Bismillah,,,
Baru-baru ni mesti semua
mahasiswa Mesir dikecohkan dengan status berani seorang mahasiswa tentang
keberanian mahasiswi yang keluar malam tanpa menggunakan musyrif. Buat penat
junjung kitab je,,,dan yang paling agresif lagi apabila beliau menyamakan
mahasiswi yang tidak pandai menjaga maruah ini diibaratkan seperti PELACUR !
Saya baru baca status beliau
paginya, dan malam sebelum tu saya dan kawan saya pun keluar malam tanpa
menggunakan khidmat musyrif. Habis baca status beliau yang roommate saya
tunjukkan,hati saya terus cakap, “ Laaa,,,patutlah aku keluar malam tadi, ramai
ikhwah pandang slack. Ntah-ntah depa samakan aku mcm pelacur.Nauzubillah,,,”
Aku cuba buang fikiran tu jauh-jauh. Mustahil orang yang belajar agama,faham
sunnah akan memburuk-burukkan sesame muslim begitu.Saya cuba untuk
berhusnuzzon.
Baik, saya bukanlah wanita yang
suka hang out malam-malam sampai boleh diibaratkan seperti perempuan cabaret.
Saya di Malaysia -memang berani saya cakap dan Allah sebagai saksi- saya tak
pernah keluar rumah seorang tanpa diapit mak,abah. Parent saya kalau saya nak keluar
dengan kawan-kawan mesti Abah ask Mak to join us. Saya ingat lagi dulu buat
reunion main bowling dengan girlfriends. Abah suruh Mak ikut. So,Mak and Balqis
main di lane lain. Kami main di lane jauh sikit. Tiada privacy? Absolutely No PRIVACY!!! But,that’s my parent. And I really
thanked em for that. Because of them, saya pandai menjaga diri dan tidak bebas
seperti kaum hawa yang lain.
Tentang status mahasiswa tersebut,saya
tahu 100% orang yang belajar di Mesir dah baca,entah-entah yang belajar kat Jordan,Morocco even Malaysia dah baca. Sebab roommate
saya kata mahasiswa tu public figure. Mungkin kalau bukan kerana status beliau
saya tidak akan ingat ‘kuniyah’ itu.
Saya bersetuju dengan beliau atas
beberapa sebab :
1) Hayyu Asyir adalah tempat yang paling bahaya kot kat Cairo,berapa
banyak kes ragut,samun,tetak. Takkan perempuan tu tak tahu?
2) Gila apa naik taxi
sorang2? Dahlah bawa buku banyak2. Tak pernah dengar ke berapa banyak kes
perempuan dikenakan pemandu taxi ? Takkan perempuan tu tak tahu?
3) Saya dengar rumah BAKAN paling mudah sekali kalau nak dpt
perkhidmatan musyrif. Takkan perempuan tu tak tahu?
4) Ikhwah ni punyalah risau dengan maruah kita .Kita yang perempuan
ni ,maruah diri sendiri pun tak reti-reti nak jaga? Takkan perempuan tu tak
tahu?
Oppppssss,,,
Jap,jap,,,Sebelum kita pergi
lebih jauh,sebelum kita hentam mahasiswi tu, sebelum kita cerca-herdik-hina
mahasiswi tu. Kita tahu ke kenapa dia pergi BookFair sorang2? Kita tahu ke?
Kita tahu ke kenapa dia tak minta
musyrif kalau nak pergi BookFair? Kita tahu ke?
Kita tahu ke kenapa dia tak
keluar siang-siang? Kita tahu ke?
Kita tahu ke kenapa dia tak minta
tolong ikhwah mana2 untuk angkat kitab-kitab tu? Kita tahu ke?
Dah tahu nak keluar
sorang2,kenapa tak bawa girlfriends? Kita tahu ke?
Sebagai penuntut ilmu, alAzhari … lupakah kita pada konsep Tatsabbut dan Tabayyun?
Allah Ta’ala berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوْا أَنْ تُصِيْبُوْا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوْا عَلىَ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِيْنَ“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.” (QS. Al Hujurat : 6).
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.“Cukuplah bagi seseorang kedustaan; ia menyampaikan semua kabar yang ia dengar.” (HR. Muslim dalam muqadimah shahihnya).
Cukuplah dua dalil ini kerana saya rasa semua
azhariyyun tahu ttg konsep ini.Malas saya nk ulas pjg2,klu xfaham,pegi ambil
kitab,baca. Tak pun tadah dengan mana-mana Masyayikh di Jamek Azhar. Kalau
malas sgt pun cari Syeikh Google. Jangan kita dengar atau baca macam2 kat FB,twitter terus share. Siasat dulu sebab apa orang tu buat camtu.
Fine,kalau betul2 akhawat tu keluar
sorang-sorang,tak cuba langsung untuk call musyrif. Anda berhak untuk mengibaratkan
dia sbg seorang pelacur (mengikut pemahaman anda)
Tapi, maaf bagi saya. Orang yang tak pandai
menjaga maruah bukan seorang pelacur. Pelacur adalah orang yang DAH TAK DE
maruah. So,maruah apa lagi yang hendak dipelihara?
Kita sebagai penuntut Ilmu yang gagah sangat
melaungkan “Kami sayang Rasulullah sallallahu alayhi wasallam” Tapi, Nabi ajar
ke untuk gelar orang bukan-bukan? Yahudi –kutuk- pun Nabi tak pernah panggil
depa bukan-bukan padahal depa nak hempap Nabi dengan batu dari atas,depa tikam
Nabi dari belakang. Berapa banyak kafir yang buat macam2 kat Nabi, kalau nak
tahu lebih2 sila buka kitab-kitab Sirah. Pernah ke tercatat Nabi panggil
depa : Laknat kau pelacur! Musyrikin bodoh,nape tak nak dengar banyak kali aku
tegur!!! Kalau ada sebaris ayat dari mana-mana kitab Sirah yang menunjukkan
alHabeeb sallallah alayhi wasallam keji,hina cerca umat baginda sendiri ,tunjuk pada
saya. Sama-sama kita jumpa Sheikh Fathi Hijazi h.a minta Sheikh jelaskan.
Nauzubillah min zalik,,,alHabeeb sallallahu alayhi wasallam maksum. Tidak pernah
terkeluar suatu kalimat hodoh pun dari mulut baginda yang mulia. Justeru kita
siapa yang nak mengutuk umat baginda yang Nabi sallallahu alayhi wasallam gelar
Ikhwan ini?
Siapa kita untuk buruk sangka sesama Muslim?
Sheikh Yusri h.a marah pada wahabi sebab depa selalu buruk sangka pada orang
Muslim,mau kita jadi macam depa?!
Nak tegur pun berhemahlah. Fine,dah banyak kali
tegur. ‘Pompuan-pompuan’ jenis ni tak mahu dengar.Let em be w/ever they want. Nanti
dah kena baru depa tahu. Biar depa belajar.
Wahai,kaum Adam…
SIAPALAH KAMI PADA MEREKA
Kami sebagai kaum Hawa ni bukan sombong,berlagak
atau tak mahu minta musyrif,,, tapi kami ni
dah letih. Bayangkan bila minta,banyak hal. Jadual Musyrif ada,tapi macam tiada. Ikhwah asyik nak tolong akhwat
yang dia kenal je,lebih2 lagi kalau TUNANG dia. Dia turun bawah dulu.
Bila,call. Ada yang sengaja tak angkat. Bukan
kami tak nak keluar siang. Kadang-kadang kami terlupa,atau ada hal.
Kadang-kadang kami terpaksa keluar malam sebab urgent. Tak boleh ke antum
tolong kami jap? Bukan lama pun,kadang-kadang tak sampai sejam pun.
PEMERHATI TERBAIK
Thumbs up kepada ikhwah yang prihatin dalam isu
akhawat keluar malam. Tapi,kalau setakat jadi pemerhati jauh. Baik balik kampong. Dah
nampak akhwat tu sorang-sorang.Pergi kat dia, tanya perlukan apa-apa ke? Bukan nak
tolong,kutuk lagi ada. Jangan tahu smash je. Jangan tahu jeling je.
MUSYRIF OF THE YEAR
Hangpa pun kalau dah orang tu jadi Musyrif,asyik
diaaaa je jadi Musyrif.Mentang-mentang dia baik sikit. Semua akhawat minta
tolong dia,sebab mudah nak dihubungi.Korang jangan naye dia. Gilir-gilirlah. Mana ukhuwah korang sesama ikhwah? Kata member dunia akhirat!
PASSING
Bila tak minta musyrif,marah kami. Bila kami minta
ada yang ekstreme dgn tak angkat telefon, dan ada lagi yang lagi best. bIla call,ni antara jawapan Ikhwah :
“Tak gelap
lagi kan,,,boleh kot pergi tanpa musyrif”
“Pergi
ramai-ramai ana rasa ok kot”
Saya tak kira lah orang ni YDP ke ,presiden,kebajikan ke perumahan ke
xde pangkat ke. Ni lagi teruk.
So,atas alasan ni kadang-kadang akhwat malas nak
guna Musyrif. Dah tahu apa jawapan yang akan diberi. Ada yang lagi
seronok,siap-siap pass lagi.
“Ana busy sikit,Ustazah call Us.Ali”
“Oh,dia cakap macam tu ye? Ana sebenarnya kat
luar ni.Ustazah try call Us.Amar,dia ada kat umah”
“Maaf Ustazah. Ana esok kena present pastu macam
demam sikit.Ustazah call Us.Yasin.Dia free rasanya.”
Amboi,,,mcam call pajabat kerajaan. Ya,udah,semua
nak pass pass. Fed up la akhawat.
Wahai,Kaum Hawa,,,
MUSYRIF ke PAK GUARD?
Hah tahu nak guna Musyrif tolonglah hubungi 2-3
jam awal. Ikhwah tu bukan 24hrs xdak kerja.Depa pun banyak kerja nak buat dari
teman kita ke sana ke sini. Muliakanlah mereka sebab tu namanya Musyrif bukan
PAK GUARD.
JANGAN BERKIRA
Saya tak faham kalau ada yang kata Musyrif kena
bayar duit taxi sendiri. Akhawat tu memang tak patut. Saya tak tahu BAKAN macam
mana. Tapi,kalau rumah ARB,rata2 Musyrif goyang kaki tunjuk Ammu Driver jalan
je. Duit tambang kami bereskan,kadang-kadang dapat jus tebu free.
Bersyukurlah kalau ada ikhwah yang tolong padahal
korang tu pada dia bukan sapa2,mahram tak,tunang tak.Dia nak tolong pun cukup
bersyukur,tak payah buat depa macam kuli. Asyik-asyik minta tolong dia je jadi
musyrif.
BANYAK SONGEH
Dah minta tolong orang,buat cara minta
tolong.Pendekkan masa urusan.Kalau nak buat lama-lama,buat siang-siang. Takkan
tu pun nak ajar. Minta tolong pun ada uslub,kena ada gaya bahasa.
“ Maaf ganggu,Ustaz. Boleh ke saya nak minta
tolong Us jadi Musyrif ?”
Jangan main redah je.Senior korang tak ajar ke?
Tak faham aku!!!
Sepupu saya (ikhwah) pernah cerita ada akhawat
yang banyak songeh,bila dah dapat Musyrif, dia tanya pula kenapa Ustaz nak jadi
musyrif.Ada apa-apa sebab ke? Hek eleh,ni yang aku panas ni.Lantak dialah.Niat
dia itu kerja Allah.Yang kausibuk pehal?! Tak paham aku!
HARGAI MEREKA
Dah mereka tolong hang bawa kitab banyak2 dari
BookFair atau tolong hangpa dari airport, belanjalah mereka apa2. Hargai mereka.
Mereka tak meminta apa- pun atas imbalan pertolongan mereka. alHabeeb sallallahu
alayhi wasallam selalu ajar agar memuliakan orang. Balas benda yang baik dengan
benda yang baik. Bukan mahal sangat pun Horus,Wellatain. Belanja je mereka. Tak
paham aku!
Sorry post kali ni terpanjang sebab geram. Geram
dengan status satu (bukan pada penulis yea) Geram dgn akhwat tu pun satu hal. Sebabkan depa orang2 yang tak buat hal terpalit nila sekali.
Maaflah kalau post ni ada tersalah atau terguris bahasa. Kita bawa berbincang
dan bukan nak menghentam mana2 pihak.Kita semua mentah dan masih belajar.
Di kesempatan ini saya nak berterima kasih kepada
Ikhwah2 yang pernah atau selalu jadi
Musyrif saya.Boleh rasanya kalau sebut nama sebab,,,,,,, ni blog saya yang punya!
HAHA
Jazakumullah Us.Naim,Us.Nazrul,Us.Tengku,Us.Mahyuddin,Us.Zaki,Us.Adzim,Us.Fadzil,Us.Azlan,Us.Mustafa dan semualah yang pernah jadi musyrif saya atau kawan-kawan saya yang lain.
Kalau saya
terlupa untuk membalas kalian dengan pujian atau imbalan duniawi,ketahuilah doa
saya sering mengiringi kalian. Allah sahaja sebaik-baik pembalas. U r gr8!
Ok,lah. Gtg. Jap gi insyaAllah nak ke dars maulana
Sheikh Ahmad h.a. Dah lama tawaqquf. Moga Allah memudahkan urusan maulana
Sheikh Yusri h.a dan Dukturoh yg sdg menerjakan umrah.Murahkan rezeki Abah ya
Allah,agar tahun hadapan dapat pula kami jejak kaki ke sana! Ameeennn
No comments:
Post a Comment