بسم الله الرحمن الرحيم
Kefarduan dalam berwuduk : surah alMaidah ,ayat 6.
1)Qiraat
{وأرجلَـكم} Lam berbaris atas
merupakan bacaan Nafi3 (Qari dari Madinah) dan Ibnu Amir (Syam)
{وأرجُلِــكم} Lam berbaris bawah
ialah bacaan qari –qari lain.
2) Balaghah
{إذا قمتم إلى الصلاة}
~ apabila kamu
hendak mengerjakan sembahyang~
Menyatakan kehendak
dengan perbuatan,,, Dua perkara yang dapat disimpulkan dari ayat ini. Pertama,ianya
diungkap dengan musabbab (penerima
kesan) walhal yang diinginkan ialah sebab seperti yang disebutkan
azzamakhsyari.
Kedua,ayat ini telah diringkaskan namun dapat kita fahami
walaupun tidak menyebut perkataan itu.
~ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak
mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil)~
3)Asbab Nuzul.
Imam Bukhari meriwayatkan dari jalur Amr bin Harits dari
Abdurrahman bin Qasim dari ayahnya dan dari Siti Aisyah yang menceritakan,
"Kalungku telah terjatuh di padang pasir, sedangkan waktu itu kami telah
memasuki kawasan Madinah. Kemudian Rasulullah saw. menghentikan (hewan)
kendaraannya dan langsung turun; setelah itu beliau meletakkan kepala beliau ke
pangkuanku lalu tidur. Sahabat Abu Bakar datang menghadap, kemudian ia
memukulku dengan keras seraya berkata, 'Engkau telah menahan banyak orang
karena masalah kalungmu.' Kemudian setelah peristiwa itu Nabi saw. bangun dan
waktu salat subuh telah masuk, Nabi saw. mencari air (untuk berwudu) akan
tetapi beliau tidak menemukannya, lalu turunlah ayat, 'Hai orang-orang yang
beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan salat...' sampai dengan firman-Nya,
'...supaya kamu bersyukur.' (Q.S. Al-Maidah 6).
Usaid bin Hudhair berkata,
'Allah telah memberkati orang-orang oleh sebab keluargamu, hai Abu
Bakar!'"
Imam Thabrani
meriwayatkan dari Ibad bin Abdullah bin Zubair dari Siti Aisyah r.a. yang
menceritakan, "Setelah lewat peristiwa tentang hilangnya kalungku, dan
setelah berlalu pergunjingan orang-orang tentang peristiwa dusta (al-ifki). Aku
keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu peperangan yang lain, maka terjatuh
pula kalungku itu untuk kedua kalinya hingga orang-orang menjadi terhambat
perjalanannya karena mencari kalungku itu. Kemudian Abu Bakar (ayah Siti
Aisyah) berkata kepadaku, 'Hai anak perempuan kecilku! Dalam setiap perjalanan
engkau selalu menjadi beban dan sumber malapetaka bagi orang-orang.' Setelah
itu Allah menurunkan ayat rukhshah (keringanan) bertayamum lalu Abu Bakar
berkata kepadaku, 'Sesungguhnya engkau ini wanita yang diberkati.'"
4)Tafsir dan Keterangan
Rukun #1-Membasuh Muka
Mulai dari tempat tumbuhnya
rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah
kanan dan kiri.
Tidak wajib mengalirkan air ke
mata. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung telah tetap hukumnya
iaitu sunat.
Rukun#2- Membasuh kedua tangan sehingga ke siku
{إلى المرافق} dan {إلى الكعبين}
menunujukkan bahawa apa yang selepasnya
adalah had maksimum kepada yang sebelumnya.
Jadi adakah had maksimum ini masuk atau terkeluar dari sesuatu hukum itu
diketahui dengan dalil lain. Contoh,Allah telah firman dalam surah alIsra’ :
{من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى}
Ayat ini
menunjukkan apa yang selepasnya iaitu Masjid Aqso masuk ke dalam hukum kerana
tidak akan terlaksana peristiwa Israk tanpa adanya Masjid Aqso.
Jadi kembali
semula pada ayat {إلى المرافق}
dan {إلى الكعبين} , tiada dalil
yang menerangkan kedua-dua ayat ini,namun Jumhur Ulamak telah bersepakat dalam kwajipan
membasuh tangan sehingga ke siku dan membasuk kaki sehingg ke buku lali,sebagai
langkah berjaga-jaga dalam beribadah.
Rukun #3-Menyapu kepala
Terdapat perselisihan dalam
kalangan ulama tentang kadar sapuan kepala.
Imam as Syafie berpendapat yang
perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala,walau sehelai rambut.
Imam Malik dan Imam Ahmad
berpendapat wajib meyapu keseluruhan kepala sebagai langkah berjaga-jaga.
Imam Abu Hanifah berpendapat wajib
meyapu satu perempat dari kepala,kerana menyapu kepala itu dilakukan dengan
mengunakan tangan. Dan kadar tapak tangan adalah satu perempat. Dan Nabi juga menyapu bahagian depan kepala
atau jambul rambut Rasulullah s.a.w
.Tetapi,sabit juga hadis yang menyokong pendapat mazhab lain.
Rukun #4-Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
Pastikan air mengenai pada
celah-celah anak jari dan kuku.
Diharuskan menyapu
khuf,menggantikan rukun membasuh kaki sebaik sahaja memakai khuf dalam keadaan
suci. Menyapu khuf merupakan keringanan
yang diberikan oleh Syarak kepada umat Islam. Semasa mengambil wudhuk, orang
yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di
atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Keringanan
ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada
di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi s.a.w. kencing, kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua khufnya”.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi s.a.w. kencing, kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua khufnya”.
Keharusan menyapu
khuf tidaklah selama-lamanya. Ia terikat dengan tempoh yang telah ditetapkan
oleh Syarak, iaitu;
a) Bagi orang muqim (iaitu yang berada dalam negeri, tidak keluar bermusafir) dibenar oleh Syarak menyapu khuf sehari semalam sahaja.
b) Bagi orang yang berada dalam musafir, tempohnya ialah tiga hari tiga malam. Menurut Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; musafir yang dimaksudkan itu ialah yang sampai jarak diharuskan solat Qasar iaitu dua marhalah . Jika jarak musafir kurang dari dua marhalah, maka tempoh keharusan menyapu khuf baginya hanya sehari semalam sahaja iaitu tempoh yang dibenarkan bagi orang muqim tadi.
Penetapan tempoh di atas adalah berdasarkan hadis dari Saidina ‘Ali r.a. yang menceritakan r.a.; “Nabi s.a.w. memberi (kebenaran) tiga hari tiga malam kepada orang musafir (untuk menyapu khuf) dan sehari semalam untuk orang mukim (yakni tidak bermusafir)”.
a) Bagi orang muqim (iaitu yang berada dalam negeri, tidak keluar bermusafir) dibenar oleh Syarak menyapu khuf sehari semalam sahaja.
b) Bagi orang yang berada dalam musafir, tempohnya ialah tiga hari tiga malam. Menurut Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; musafir yang dimaksudkan itu ialah yang sampai jarak diharuskan solat Qasar iaitu dua marhalah . Jika jarak musafir kurang dari dua marhalah, maka tempoh keharusan menyapu khuf baginya hanya sehari semalam sahaja iaitu tempoh yang dibenarkan bagi orang muqim tadi.
Penetapan tempoh di atas adalah berdasarkan hadis dari Saidina ‘Ali r.a. yang menceritakan r.a.; “Nabi s.a.w. memberi (kebenaran) tiga hari tiga malam kepada orang musafir (untuk menyapu khuf) dan sehari semalam untuk orang mukim (yakni tidak bermusafir)”.
Inilah 4 rukun
yang dipersetujui keempat-empat mazhab muktabar.
Adapun Jumhur
Ulamak selain Mazhab Hanafi menjadikan Niat sebagai rukun Wudhuk,berpandukan hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat..”
s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat..”
Mazhab Syafie dan Hambali menambah tertib
dalam rukun mereka kerana dimulakan dengan memasuh muka ketika hendak
mengerjakan solat,kerana telah diperintahkan dengan fa’ Ta3qib {فاغسلوا وجوهكم}.
Mazhab Maliki dan Hambali mewajibkan Muawalah
(berturut-turut)
Mazhab Hambali mewajibkan berkumur dan
memasukkan air ke dalam hidung.
Jadi,sempurnakanlah wuduk adalah kerana ia
merupakan syarat sah solat. Islam agama yang mudah. Percanggahan ulamak dalam
banyak perkara lain tak bukan kerana ingin menampung kepelbagaian masalah umat
manusia. Belajar memahami dan menerima pendapat mazhab lain,,kerana kelak akan
memudahkan kita juga. Wallhua3lam. Keterangan yg ringkas ini mengambil sumber
dari Tafsir alMunir – Dr.Wahbah Zuhaily dan Pak Google.
Wallahua3lam.
~sempat copypaste status kwn di
FB,,,,kebetulan sesuai dgn post kali ini,hehehe~
Qiraat ada 7/10,
mazhab nahu kufi & basri,
mazhab fiqh pny 4..
Semua punya pandang sisi yg berbeza, apa yg saya dapat dr 'mereka' ilmunya..
Khilaf mereka saling meraikan..
#sebalik lain-kita yg biasa jgn sampai rasa diri selalu betul..tampung kekurangan..perbaiki kelemahan..satukan perbezaan..
tp xkan sekali bercampurnya jahil dgn tahu..
mazhab nahu kufi & basri,
mazhab fiqh pny 4..
Semua punya pandang sisi yg berbeza, apa yg saya dapat dr 'mereka' ilmunya..
Khilaf mereka saling meraikan..
#sebalik lain-kita yg biasa jgn sampai rasa diri selalu betul..tampung kekurangan..perbaiki kelemahan..satukan perbezaan..
tp xkan sekali bercampurnya jahil dgn tahu..
p/s mlm tadi,,,sedih trus mandi walaupun masa tu dh mlm n sejuk beku.Tension sbb esok paginya kena ke jawazat,taslim visa.Alamatnya tak ke kelas Sheikh Yusri la. Lebih kurang 6.30am,terpacak di jawazat,,students Malaysia penuh di gate. Gate buka pukul 9 am. Tulis nama,,,haiii datang awal pun nombor dah 60 lebih.Ada kawan2 yg balik,sbb katanya last week Mama tu amek akhawat sampai 20..sadis betul. Bincang2 ngan Ateh,,klu mcm ni baik pergi kelas Sheikh Yusri,sempat lagi sbb baru pukul 6.40am.Sheikh start bc hadis 7am.Angkut Kak Jannah sekali,,haha. Alhamdulillah,tgk muka sheikh lupa jawazat.Hari ni belajar bab Li3an,kitab talak. (Subhanallah,tgk perancangan Allah!)
Akhir kata,,,2 jam slps tu call Akak Sabah yg menunggu di Jawazat nombor baru gerak 20 lebih,,,hmmm,,then akak tu call balik,dia kata Mama perambat students balik,tutup gate sbb dia pening bnyk sgt,kelam-kabut. Pulok,,,bulih pulok lagu tu,,,Harap sangat pihak EME boleh buat something utk solve problem ni. Minggu depan nmpak gayanya kena berkhemah la kot dpnn gate jawazat. Mama,,Ammu..ya Allah ampuni salah mereka,masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu krn mereka tak sengaja menzalimi kami,,,mengambil hak kami. Ameeeeen.
No comments:
Post a Comment