Pages

Sunday, January 20, 2013

Masjid Asyraf

Bismillah,,



Perompak di mana pun sama saja. Tidak mengira tempat untuk merompak hatta di masjid. Terbaru, siang kelmarin Masjid al-Asyraf telah dicerobohi perompak. Yang menyedihkan apabila perompak tersebut mengambil barang yang amat berharga iaitu recorder milik Syaikhuna Dr Yusri hafizohullah serta laptop yang banyak berjasa terdapat di dalamnya sebahagian rakaman pengajian dan dengan wasilah laptop tersebutlah diedit dan disebarkan pengajian Syaikhuna. Perompak juga sempat membuka mushaf milik Syaikhuna, mungkin disangkanya beg kecil yg mengandungi barangan berharga, dan ianya memang sangat berharga melebihi dunia dan segala isinya kerana ianya kalamullah. Semoga dia mendengar pengajian yang terdapat di dalam recorder tersebut dan diberi hidayah untuk memulangkan kedua-dua harta yg amat berharga tersebut.

إنا لله وإنا إليه راجعون...حسبي الله ونعم الوكيل

Teringat kisah al-Imam al-Fudhoil ibnu 'Iyadh rahimahullah. Asalnya beliau adalah seorang perompak jalanan yang hebat. Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu memanjat dinding sebuah rumah untuk merompak, tiba-tiba beliau terdengar sepotong ayat al-Quran (ayat 16 surah al-Hadeed) yang dibacakan penghuninya. Dengan serta merta hatinya dimasuki hidayah untuknya bertaubat sehinggalah beliau menjadi ulama besar pada zamannya dan namanya disebut-sebut hinggalah kini.


via us.Lukman

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com