Pages

Tuesday, December 18, 2012

Duduk bersama Alim

Bismillah,,,



Berkata Al-Imam Abu Al-Laith As-Samarqandy (W-373H) rahimahuLlah :
Sesiapa yang duduk bersama orang yang alim sedangkan dia tidak dapat mengingati sedikitpun dari ilmu yang dipelajari, nescaya dia mendapat 7 kemuliaan :


1 ) kelebihan sebagai penuntut ilmu
2 ) dia dijaga dari melakukan dosa
3 ) turun rahmat ke atasnya ketika keluar dari rumah
4 ) apabila turun rahmat ke atas ahli majlis, dia juga

mendapat bahagiannya
5 ) dituliskan buatnya pahala ketaatan selagimana dia mendengar
6 ) apabila sempit hatinya kerana tidak faham, kesedihannya akan menjadi wasilah ( penyebab doanya diterima ) disisi Allah Taala berdasarkan Firman Allah Taala di dalam Hadith Qudsi : (( Aku bersama orang yang bersedih keranaKu )) iaitu sebagai penyejuk hati dan penolong
7 ) dia akan melihat kemuliaan orang alim dan kehinaan orang fasiq, lalu hatinya menolak perbuatan fasiq dan cenderung tabiatnya kepada ilmu.

Dinaqalkan dari At-Tafsir Al-Kabir karya Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi (W-606H)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com