan mengiringi

Di almanar ada tertulis bhw s  
alah satu ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menengadahkan tangan ke langit saat berdoa. Beliau mengatakan,”Jika ada yang mengatakan,’kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menengadahkan tangan ke langit saat berdoa?’”




Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:


Pertama: Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat saat melaksanakan solat, dan meletakkan kening ke bumi saat sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah maupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat saat berdoa.

Kedua : Krn langit adalah tempat turunnya rezeki, rahmat dan keberkatan, sebagaimana hujan turun dari langit ke bumi. Demikian pula, langit merupakan tempat para malaikat, dimana Allah memutuskan maka perintah itu tertuju kepada mereka, hingga mereka menurunkannya ke penduduk bumi. Ringkasnya, langit adalah tempat pelaksanaan keputusan, maka doa ditujukan ke langit.

 Haa,ini berkaitan dgn akidah.Sms saya belajar dulu dgn Dr.Fathi,kitabالخريدة البهية للإمام الدردير . Sifat tukang buat manusia tak sama dgn mnusia.Klu sama,ia berhajat kpd apa yg manusia mahu. Misalnya,bentuk,tempat dan arah.Namun masih ada segelintir manusia yg berhujjah mengatakan bhw Allah itu duduknya di langit.Hujjah mrk: Kita berdoa menghadap langit, jd Allah atas langit. Cara nk radd kita katakan: langit adalah semata2 qiblat doa BUKAN tempat duduk Allah sbb Allah x berhajat pd tempat tempat adalh makhluk sedangkan Allah mustaghni 'anhu.
 ليس كمثله شئ
               “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]
Sedikit penambahan. Baginda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam juga pernah berdoa dengan cara menadah tangan yg lain. Telah warid dalam hadith bahawa ketika berdoa, tapak tangan Baginda dihadapkan ke wajah Baginda dan bukan ke langit, maka ini juga menolak dakwaan bahawa menadah tangan ke langit saat berdoa kerana Allah itu tempatnya di langit. Jika begitu halnya, bagaimana dengan cara kedua ini? Baginda juga pernah berdoa dengan menghadapkan tapak tangan ke bawah dan bukan ke atas iaitu ke langit. Ibnu Hajar menyatakan bahawa ini kaifiat berdoa untuk menolak bala. Maka, menadah tangan ke langit tidaklah bererti Allah itu di langit cuma langit itu ialah kiblat ketika berdoa, juga tempat turunnya rezeki. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com