Pages

Tuesday, September 24, 2013

Syibh Nazar dalam berkorban.




Bismillah,,,
Sekadar perkongsian.

Asal hukum korban adalah sunat muakkad tapi kadang2 jadi wajib apabila diniatkan Nazar dan Syibih Nazar. Bila korban menjadi wajib, orang dan keluarga yang melakukan korban haram makan daging korban dan wajib disedekahkan kesemuanya.

Nazar seperti yg kita semua maklum.Tetapi,yang namanya Syibih Nazar ialah dengan menjelaskan sifat binatang korban contohnya jika ditanya :Mana lembu kau? Itu ha yg warna hitam, bawah pokok tu.
Korban itu menjadi wajib.Tapi, lain pula hukumnya,jika pihak pengurusan korban sendiri yang melabelkan lembu supaya mudah urusan contoh lembu ABC,,so klu org tanya yang mana satu lembu kita,memadai dengan berkata lembu A atau yang mana2 je,,,tidak perlulah menyebutkan lembu A yang warna putih ada tompok2 dsb.
Sighah merupakan rukun nazar.*Tidak sah nazar dengan diniatkan di dalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafaz dgn syiar yg iltizam cth علي ﻛﺬﺍ. Syibih Nazar ialah apabila kita menjelaskan sifat binatang korban,warna sekian,besar sekian. Jadi,dgn hanya isyarat tanpa syiar yg iltizam atau talaffuz terkeluar dari permasalahan ini.

Ramai yang terlepas pandang perkara ini.Jadi,hati-hatilah dalam beribadat .

Wallahua3lam.
-Via ustaz Azhar Hasyim,kelas Fathu Mu3in-

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com