Bismillah,,
4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw.
10. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya
benci, memusuhi orang yang
memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan
Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat.
Bukti dan Tanda Cinta Terhadap Rasulullah SAW .
1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw.
2. Banyak mengingati dan menyebutnya,
kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.
3. Menyampaikan selawat dan salam kepada
Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [
{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada
Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw.
5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda
saw baik dalam menyebut
nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:
] لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ
كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ
مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ
فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [
{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada)
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah
telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara
kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang
mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala
bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].
6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa
dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.
Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah
saw dalam sabdanya:
))مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي
يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ((.
“Diantara umatku yang paling mencintaiku
adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin
melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].
7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman
kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah saw:
((الدِّينُ
النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
“Agama
itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum
muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim,
No. 55].
Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman
kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.
8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami
maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya
(ahlu sunnah).
9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:
a. Ahlul-baitnya (keluarga)
b. Para isteri Baginda saw.
c. Para sahabat Baginda saw.
Sumber : abuanasmadani.blogspot.com
No comments:
Post a Comment