Bismillah,,,
Alhamdulillah
sangat seronok akhirnya dapat jawapan.
Semuanya
bermula semasa saya sedang lihat satu video ni di youtube,satu rancangan di
Indonesia,rancangan Trans. Tak ingat tajuk apa,,tapi dokumentari tentang
pembongkaran misteri. Saya tengok masa tu tentang awal kejadian manusia.
Persoalan
di akhir video tentang ayat,
Allah s.w.t العليم العالم العلام Ilmu s.w.t tiada had. Malah Allah s.w.t
mengetahui كلي و جزئي Tiada apa yang tersorok daripada pengetahuan Allah tidak masa
silam tidak masa hadapan.Tiada yang bersifat dengan sifat Allah swt.
Namun
Malaikat di sini seolah2 mengetahui tentang jika ditaklifkan manusia untuk
mengimarahkan bumi ini pasti hanya kerosakan yang akan dilakukan bangsa yang
bernama manusia ini.Mereka akan saling menumpahkan darah.
Atau
,,,adakah ada manusia lain sebelum Nabi Adam a.s sehinggakan Malaikat r.a berkata sedemikian?
Lepas
tu video tu habis macam tu,,,,meninggalkan
aku kecengangan. Tanya roommate,dia peminat Tafsir dan Hafizah lagi. Dia pun
turut tercengang. Kami sama2 buntu.
Baru-baru ni masa kelas alQuran aku Tanya lecturer
sbb masa tu maulana Dr sedang mensyarah ayat :
Tapi
penerangan Dr kurang jelas . Mungkin aku pun tak berapa faham sbb Dr cakap
dengan lahgah ammiy yg pekat.
Kelas
tutor,,,trial exam,,malas,,,alasan,,,
Membuatkan
aku terlupa utk mengkaji,mencari,,,
Suatu
hari, (semalam lah,,^0^) Otak tak boleh masuk dah dengan Adab Nusus,UsulFikh
lagi,,memang tepu beku. Aku pun renggang2 kan otak sikit belek kitab الكامل في التارخ karya Ibnu Athir r.a
Memang seronok,sheikh muallif menceritakan tentang
awal makhluk yg dicipta Allah (pena) dan seterusnya. Aku teruskan lagi
pembacaan tentang khilaf pada zaman,,,seronok. Habis tajuk,akhirnya mesti WOW !!!
Sebelum tidur aku sambung tentang penciptaan Nabi
Adam a.s. Kisah tentang bagaimana bumi
memohon perlindungan pada Allah di saat malaikat Jibril a.s ingin mengambil
tanah.
Kisah di mana takabburnya Iblis,sehinggakan Iblis
menendang tubuh Adam a.s yang telah dibiarkan 40 tahun untuk mengeraskan tanah
liat tersebut.
Sehinggalah pada fakroh tentang penciptaan Adam a.s
menerangkan ayat Surah alBaqarah iaitu :
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang seperti bangsa jin yang membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu danmensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yangkamu tidak mengetahuinya". ---riwayat Ibnu Abbas.
Rupa-rupaya bangsa jin adalah yang pertama Allah
utuskan di bumi,selepas itu mereka membuat kerosakan dan pembunuhan.
Jadi Malaikat khuatir manusia akan membuat kerosakan yang sama.
Maulana Sheikh juga merujuknya di kitab Tarikh Imam Thobari r.a dan Imam Ibnu Kathir r.a .
Lega rasanya dapat jawapan. Tapi tak memberi suatu kepuasan pada saya utk menerima riwayat ini.
Lega rasanya dapat jawapan. Tapi tak memberi suatu kepuasan pada saya utk menerima riwayat ini.
Saya tak boleh nak buat further bahas kerana kekurangan rujukan. Dan saya pun tak check lagi taraf hadis tersebut. Ni
memang kerja lepas exam insyaAllah.
Lagi satu persoalan yang roommate sya tujukan ialah
tentang perkahwinan Saidatina Khadijah r.a dengan alHabebb s.a.w . Adakah
S.Khadijah yang melamar atau ada perantara.
Rujukan yang saya ada cumalah kitab kuliah,kitab
sirah Ibnu Hisyam,kitab alKamil. Musykilah saya nak tawfiq antara nusus kalimahو تعارضت بعثت و أرسلت إليه .
So,,,kena buat banyak research lagi.Tapi sebenarnya
kalau search di google ada je jwapan. Tapi lebih seronok klu kita yg jumpa
sendiri.
Wallahua3lam,,doakan. Nak baca madah Orientalis
pula!
No comments:
Post a Comment