Pages

Wednesday, December 17, 2014

Sebelum pulang ke Malaysia

Bismillah,,,

Alhamdulillah, at last juga peluang untuk menulis. Dah bersawang rabak dah blog ni. Nak cari masa yang sesuai nak menulis satu hal, nak tunggu mood pun satu hal juga.
Jadi, terpaksa qadha semua benda sejak bulan 8 hari tu.

Alhamdulillah, aku sekarang dah grad. Tak kerja lagi. Sejak AmanahRaya memutuskan untuk release kami student Yayasan Taqwa walhamdulillah, so kami memang goyang kaki. Kawan2 ARB dengar cerita dah mulakan kursus kat KL. Kawan2 yang lain ada yg dah kawin mcm Us Hilmi, Us Muiz n Fazilah dan menimang baby yg pertama alhamdulillah. Nama pun seperti murobbi kami, Yusri Rushdi klu x salah. Yang lain ada yang ambil tauliah mengajar kat JAIS, keja cikgu dan tak kurang juga yg nak sambung Master mcm Sis Tikah n Along. Ateh pun keja,tp aku xsure keja apa. Hari tu ad preConvo kat Wisma ARB, Abah nak balik cepat,geram juga. Tak sempat nak sembang lama2 ngan kawan2,Alang, Kak Bi dah bersalin alhamdulillah, K.Farahin datang dengan baby, Lil Hamzah. Bawah ni aku sertakan gambar dengan caption, tak sempat nak cerita panjang2 sbb satgi nak Asar, kang Mak nampak aku main komputer tak hafal2, dia bising nanti. hehe.

{AKTIVITI BEBERAPA HARI SEBELUM PULANG KE MALAYSIA}

1)Program bersama Prof Radhi dan En.Yahya di rumah KL,Cairo.

Pihak pengurusan Rumah Amanah Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Mohd Radhi Ibrahim,Pengarah Education Malaysia Egypt atas kesudian beliau hadir untuk memberikan sedikit perkongsian mengenai peluang belajar ke peringkat master di Usim dan universiti di Malaysia kepada kami.
Dan tidak lupa juga juga kepada Ustaz Ahmad Yahya,Pegawai Atase Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mesir yang banyak meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan taklimat pengurusan kewangan yang bertempat di Rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mesir.
Semoga Allah membalas jasa kalian berdua. (cp status FB kwn)

                  (geram sikit sbb xde gmbar aku padahal aku duduk betul2 sebelah cameraman ^0^ )

  En Yahya mengajar ttg pengurusan wang bagi fresh graduate

2)Program Mesra & Hari Bertemu Pelanggan KBMK


Time ni aku n along jaga front desk,tgk pendaftaran. Time ni ramai yang angin sbb tenaga kerja memang sikit, aku n along kalau boleh memang tak nak tinggal talaqi sbb minggu last.Kawan2 yang lain pun,tapi tenaga memang sangat tak cukup. Tapi Alhamdulillah,all turn well. Cuma malam tu je black out. Kesian.










3) jalan-jalan di Qalawun dan Syarik Muiezz Din
Ada gambar yang senyap je sebab aku tak ingat gambar apa,,,hehe. Gomenasai.



      Tok Guru yang mengajar aku ttg kamera dan komputer, Cik Tim yang agak seronok bermain dgn monopod.
            Kat kedai kopi,,,sempatlah beli ole2 utk dibawa pulang ke Malaysia.



Masjid Al hakim Bi Amrillah ini dibina bermula pada tahun 990m/380h oleh pemerintah kerajaan Fatimiah di Mesir Al Aziz Billah Al Fatimi ketika itu.Namun beliau meninggal dunia sebelum masjid ini siap dibina dan pembinaan diteruskan oleh anaknya Al Hakim Bi Amrillah pada tahun 1012-1013m /403h.
Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar yang dibina oleh pemerintah kerajaan Fatimiah di Kaherah.
Masjid ini terletak di akhir Muizz Street yang berdekatan dengan Bab Al Futuh(pintu gerbang lama Kota Kaherah) yang mengambil kira-kira 1km perjalanan dari Masjid Al Azhar.
Masjid ini telah diabaikan sekian lama sehinggalah pada zaman Presiden Mesir Anwar Sadat,puak Syiah Bahirah meminta beliau untuk membaik pulih masjid ini. (cp status fb kawan,,,sori.)


Time ni dah habis,,,tgh cari jln pulang- lupa. 

Macam Kurator Museum,,,baik Ustaz ni,,,macam2 info yg dikongsikan. Masalahnya aku lupa nk catit. Sori.


Public Bath. Ada masa untuk pengunjung lelaki dan perempuan. Along n Ude sedang dduduk di tmpat massage. Ada bilik bnyk dalam ni. Ada bilik pengantin. Dalamnya ada bath up. Klu utk set penganting dalam sikit kolamnya. Kalau bilik biasa, bath up kecil je. Ada lampu2 kaca. Cantik.


Berhenti rehat tengah hari. Makan Fatiroh, Pizza sama jus.


Tanki Air untuk kegunaan penduduk setempat. Cinca bawah tanah. Sangat sejuk dan lembap. Guna unta untuk angkut air.


4) Kubu Salehuddin

Orang lain masa tahun pertama jejak sini. Tidak bagi kami.hehe. Bila dah pandai b.arab senang sikit kerja,,,valid kan alasan? hehe. Besar gak tempat ni.Tapi memang respect Ateh boleh puasa.





                                          Depan Makam,,alFatihah


                                  Military Museum

5) FLY 14 - Forever Loving You (program utk kami yg nak pulang T_T)

Majlis yang diadakan meraikan pelajar batch ke 2 tajaan Amanahraya Berhad oleh batch 3 & 4 pada 15 jun & 16 jun 2014.

aktiviti yang dijalankan :

1- Jaulah ke Fayyoum
2- Masterchef Battle
3- BBQ
4- Jamuan makan
5- Tausiyyah oleh Us Nazrul Nasir
6- persembahan nasyid
7- majlis penutup


                                         atas Qasr Qarun

                                          hadiqah ain selien,Fayyoum



 

Alhamdulillah...




No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com