BIsmillah,,,
Suatu hari Sheikhuna
maulana Abdullah alJahhaf bercerita tentang kesukaran beliau dalam menuntut
ilmu di awal belasan tahun. Beliau tidak mempunyai wang untuk membeli kitab.
Jadi,beliau hanya ke perpustakaan untuk menelaah. Suatu hari beliau terbaca
kisah Saidina Hassan r.a cucu alHabeeb s.a.w. Kisahnya begini:
Setiap
tahun,Saidina Muawiyah r.a akan mengirimkan sejumlah wang kepada Saidina Hassan
bin Ali r.a. Suatu hari,Saidina Muawiyah r.a terlambat mengirimkan wang
itu dan menyebabkan Saidina Hassan r.a dalam
kesukaran. Maka,beliau pun meminta seorang lelaki untuk menulis surat kepada
Saidina Muawiyah r.a untuk mengingatkan tentang halnya. Namun,cucu Nabi
Muhammad s.a.w tertidur. alHabeeb s.a.w
datang bertemu beliau dalam mimpinya.
Rasulullah
s.a.w bertanya : Bagaimana engkau wahai Hassan?
Saidina
Hassan menjawab : Aku baik wahai Rasulullah.
Lalu Saidina
Hassan r.a pun mengadu tentang
keterlewatan Saidina Muawiyah r.a.
Rasulullah
s.a.w berkata: Kau meminta lelaki untuk menulis surat kepada makhluk seperti
kau untuk mengingatinya?!
Saidina
Hassa r.a pun menjawab : Ya Rasulullah.Oleh itu,apa harus aku lakukan?
Rasullah
berkata : Katakanlah,
اللهم اقذف في قلبي رجاءك واقطع رجائي
عمن سواك حتى لا أرجو أحداً غيرك. اللهم وما ضعفت عنه قوتي، وقصر عنه علمي ولم
تنته إليه رغبتي ولم تبلغه مسألتي. ولم يجر على لساني، مما أعطيت أحداً من الأولين
والآخرين من اليقين، فخصني به يا أرحم الراحمين
Ya
Allah,campakkan rasa pengharapan di hatiku.Putuskanlah pengharapanku daripada
sesiapa pun selainMu sehingga aku tidak mengharapkan kepada sesiapa pun
selainMu.Ya Allah,apa yang kekuatanku memperolehinya,ilmuku tidak dapat
mencapainya sedangkan keinginanku tidak lagi terhenti dan tidak terkabul
permohonanku serta tidak mampu aku ucapkan dengan lidahku daripada apa yang
telah Kau berikan kepada seseorang kepada orang yang terdahulu dan terkemudian
iaitu rasa yakin .Maka berilah kepadaku secara khusus wahai yang Maha
Penyayang.
****
****
Tidak lama
kemudian Saidina Muawiyah pun mengirimkan wang malah mengirimnya lebih dari
kebiasaan tanpa diminta oleh Saidina Hassan r.a. Maka apabila Rasulullah s.a.w
datang dalam mimpi cucu baginda,beliau pun telah menceritakan segala-galanya.
alHabeeb s.a.w menjawab : Begitulah wahai cucuku,mintalah pada alKhalik bukan
pada makhlukNya.
Sheikhuna
Abdullah alJahhaf mengamalkan doa yang diajarkan baginda rasul kepada cucu
baginda.
Suatu
hari,ada seorang lelaki pergi berjumpa beliau.Lelaki tersebut menyerahkan suatu
bungkusan.Katanya ada seorang lelaki yang memintanya agar diserahkan bungkusan
itu kepada Sheikhuna. Apabila dibuka,bungkusan berisi sejumlah wang.Wang itu
cukup untuk menampung pembelajaran Sheikhuna.
Subhanallah,maha
suci Allah yang memberikan rezeki dari segenap ruang yang tidak kita ketahui.
Amalkanlah doa yang diajarkan alHabeeb ini,insyaAllah segala kesulitan pasti
dibukakan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment