Bismillah..
Gerakan menuntut hak wanita sudah menjadi isu global.Boleh
dikatakan berlaku hampir setiap negara. Di Mesir, Huda Sha'rawi
juga hadir di tengah kekalutan siasah suatu ketika dahulu. Di Perancis Elisabeth Dmitrieff muncul. Di India,wanita
seperti Sarojini Sahoo juga
sibuk mempertahankan hak-hak balu,sistem warisan dan sistem kemasyarakatan patriarki .
Di Malaysia pun apa kurangnya.Sister in Islam,, sekumpulan
wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita
dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut
konteks sejarah dan budaya.
Pulak dah,,,isu ini memang lama.Bermula pada 1988 lagi,namun
setakat mana anak-muda kita cakna dengan masalah ini? Atau telah lupa? Atau
buat-buat lupa? Atau tak tahu?
Tak hairan kalau di Negara
barat,gerakan2 seperti ini muncul disebabkan agama yang mereka anuti itu tidak
mampu membuatkan mereka hidup dalam kerangka yang aman.
Contoh,pada masa Eropah lampau -
wanita dipertikaikan ada roh atau tidak, roh binatang atau manusia dsb.
Setengahnya dapat kedudukan
tetapi sebahagai bahan seks sahaja dan tak ada hak lain. Hak
dimiliki olh sebahagian kecil dari mereka.
Dalam Islam tidak berlaku begitu.Islam yg syumul menyamakan lelaki dan wanita.
Lihat sahaja bagaiman Islam mengangkat martabat
wanita. Sehinggakan sebuah surah telah dinamakan khas ,,surah anNisa’ . Hak-hak
wanita terpelihara. Sehinggakan tidak pernah kita kaji atau dengar adanya
gerakan feminism pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi,jelas bila ada gerakan seperti ini di
Malaysia,menunjukkan bahawa kurangnya pemahaman Islam yg diterapkan dalam
masyarakat. Kita tak boleh salahkan mereka 100% …. Kesalahan ini perlu
ditanggung pelbagai pihak. Barisan kepimpinan,para ulamak. Perlu ada kerjasama
yang jitu.
Dua salah faham terhadap keadaan wanita dalam Islam.
Dan inilah yang sering dicanang-canangkan orientalis.
i)
menuntut hak-hak wanita
-menggunakan nama Islam kerana
Islam menyamakan lelaki dan wanita.
ii) menuduh Islam menindas wanita
- ahli masyarakat kelas dua.
Mereka tak faham Islam tapi membuat tuduhan terhadap
Islam.
Namun,isu ini akan terus lenyap jika tidak digali
dari mana asalnya melalui kerangka sejarah.
SEBELUM ISLAM
Revolusi industri memaksa wanita
dan kanak-kanak bekerja di kilang, dibayar gaji murah,
tidak mendapat hak isteri,
perzinaan dan bekerja teruk. Eropah memang tidak berhati perut.
· Kanak-kanak
dibela dengan undang-undang tetapi wanita tidak.
· Perang dunia
mengorbankan atau mencacatkan ramai lelaki. Tenaga kilang diperlukan.
Saraan tiada. Wanita dieksploitasi
tenaga dan kehormatan mereka untuk menyara
kehidupan. Kebuluran dan
keperluan seks wanita eropah menghancurkan mereka. Poligami
tidak dibenarkan dalam katholik.
Wanita mula bangkit untuk
mendapatkan hak mereka melalui mogok, demo, media massa
dan undang-undang. Akhirnya
mereka mendapat beberapa hak mereka setelah perjuangan
yang panjang dan masih didiskriminasikan di Eropah
hingga kini.
Dalam Islam,
adakah semua ini berlaku..?
· Lelaki dan
wanita adalah sama- dalam hak, tanggungjawab, asal-usul, balasan akhirat,
muamalat, memilik, menggunakan
hak milik, hak menentukan perkahwinan, menuntut
ilmu dll. Islam berikan tanpa
perlu mogok, demo dan tuntutan.
· Barat hanya
memberikan hak pemilikan dan bertindak kepada wanita pada kurun
terakhir, terlewat 12 kurun selepas
Islam. Itupun dengan darah dan airmata wanita,
bukan secara sukarela dan kerana prinsip.
Konklusinya,Islam telah berikan segalanya
kepada wanita. Apa lagi yang wanita inginkan?
Kita sering dengar,, wanita
di negara Islam ketinggalan jauh dari wanita barat !
Siapa salah?
Bukan Islam atau ajaran Islam. Keadaan negara
Islam menyebabkan kemiskinan, jauh dari agama,kejahilan, kekejaman politik dan
pemerintah dsb yang melahirkan masyarakat zalim dan
menindas orang lain. Semuanya bukan lahir dari
masyarakat Islam.
Jadi,tugas seorang mahasiswi,,seperti biasa anda
kena faham anda sebagai pencetak lelaki.anda tidak akan mungkin mempunyai
kekuatan seperti seorang lelaki,megah di medan perang. Tugas anda lagi
penting,membentuk jiwa lelaki . Untuk buat kuih,contohnya karipap,,anda kena
tahu cara untuk kelip hujung karipap tersebut. Jadi,jika anda ingin membentuk
jiwa seorang lelaki,mencorakkan sifat seorang lelaki,kita perlukan ilmu. Dan
,sekarang masanya kita berusaha menggali ilmu. Imu itulah kita akan guna untuk
mengangkat martabat Islam sekali lagi.Islam tidak pernah jatuh,tapi kita yang
jatuh. Dah lama,takkan kita masih nak berada di dalam perigi?? Bangkit dan
keluar! Ayuh wanita,,,kitalah yang kena memahamkan wanita-wanita itu. Semngat
yang mereka ada itu jika kita salurkan di tempat yang betul boleh membawa
manfaat yang besar.Wallahua3lam!
No comments:
Post a Comment