Pages

Wednesday, December 17, 2014

ini bukan konvo tadika...

Bismillah.
Alhamdulillah,,, KAMI DAH GRAD.




Nota kecil dari Sis Tika.

Tarikh 14/11/2014 mencatat satu sejarah penting buat sahabat2 teman seperjuangan Kuliah Ulum Islamiyah khususnya yang ditaja oleh ARB/YT Batch 1&2; (2008-2013&2009-2014). Walaupun tiada jubah labuh konvo, tiada topi empat segi tali berjuntai, tetap kemeriahan majlis kesyukuran graduasi terasa. Nota kecil ini aku nukil buat kalian yang aku rindui. Moga ia mampu mengisi kekosongan di majlis itu. Sungguh tiada daya untuk hadir ke majlis tersebut, hanya nota kecil pengganti diri. Maaf ya teman2...



Masih ingat lagi saat kaki ini berpijak di pelembahan Nil tanggal 24/9/2009... Disambut hangat senior2 batch 1; kak bie, kak eti, kak tikah, kak farahin, kak aimi,zati, mira, kak nad & kak seha... Walaupun diri ini rasa sangat terasing di bumi yang asing dengan org2 yang asing dalam hidup... Teman2 batch 2; aisyah, sofiah, kak jannah, kak fadzilah, kak ipah, nisa, ulya, kak ayu, kak ain... Kalian buat aku selesa dan nyaman sekali...



Ahh.. Lima tahun berlalu tanpa sedar... Pejam celik pejam celik, dah tamat belajar, kalau dulu bersorangan kini dah berdua, kalau dulu berdua kini dah bertiga... Masing2 bawa haluan yang berbeza...


Masih ingat lagi,
Ruang tengah yang besar- Dulang besi, dulang merah, dulang strawberi, talam empat segi... Penyatuan kasih, Pengikat perut, Ruang Kongsi rasa setelah lelah belajar, Ruang Gossip panas Akhawat... Ahhh gelak ketawa itu masih terngiang-ngiang di telinga...



Masih ingat lagi,
Ruang solat- Gelagat yang terpahat di minda, masing2 berebut nak jadi makmum tapi bertolak-tolak nak jadi imam... Hahahahah lucu sekali.. Dialog yang sering didengari; "errm sapa imam hari ni?" sambil menyemak senarai imam yg tertampal di dinding "err tadi akak/saya dah jadi iman" sambil berdiri siap2 di sayap kiri atau kanan saf, ruang tengah dibiar kosong khusus buat imam... Tak dilupa juga ruang ini kekal jadi saksi untuk halaqah rumah, halaqah al-mulk, halaqah ilmu...
Masih ingat lagi,


Laman Ilmu Tun Abdul Hamid Omar ala2 Dewan Serbaguna... Maktabah pun dia, tempat tonton TV pun dia, tempat majlis2 ilmu pun dia, tempat pelbagai program pun dia, tempat kenduri pun dia, tempat kelas tahsin Quran pun dia, pendek kata macam2 fungsi ada...
Masih ingat lagi,



Rabaah,Hayyu Sadis, Hayyu Sabiek, Hayyu Thamin, Hayyu Asyir... Jalan Darrasah, Jalan Masjid Azhar, Jalan Masjid Hussin, Jalan Mudhayafah, Jalan Muqattom... Bas 24 jim, 3 jim, 80 palang, bas panjang bas pendek, teksi meter, teksi hitam, tremco dan lain2... Tampak sangat tidak signifikan, namun kehadiran mereka inilah hakikatnya pemudah cara dalam perjalanan menuntut ilmu di bumi beriklim sahara ini... Biarpun habuk berpasir, namun mutiara ilmu yang terselindung itu harta karun berharga...
Hmmm... Kalau mahu disebut disini segala kenangan di memori, alamatnya 50 post sekalipun belum tentu dapat menceritakan kisah hidup suka duka bersama selama 5 tahun... Biarlah yang selebihnya terlipat kemas di kotak minda masing...


Kini, terpundak dibahu satu beban, tergalas satu amanah bergelar mahasiswa/wi lepasan Azhar... Takut rasanya... Kadang2 terfikir apakah biasiswa rm50k itu setara dengan nilai ilmu yang tersemat di dada? Apa2pun tepuk dada tanya minda... Apa jua jawapannya... ILMU ITU ADA DI MANA2 & HARUS DITUNTUT SEJAK DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD...


Graduasi atau lebih sinonim dengan nama Konvokesyen bukan lah penamat kisah hidup seorang pelajar... Bahkan satu permulaan hidup baru dalam perjalaan menuju destinasi kekal abadi...
Buat teman2, biarpun kisah kita hanya tinggal kenangan, biarpun terpisah jasad, biarpun haluan berbeza, ketahuilah hati2 kita telah terikat atas satu ikatan atas nama ukhuwahfiLLAH abadan abada...
Selamat Hari Graduasi Buat Semua!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com