Pages

Friday, July 23, 2010

Mari Berdiskusi...



Salam
Pertama dan selamanya marilah kita merafa3kan setinggi2 kesyukuran kpd Allah swt yang telah menganugerahkan kt 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Allah jualah yang telah mentautkan hati kita semua demi mempertahankan akidah dan Din yang satu.Tidak lupa juga salam dan selawat kpd junjungan kita Nabi Muhammad saw.Dengan darah yang berkocak,nabi membawa Islam.Namun adakh hari ini kita mempertahankan Islam sebaik mungkin?

Hari ini kita akan berdiskusi sebuah kitab yang diberi nama Dasar2 Islam. Tajuk ini telah dibentangkan oleh Naqibah semasa Usrah Gabungan di Rumah ARB baru2 ini.Dan saya kira amatlah rugi jika ilmu ini tidak dikongsi bersama.Dan saya amat berharap supaya ini juga merupakan satu langkah berdakwah dan satu cara saya berlatih sebelum saya terjun ke medan dakwah yang sebenar,InsyaAllah.

Baik ,dalam buku tersebut ada membincangkan satu persatu tentang solat,puasa,haji ,dan zakat.Namun yang menjadi topik pada Usrah Gabungan tersebut ialah Jihad yang merupakan tajuk akhir dalam buku Dasar2 Islam. Mengapa Jihad diletakkan di akhir sekali? Jawapannya mudah. Solat,puasa,haji dan zakat merupakan sebuah latihan sebelum ke medan dakwah yang sebenar iatu Jihad.Melalui latihan2 ini,kita akan berdisiplin tinggi dan iman kita bertambab mantap.Barulah kita mampu untuk meneruskan perjuangan kita,menyambung kembali usaha2 Nabi Muhammad,para sahabat,tabi3 dan tabi3een.

((Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg berperang di jalanNya dlm barisan yang teratur ,mereka seakan2 spt suatu bangunan yg tersusun kukuh.)) 61:4

Wahai sahabat,renunglah maksud ayat Allah di atas.Mampukah kita membawa panji2 Islam seorang?Tidak! Itulah gunanya sahabt.Tetapi apa yang kita lihat sekarang?Umat Islam makin berpecah,tiada kesatuan. Di Malaysia sendiri,bnyk persatuan2 yang membawa hadaf yang sama,ttp oleh krn terdapat sedikit khilaf,mereka bermasam muka.Di dunia luar,dengan puak Syiah dan Sunni. Runtun hati nabi melihat sifat Taa3wun yang semakin hilang dari hati umat Islam.Jika ini terus berlaku,siapakah yang gembira dan bertepuk tangan? Musuh2 Islam. Sedarlah,wahai sahabat. Orang2 kafir tidak lelah mencari jalan untuk menghancurkan Islam dan kadang2 jalan tersebut sgt keji shg tidak terlintas pun dalam benak Syaitan.

Cuba sahabat renung…bangun shj kita pada pagi tadi.Apakah yang terlintas di fikiran kita? Aku nak masak apa ye?Aku nak pergi mana hari ini?Aku ada kerja tak?
Aku,Aku,Aku! Semuanya pasal diri kita.Pernah tak suatu pagi,berkelip sahaja mata kita,kita terfikirkan masalah umat?Bangun tak saudara2 kita di Palestin,Iraq?Bagaimana mereka,makankah,minumkah,masihkah ada ruang mereka beribadat?Fikirkah kita???
Sabda nabi: ((Sesiapa yang tidak memikirkan masalah umat,maka dia bukan dlm kalangan aku..))

Sheikh Zainuddin dari Yaman pernah bkata masalah umat sekarang datang dari kalimah AKU atau dlm B.Arabnya Ana. Jika ttg umat pun kita tidak fikir,bagaimana dengan sahabat di sekeliling kita?Olh sbb itu,susah untuk mencipta kesatuan. Jika buat kajian,kalimah Ana,penggunaannya adalah hanya milik mutlak Allah. Dalam alQuran,surah anNaml,ayat 9:
((Allah berfirman) “Wahai Musa!Sesungguhnya Aku adalah Allah,Yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana)
Kalimah Aku dlm ayat di atas mengandungi makna Ta3dzim.Ada juga penggunaan kalimah Aku dalam ayat lain dalam alQuran .Tetapi spt yg disebutkan sebelum ini,penggunaannya adlh milik Allah,jika selain Allah yg menggunanya,mgkin membawa maksud berbangga.Seperti yang diucapkan oleh syaitan dlm surah Sad:
(Iblis berkata: Aku lebih baik daripadanya,krn Engkau ciptakan aku drpd api,sdgkan dia Engkau ciptakan dari tanah.)

Jadi sahabat,mulai dari sekarang tanam niat utk bgn pagi dan fikirkan mslh umat.Nasihat ini untuk sahabat dan saya juga.Sekrang bukan Aku,tetapi Kita.
Kita teruskan membincangkan ttg Jihad. Msia Negara yg semakin pesat membangun dengan ekonominya,pendidikan dan pentadbirannya yg kini blh dkatakan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dgn negara2 maju seantero dunia. Namun,Kejahilan masih mengongkong pemikiran masyarakat Msia.Kalimah Kejahilan masih membelenggu masyarakat.Oleh itu,amat wajar kita bangkit untuk berjihad mengeluarkan masyarakat dari belenggu Kejahilan.

Bukan shj Msia,belenggu Kejahilan ini sudah merantai seluruh umat manusia sejak berzaman,Cuma mrk shj masih mendabik dada menghebohkan kebijaksanaan mereka.Jika anda tidak percaya,tidak mungkin akn lahir pelbagai teori2 yang tidak masuk akal spt seperti teori yang dicipta oleh Charles Darwin yang mengatakan manusia asalnya dari beruk.Logikkah? Inilah semua agenda musuh Islam yang ingin menolak konsep Ketuhanan ,kononnya dunia ini terjadi dengan sendiri,tiada penciptanya.Begitulah juga dgn Teori The Big Bang.Burung yang terbang bebas di udara,bunga yang kembang mekar ,binatang yg mbuat teknik’Camouflge’ utk mengelakkn diri dr pemnagsa.Tiadakah pencipta yg hebat di sebaliknya?Sedangkn bilik yg hebat disusun pun,pasti kita akan bertanya siapakah yg mengemasnya.Musy keda?

Sedarlah sahabt.Umur kita bukannya makin lama makin bertambah tetapi makin berkurang.Jika Nabi Muhammad wafat ktk umur baginda 63 tahun.Jadi,kita ni sudah tidak lama.Itu jika ajal kita seperti nabi,tp kita xtau bila ajal kita.Blh jadi tengah membaca,Malaikat Maut dtg menjemput…

Manusia sering mencipta 1001 alasan utk beribadah,Kejaplah solat,cerita nak habis dah.Nantilah berdakwah,belajar dahulu,kumpul ilmu.Malaslah aku bagi ceramah,malulah.Lps kahwinlah,baru berjuang. Bnyk alasan.Allah tidak pernah beralasan bahkan menjanjikan syurga yg mengalir di bawahnya sungai utk kita.Sudah banyak kita mendengar ttg Freemason,Zionisme.Rapinya perancangan mereka,walaupun hanya simbol2 shj yang zahir.Namun apakah tugas kita?

Ketika peristiwa Mi3raj,Nabi telah melihat seorang wanita tua yg tlh bongkok.Ketika nabi bertanya kpd Malaikat Jibril,siapakah itu.Malaikat menjawab,itu adlh usia Bumi.Bayangkan keadaan wanita tua itu skrg? Adakah kita akan masih duduk menunggu kedatangan kiamat atau teus menanti ajal dating menjemput tanpa berbuat sesuatu untuk Islam? Sya teringat kata2 U.Khairul Nizam,Sukakah kita kehidupan kita sejak kcil shg mati kelak,mendatar sahaja .Tiada apa2 ,nothing…tidak membawa makna utk Islam.


Jika kita harapkan Islam tertegak di muka bumi,kita ,umat akhir zaman,cream of the cream mesti bersatu-padu.Allah blh shj nk bg daulah Islamiyah.ttp,Allah nk uji kita dahulu.Mampukah kita menjadi khalifatullah dan Ansarullah sptdlm surah alBaqoroh ayat 30.Ujian kita sbg manusia amat sedikit jika dbandingkan ujian nabi yang shggakan darah baginda berkocak.Kita alahai,apa sgt ujiannya.Mcm saya,pergi pasar sedikit merungut. Sekarang musim panas di Mesir,peluh sedikit merungut. Penuh rungutan.
Jadi akhir kata,sama2lah kita muhasabah diri adakah kita masih terlena dibuai mimpi?Masih tidak faham makna jihad yang sebenar? Ingat sahabat,skop dakwah itu luas.Bukan dgn kata2 shj,blh juga dgn Qudwah.
Jadilah aktivis-pemikir-ulama’.
Yakinlah dgn cara hidup Islam…Baiki diri dan islah org lain.Wallahua3lam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com