Pages

Showing posts with label Aisy fi Misr. Show all posts
Showing posts with label Aisy fi Misr. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Bersama Murabbi

Bismillah,,,


-hari terakhir bersama Murabbi,,,

Sempat meminta maaf dan memohon doa.
Maulana Sheikh Yusri sempat mendoakan agar aku akan kembali insyaallah ke Mesir besama anak-anak kecilku...

Ya Allah panjangkanlah usia guru-guruku.
Berkatilah mereka dan terimalah amalan mereka.




antara gambar2 masa kami nak pulang.


                                Moga Janna menjadi azhariah insyaAllah

                                             Cairo Airport


                                   Transit di Bangkok,,,sempat rembat fridge magnet yg Mak nak
                                                 di KLIA

Sebelum pulang ke Malaysia

Bismillah,,,

Alhamdulillah, at last juga peluang untuk menulis. Dah bersawang rabak dah blog ni. Nak cari masa yang sesuai nak menulis satu hal, nak tunggu mood pun satu hal juga.
Jadi, terpaksa qadha semua benda sejak bulan 8 hari tu.

Alhamdulillah, aku sekarang dah grad. Tak kerja lagi. Sejak AmanahRaya memutuskan untuk release kami student Yayasan Taqwa walhamdulillah, so kami memang goyang kaki. Kawan2 ARB dengar cerita dah mulakan kursus kat KL. Kawan2 yang lain ada yg dah kawin mcm Us Hilmi, Us Muiz n Fazilah dan menimang baby yg pertama alhamdulillah. Nama pun seperti murobbi kami, Yusri Rushdi klu x salah. Yang lain ada yang ambil tauliah mengajar kat JAIS, keja cikgu dan tak kurang juga yg nak sambung Master mcm Sis Tikah n Along. Ateh pun keja,tp aku xsure keja apa. Hari tu ad preConvo kat Wisma ARB, Abah nak balik cepat,geram juga. Tak sempat nak sembang lama2 ngan kawan2,Alang, Kak Bi dah bersalin alhamdulillah, K.Farahin datang dengan baby, Lil Hamzah. Bawah ni aku sertakan gambar dengan caption, tak sempat nak cerita panjang2 sbb satgi nak Asar, kang Mak nampak aku main komputer tak hafal2, dia bising nanti. hehe.

{AKTIVITI BEBERAPA HARI SEBELUM PULANG KE MALAYSIA}

1)Program bersama Prof Radhi dan En.Yahya di rumah KL,Cairo.

Pihak pengurusan Rumah Amanah Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Mohd Radhi Ibrahim,Pengarah Education Malaysia Egypt atas kesudian beliau hadir untuk memberikan sedikit perkongsian mengenai peluang belajar ke peringkat master di Usim dan universiti di Malaysia kepada kami.
Dan tidak lupa juga juga kepada Ustaz Ahmad Yahya,Pegawai Atase Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mesir yang banyak meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan taklimat pengurusan kewangan yang bertempat di Rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mesir.
Semoga Allah membalas jasa kalian berdua. (cp status FB kwn)

                  (geram sikit sbb xde gmbar aku padahal aku duduk betul2 sebelah cameraman ^0^ )

  En Yahya mengajar ttg pengurusan wang bagi fresh graduate

2)Program Mesra & Hari Bertemu Pelanggan KBMK


Time ni aku n along jaga front desk,tgk pendaftaran. Time ni ramai yang angin sbb tenaga kerja memang sikit, aku n along kalau boleh memang tak nak tinggal talaqi sbb minggu last.Kawan2 yang lain pun,tapi tenaga memang sangat tak cukup. Tapi Alhamdulillah,all turn well. Cuma malam tu je black out. Kesian.










3) jalan-jalan di Qalawun dan Syarik Muiezz Din
Ada gambar yang senyap je sebab aku tak ingat gambar apa,,,hehe. Gomenasai.



      Tok Guru yang mengajar aku ttg kamera dan komputer, Cik Tim yang agak seronok bermain dgn monopod.
            Kat kedai kopi,,,sempatlah beli ole2 utk dibawa pulang ke Malaysia.



Masjid Al hakim Bi Amrillah ini dibina bermula pada tahun 990m/380h oleh pemerintah kerajaan Fatimiah di Mesir Al Aziz Billah Al Fatimi ketika itu.Namun beliau meninggal dunia sebelum masjid ini siap dibina dan pembinaan diteruskan oleh anaknya Al Hakim Bi Amrillah pada tahun 1012-1013m /403h.
Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar yang dibina oleh pemerintah kerajaan Fatimiah di Kaherah.
Masjid ini terletak di akhir Muizz Street yang berdekatan dengan Bab Al Futuh(pintu gerbang lama Kota Kaherah) yang mengambil kira-kira 1km perjalanan dari Masjid Al Azhar.
Masjid ini telah diabaikan sekian lama sehinggalah pada zaman Presiden Mesir Anwar Sadat,puak Syiah Bahirah meminta beliau untuk membaik pulih masjid ini. (cp status fb kawan,,,sori.)


Time ni dah habis,,,tgh cari jln pulang- lupa. 

Macam Kurator Museum,,,baik Ustaz ni,,,macam2 info yg dikongsikan. Masalahnya aku lupa nk catit. Sori.


Public Bath. Ada masa untuk pengunjung lelaki dan perempuan. Along n Ude sedang dduduk di tmpat massage. Ada bilik bnyk dalam ni. Ada bilik pengantin. Dalamnya ada bath up. Klu utk set penganting dalam sikit kolamnya. Kalau bilik biasa, bath up kecil je. Ada lampu2 kaca. Cantik.


Berhenti rehat tengah hari. Makan Fatiroh, Pizza sama jus.


Tanki Air untuk kegunaan penduduk setempat. Cinca bawah tanah. Sangat sejuk dan lembap. Guna unta untuk angkut air.


4) Kubu Salehuddin

Orang lain masa tahun pertama jejak sini. Tidak bagi kami.hehe. Bila dah pandai b.arab senang sikit kerja,,,valid kan alasan? hehe. Besar gak tempat ni.Tapi memang respect Ateh boleh puasa.





                                          Depan Makam,,alFatihah


                                  Military Museum

5) FLY 14 - Forever Loving You (program utk kami yg nak pulang T_T)

Majlis yang diadakan meraikan pelajar batch ke 2 tajaan Amanahraya Berhad oleh batch 3 & 4 pada 15 jun & 16 jun 2014.

aktiviti yang dijalankan :

1- Jaulah ke Fayyoum
2- Masterchef Battle
3- BBQ
4- Jamuan makan
5- Tausiyyah oleh Us Nazrul Nasir
6- persembahan nasyid
7- majlis penutup


                                         atas Qasr Qarun

                                          hadiqah ain selien,Fayyoum



 

Alhamdulillah...




Wednesday, June 11, 2014

Last Day of exam

Alhamdulillah, secara rasminya hari ini tamatlah exam final yr n sem.
Selepas itu sesi fotografi.

Petang pulak maulana Sheikh Ahmad h.a memberikan ijazah- tamat kitab Azkar. Syeikh siap tanya apa khabar family...
Selepas itu sesi fotografi. 






Moga Allah memberkati ilmu dan permukiman saya dan sahabat2 sekalian.

Esok,insyaAllah kami akan ke Alex, doakan keselamatan kami. Ameeen

P/s beberapa org tegur muka berseri2, siap tnya lagi: Nak kahwin ke?
Adoiii,muka berseri ni sbb dh habis exam la.... malu saya..awww

Kain Batik Sarong

Walaupun tidak memakainya di tepi jalan,namun,mereka masih menggayakannya di dalam kelas agar pensyarah yang berbangsa Arab dapat menghayati kehalusan mutu kain batik Malaysia . whoa!

-Anonimes




1st pic: dr Falsafah kitorg

P/s #tidaksokongtapialternatif

Merepek sbb tidur pagi.



Okay...pagi ni ada rusuhan. 2 bom tangan di pintu kuliah. Tp, berjaya juga masuk kuliah somehow. Mengalir air mata Farah Athirah menahan debar, Futaimah Sweileh memerhati dari sisi. Aku menghantar ws kpd Nurul Shahifudin utk mengkhabarkan keadaan.

Tengah duduk dalam exam hall,rupa2nya makin teruk rusuhan di luar, gas pemedih mata dilepaskan. Tiba2 sebelah mejaku ada locker,sempat kukeluarkan tuala kecil dan kubasahkan dengan air. Aku pun berlari keluar menutup hidungku dengan tuala, namun bau tengik itu sempat menerobos hidungku .




Aku berlari-berlari sehingga bertemu Nurul Mazelan , Siti Hidayu Othman dan Izzaty Ulya Munirah. Dan selepas tu pandanganku berubah...aku tgh bersiap2 utk majlis ijab akn dtg...
Ape nih?!!!

Okay aku mimpi rupanya. Bnyk sgt watak terlibat,sapa suruh Queparfum Nadirahamapei blnja kek smlm...wakaka

P/s doakan hari ini exam Falsafah ! Alfatihah.

KopiPasta : Status FB

My dad...humph
Bt dont worry abah, my luv will neva fail u.

P/s note to men out there , whoa



Wednesday, May 7, 2014

Larangan Bergolek-Golek


Bismillah,,,


Suspense je tajuk,,haha



Usai dars pagi saya bertanya maulana Sheikh Yusri h.a tentang bolehkah kita BERGOLEK-GOLEK di atas tanah yang dikatakan berkat (seperti tanah Bahnasa/Makam 7 Wanita ) dengan niat untuk mengubati penyakit kulit?

Sheikh menjawab itu adalah perbuatan jahil. Bergolek2 di atas tanah adalah perlakuan binatang. Tidak boleh melakukannya sekalipun dengan tujuan Tabarruk (mengambil berkat).

Bukankah Allah telah memuliakan manusia. Kepala diciptakan di atas bukan di bawah.
ولقد كرمنا بني آدم
Jadi mengapa kita hendak menghina diri sendiri?!




Wallahua3lam
                                     Di Makam 7 wanita...

         Usai solat zohor,,,sheikh arah agar gerak lepas asar sikit sbb matahari tinggi. So,,selang-seli antara ceramah dan madih. Memang nak pengsan dgr Munsyid2 nyanyi,,,,





 

Ok,belakang kami adalah Azhar cwgn Bahnasa.
K,ni part paling menarik. Kami lps bergambar di bus,,kami nak naik bas. Tapi,tiba2 aku nmpak ikhwah bergambar dgn Sheikh. Aku dan Fatin pun dgn beraninya min fadhlillah mnta izin sheikh utk bergambar. Dengar itu je,ramai pula akhawat Malaysia nk join,k, fine. Aku dan akhawat2 setting sebelah maulana Sheikh Yusri h.a. Pastu Sheikh kata : Dah sape nak tgkap gambarnya?
Kelakar gila,kami sibuk berdiri sblh Sheikh tp lupa jurukameranya.. Then,aku volunteer nk tgkp gmbr. Habis aku snap,Sheikh pun panggil aku pulak. Wah!!!

Malam tu smpai Muqottom agar lewat,so aku dan beberapa akhawat Malaysia plus Singaporean minta izin Sheikh utk iktikaf di Musolla,sbb lps subuh tu ada kelas. Best sgt. Alhamdulillah. Syukran ya Allah.

Ok,,,xblh lama2,,sorof x habis lagi,usulFikh menimbun. Doakan keberkatan ilmu kami!
P/s itulah...pergi makam dgn Sheikh, dah pergi dgn Syeikh ikut Sheikh. Jgn buat2 pandai. Tnya kalau tak tahu...deep.

Saturday, April 26, 2014

KopiPasta : Pusaka

KopiPasta dari status FB

Alhamdulillah...

Tengah selak-selak kitab Ihya' masa dars maulana Sheikh Ahmad h.a tiba2 nmpak le10.
Cuba selak lagi kot-kot la dolar pulak yang tubik...whoa.
Nampak nor rakus ^0^








P/s Sheikh Ahmad pesan utk baca حسبي الله ونعم الوكيل 450x utk seluruh muslimin krn keadaan skrg yg x stabil.

KopiPasta: Peringatan Maulid Sayyidah Fatimah bersama Syekh Yusri Rusydi

Bismillah,,,

Peringatan Maulid Sayyidah Fatimah bersama Syekh Yusri Rusydi






Jumat malam (18/4) Syekh Yusri Rusydi mengadakan peringatan Maulid Sayyidah Fatimah binti Rasulullah sallallahu alaihi sallam di masjid Sidi Ahmad Badawi, kota Tanta, Propinsi Gharbiyyah, Mesir. Jamaah yang mengikuti acara tersebut berangkat dari Kairo dengan 5 armada bus, yang terdiri dari warga Mesir, mahasiswa Indonesia, Malaysia, Pakistan dan Rusia.

Sayyidah Fatimah lahir pada hari Jumat, tanggal 20 Jumadil Akhir tahun 5 kenabian. Pada acara tersebut, Syekh Yusri menghatamkan kitab “Aqdullul min siratil Zahra al-batul” karangan Syekh Muhammad bin Hasan bin Alawi al-haddad, yang berisi biografi dan sifat-sifat terpuji putri kesayangan Rasulullah itu.

Selain menghatamkan kitab dan ziarah di makam Sidi Ahmad Badawi, beliau beserta jamaah juga ziarah ke beberapa makam ulama dan auliya di Tanta.



Alhamdulillah,Allah beri aku dan sahabat2 pergi juga,,tp sedih sbb Ateh xdpt pergi.







 sori,tak comment pjg,,,esok kena present Milal,,so mlm ni baru siapkan bahas Doktor,,,hehe.
 

Blog Template by BloggerCandy.com