Pages

Thursday, October 13, 2011

Madu-keajaiban alam semula jadi.

Bismillah..

Madu,,anugerah Allah yg tidak ternilai kpd hambaNya sejak dahulu lagi malah tlh lama diamalkan kerana manfaatnya yg begitu mengkagumkan terhadap kesihatan manusia.

Unsur mikro yang terdapat dlm madu adalah sama kadarnya dgn yg diperlukan olh darah kita.Oleh itu,ia mudah diasimilasikan.Peratusan mineral dan vitaminnya berlainan bergantung kpd nektar yg dibawa oleh Lebah dan sumber tanah yg menyumbang kpd tumbesaran flora.Ada pelbagai jenis madu.Ada yg terhasil melalui sekuntum bunga dan  ada juga di kawasan pergunungan yg mana inilah madu yang paling mujarab bagi proses penyembuhan.

Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang  hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Madu merupakan sedatif semulajadi yg berkesan bagi anda yg mengalami kesukaran utk tidur mlm.Sebelum tidur,minum segelas susu yg dicampur sesudu madu.Dan InsyaAllah,anda pasti akn tidur dgn nyenyak.
Jika anda sakit perut ,mungkin krn semasa di kenduri kahwin tadi,bnyk sgt nasi minyak yg tak habis.Penyelesainnya,minum segelas air yg dicampur madu dan lemon. Ha,berkesan juga klu anda sakit tekak.Lebih2 lagi dah nak musim sejuk ni.

Selain itu,bagi penghidap Anaemia,jika anda jemu dgn pengambilan bermcm2 jenis pil.Cubalah madu kerana ia merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.

Bagi kaum Hawa,daripada kita menghabiskan duit membeli pelbagai produk kecantikan dan alat2 kosmetik yg tidak kita ketahui kandungan sebenarnya,halal ke haram.Sebaik2nya kt memanfaati produk kecantikan yg berasakan madu krn ia berkesan utk wajah,rambut,kuku dan badan.Kulit menjadi mulus dan lembut utk disentuh.Produk asli adlh amat baik daripada produk kecantikan yg menggunakan unsur2 buatan.Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Klu masa duduk Msia dulu,mak selalu suapkan madu.Even bila adik2 saya dah sekolah menengah pun  Mak akn suapkan. Depa malas.Mak je la yg nk tgk anak2 dia sihat dan cergas.Klu mcm sy kat sini,takde sape nak suapkan. Saya buat ommellette. Telur kacau dgn madu dan garam. Bila ada madu,elok je dia masak mcm pakai 'pan stainless steel'. Sedap...Makan dgn roti klu nk kenyang.Resepi saya mmg diakui abah dan adik2.Sehinggakan,depa suruh sy buat klu nk iftor. ^0^ (perasantan)
Walau apa2 pun,amalkanlah madu bila ada peluang dan cuba yakinkan sahabat-handai ttg kehebatan madu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com