Pages

Thursday, August 16, 2012

Solat Sunat Hajat itu bidaah?

بسم الله الرحمن الرحيم

 Saya tahu tajuk kali ini agak keterlaluan sedikit. Tapi,hey come on. Bayangkan sesiapa datang kpd anda dan menanyakan anda soalan ini. Takkan anda nk tempeleng dia,dan jerit ,"Hang Salafi ka?" Confirm lepas itu hang kena balik. 

Kita sbg penuntut ilmu mesti beradab lebih2 lagi dgn ilmu itu sendiri. Jangan tanpa usul periksa,dgn ilmu seceot ada terus menuduh membabi buta.

Ceritanya bermula dengan inbox FB seorang rakan ,medic student memberikan link bhw solat sunat hajat itu tiada malah hadis yg mnyokong kewujudannya itu majoritinya hadis dhaif/lemah. 
Memang terkejut,kerana sya sebenarnya baru tahu. Forward msg ke sahabat di Mesir,,,,tidak berbalas.
Lastly,tanya Us Muhammad (ala,,hos  rancangan Usrah TV9) baru faham.Memang betul.Tapi,jwp yg dberi us ringkas. Mudah dan ringkas difahami org awam. Akhirnya,saya buat bahas sedikit,,,,alhamdulillah,terjumpa suatu blog.

Ringkasan daripada pendahuluan yg panjang lebar. Apa nak jawab bila orang tanya soalan spt tajuk post ini :



Solat hajat ialah satu bentuk sembahyang yang dilakukan demi untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT samada hajat berkaitan akhirat atau dunia.


Untuk Dalil alQuran,,rujuk surah alBaqarah,ayat 45.(Us. Mohammad usrah tv9 pun memberikan dalil yg sama)

yg bermaksud,

 ''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;"


Namun,tiada suatu pun riwayat Hadis yg disepakati sahih kecuali  HR atTermidzi, Ibn Majah, alHakim dan Ibn Khuzaymah dari Uthman bin Hunaif mengenai seorang buta yg datang menemui Nabi saw. Maka Nabi menyuruhnya solat dan do'a dlm bentuk tawassul.

Hadis lain majoritinya dhaif seperti HR Ahmad dari Abu Darda' , HR alMuwatta', atTabarani, adDailami dari Anas bin Malik dll.

Pendapat ulamak

Ada 2 pendapat ulamak,,,yg pertama menolak terus solat sunat hajat.Seperti pandanganSyeikh Abdul Aziz bin Baz ,mufti kerajaan Arab Saudi.Pandangan beliau turut dikongsi sebahagian yg lain terutamanya yg beraliran Salafi atau Wahabi. Mereka menolak terus hadis dhaif dalam penghujahan mereka.

Pendapat kedua iaitu jumhur ulama dan ahli ilmu. Aljaziri menyatakan adanya kesepakatan 4 Imam (Hanafi, Maliki, Syafi’I dan Hanbali) tentang solat hajat. Pandangan mereka dikongsi oleh ramai ulama. Ini berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh banyak ulama hadis sebagai mana yang telah dinyatakan di atas.Walaupun hadis-hadisnya tidak disepakati mencapai martabat sahih malah ada yang mengatakannya dha’if, sebahagian ulama menyatakan hadis daif boleh diamalkan pada fadha’il a’mal selama mana hadis itu tidak terlalu dsa’if atau maudu’ (palsu). Lagipun ianya diriwayatkan oleh kitab-kitab hadis yang termasuk Kutub al-Sittah.

Para ulamak menyatakan bhw sesungguhnya harus bahkan sunat beramal dgn hadis2 dhaif dalam ibadah yg berkaitan dgn Fadhail al-A'mal. Antara ulamak yg memberikan penjelasan sedemikian  ialah Imam al-Nawawi dlm kitab2nya,lebih2 lagi kitabnya al-Azkar.


  • Us Muhammad  kata kita ni tidak mahir mencari dalil2 mggunakan hadis dan AQ klu nk dbandingkan ulama2 terdahulu.Seharusnya kita hanya mengikut kata2 mrk krn mereka mbuat sst berdasarkan dalil.
    Walau sekalipun hadis itu lemah atau dhaif ,,ia bukanlah palsu.

    Namun,klu kita nak berpegang dgn pendapat pertama,,,,silakan.
    Klu tak nak solat hajat,,mcm2 perkara lain blh buat

    berdoa di tengah-tengah malam
    - berdoa antara azan dan iqamah
    - berdoa pada hari Jumaat, yang padanya ada satu saat diperkenankan doa
    - berdoa sebelum memberi salam dalam solat.


    • lebih2 lagi ramadan,,doa org bpuasa xkan ditolak
    • ini shj yg saya mampu,,Insyaallah untuk hujah pensabitan lbh jls dan kukuh sama2 kita kji dan rujuk mereka yg lbih mengetahui. Wallahua3lam... apa yg penting bpegang kukuhlah dgn mazhab kt ahli sunnah wal jama3ah.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com