Pages

Friday, July 23, 2010

Antara tanggungjawab dan.....


Bismillahirrohmanirrohim
Salam.
Topik hari ini adalah lain daripada yang lain krn ia ditujukan KHAS untuk akak2 yg akan menamatkan ‘siri bujang’ mereka terutamanya kakakku yang tersayang yang namanya saya rahsiakan atas sebab2 tertentu.Just wait and see…InsyaAllah.
Baik,minggu ini nampaknya rumah2 BAKAN sedang meriah mengadakan bazar yang menjual pelbagai juadah yang melambangkan negeri mereka sendiri.Nasi Kerabu,nasi dagang,ABC,dll. Tghari tadi saya pergi ke Bazar Kelantan dan pertama kali mencicipi ikan keli yang masih berjanggut.Saya terfikir jikalau Rumah ARB buat bazar,mesti gempak kerana penghuni rumah ‘special’ ini terdiri drpd pelbagai negeri dan daripada akhawat sehinggalah kepada ikhwah,air tangan mereka amat menjadi.Tidak dinafikan masakan ahli bait saya sendiri-QasrunNuha pun memang terangkat. Walaupun kadang2 itu masakan mereka tiada dalam mana2 buku masakan sedunia,tetapi sekali makan pasti nak cuba lagi.Ikhwah pun apa kurangnya,laksa,kek,air limau(favourite),Pendek cerita boleh buat bazar ,tetapi ada sebab2 tertentu yang membantutkan idea ini dari terlaksana.

Almuhim,sebut pasal bazar ini.Saya nak bawakan sedikit maklumat yang saya dapat dari ceramah di Bazar Kelantan malam semalam(Rabu) .Tajuknya memang sesuai untuk para mahasiswa/wi atau sesiapa yang rasa dirinya berkelayakan penuh.Sebenarnya agak taraddud sedikit semasa memikirkan yang mana aula/ahsan untuk pergi.Memang dlm dilema.Talaqi Azhar atau Rumah Kelantan? Tetapi disebabkan masa yang diambil untuk pulang dari Hayyu Asyir lama(2x singgah bazar sbb sesat,lol) dan sudah terlewat untuk ke Jami’ Azhar,saya dan sahabat mengambil keputusan untuk langsung ke Rumah Kelantan.Dengan ditemani musyrif yg bertugas,saya(DN),KQN dan Qasrunnuha ,3 sahabat yang bersemangat ke sana selepas maghrib.



Tajuk ceramah ‘KAHWIN SEMASA BELAJAR,antara tanggungjawab dan ….’
Bagaimana?Apa yang terlintas di fikiran anda saat terbaca tajuk ini? Itulah yang telah dikupas pada malam tersebut secara panjang lebar dan mendalam oleh 4 panelis Kelantan yang berkaliber.Walaupun pada awal amat sukar untuk saya memahami loghat kelantan,tetapi Alhamdulillah,dengan kehadiran sahabat ARB yang memang anak Kelantan,beliau telah menterjemah stp perkataan yang saya kurang fahami.

“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”. ( Riwayat Muslim )

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah dan suci yang menghubungkan 2 hati,2 jiwa dan 2 keluarga. Tiada umur yang ditetapkan untuk berkahwin cuma mafhum hadith perempuan yang solehah adalah yang awal kahwinnya,ramai anaknya dan sedikit mas kahwinnya.Tetapi,tidak semestinya orang yg lambat kahwin tidak solehah,musy keda?


Tajuk ceramah ‘KAHWIN SEMASA BELAJAR,antara tanggungjawab dan ..’
Anda nampak tak titik2 noktah di sebelah kalimah ‘dan’? Panelist pada mlm tersebut,U.Najib mengatakan titik yang pertama adalah FITRAH. Perkahwinan adalah suatu fitrah manusia sejak zaman nabi Adam.Oleh itu Allah menciptakan pengubat hati,bonda kita,Hawa buat menemani Nabi Adam dalam syurga. Perkahwinan juga merupakan suatu fitrah yang tiada manusia dapat lari,tiada siapa yang dapat katakan ‘Ah,aku tak mahu kahwin!’.U.Najib kata lagi,jika adalah orang sebegitu,mesti ada something wrong somewhere.Ungkapan seperti,’Pernah kufikirkan hidup tanpa cinta tidak mengapa’ hakikatnya memang tidak boleh dipakai kerana ia adalah fitrah semulajadi stp makhluk yg bernama Insan.

Kata U.Najib,titik ke2 ialah kasih sayang.Hati manusia bukanlah kayu atau batu yang keras,tidak berperasaan.

Panelist seterusya,K.Syidah memulakan kalamnya dengan sepotong ayat alQuran dan mafhum hadith yang berbunyi,
“ Jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya,baik agamanya ,maka kahwinlah” Kata beliau lagi,Kalau seseorang tidak berkahwin,ia akan membawa kepada fitnah fasad(rosak),lebih2 lagi seorang perempuan yang punya bnyk risiko dari lelaki.Kata beliau lagi,Ikhwah tidak perlu risau jika berkahwin semasa belajar kerana Taqwa kepada Allah akan membantu.Selain itu,hati akan menjadi tenteram kerana tidak akan berfikir benda2 yang membawa kepada maksiat lebih2 lagi dengan keadaan di Mesir yang rata2 sebelum datang ke Mesir,ramai yang menganggap Misriyah bertudung litup,tetapi hakikatnya tidak semua begitu…

Ketika moderator bertanya ttg tanggungjawab suami isteri .Jawapan beliau adalah tanggungjawab suami isteri adalah hampr sama kerana jika perkahwinan di Mesir.Tidaklah 100% seorang suami mencari nafkah,dan tidaklah 100% pula tanggungjawab seorang isteri menguruskan rumah tangga.Ini kerana,suami isteri hendaklah saling bantu membantu dan saling memahami yakni sekufu.Kata beliau,suami Mesir yang menukar pampers adalah bukan suatu kepelikan. Dan suami isteri yang masih bergelar seorang mahasiswa/wi mestilah pandai membahagikan masa. Madam2(gelaran pelajar Mesir yg tlh berkahwin) kata kalau nak tidur ,tidur puas2 semasa bujang kerana komitment tinggi apabila bergelar isteri lebih2 lagi juga apabila bergelar seorang ibu.Oleh kerana itu,persediaan sebelum kahwin amat penting.Kalau ada anak,bagaimana?Bagaimana hendak menjaga suami? Seloroh beliau,jika bujang masak sekali seminggu.Bila dah berkahwin,sampai habis segala menu dlm kepala krn masak 3 ata 4x kali sehari. Izan,jika takdir Allah berkahwin semasa belajar,bersedialah,jika tidak takut2 kita akan menyesal.Suami Isteri juga hendaklah saling membantu pada tanggungjawab dan tugas.Kesan berkahwin di Mesir adalah sebagai latihan krn apabila di Msia sudah pandai membahagikan masa.Yang terakhir,mestilah mantap dari segi rohani.Jika naqis dalam rohani,pasangan akan menganggap masjid yang dibina merupakan suatu yang susah dan akan menyesal.Sekarang ini,Yahudi sedang berusaha untuk menghapuskan perkahwinan kerana ingin mengurangkan jumlah umat nabi Muhammad saw.
Panelist seterusnya,U.Jamal mengulas ttg halangan2 yang membantutkan usaha utuk berkahwin.Beliau telah meringkaskan dalam kaedah 5K.


1)Kewangan-Inilah punca utama.Jadi pasangan hendaklah pandai merancang ekonomi mereka untuk,mereka berdua dan emergency case contoh jika sakit.
2)kematangan-Ini point yang perlu dikukuhkan.Beliau juga berseloroh.Katanya suami isteri yang matang ialah yang penyabar lebih2 lagi jika ada anak.Jika anak menangis pada 3am,siapa yang paling penyabar?Isteri akan bangun melayan karenah si anak,suami pun sabar juga.Suami relax sahaja tidur,dlm hati sabar shj anak menangis.

3)Keluarga-Kita mesti cari titik persamaan antara pasangan dan keluarga.Cuba cari suami yang mak dan abah suka.Ada juga yang mak pilihkan,tetapi kita tidak setuju.Oleh itu,perbincangan penting utk menyelesaikan sesuatu masalah.

4)Kesefahaman-Sekarang di alam belajar,pasangan perlu saling memahami.
5)Komitmen-Bagaimana menjadi seorang pelajar,isteri dan ibu.

U.Najib pula membahaskan ttg bagaimana mengatasi halangan tersebut.Beliau juga meringkaskan dalam bentuk REST.
1)R- be realistic.Jangan tengok org lain.Fahami diri sendiri.Jika kita asyik hidup based on apa yg org kata,blh sakit jiwa.Izan,hiduplah dlm keadaan yang real.

2)E-Elak dari pergaulan yang bukan2.Contoh,Akhawat klu orang cubit pipi,mahu kena teranjang balik.Tetapi,kalau lelaki bagi kalam2 sentimental,puisi2 indah ,cair akhawat.Jadi,kalau org missed call atau tersalah call,xpayah layan.

3)S-Set minda.Aku nak nikah bila?Umur ideal 25/26. Set ikut situasi,jgn ikut orang.Ini akn menyebabkan kita menjadi seorang yang berprinsip, lebih bermaruah.

4)T-Tahan diri dari pelbagai serangan dan cubaan .Bila seseorang sunyi,sepi,carilah pengubat hati.Itulah peranan ukhuwah sesama ahl bait atau sahabat2.Ubatlah kekosongan hati dengan berkongsi masalah.

Forum diteruskan dengan sesi soal jawab.Tetapi mata kutidak mampu untuk bertahan lebih2 lagi setelah melihat jam tanganku menunjukkan tepat pukul 11 pm. Sahabatku yang ingin bertanya menyuruh aku bertanya krn untuk menyegarkanku balik.Dengan tangan dan suara yang berketar2,suaraku tersebar di segenap penjuru Rumah Kelantan melalui corong2 speaker.Balas sahabatku yang berada di tingkat bawah,”Patutlah mcm kenal suara’’. Aku bertanya ttg statistik kejayaan mahasisiwi yang bergelar isteri.Namun jawapan yg kuterima adalah statistik tersebut hendaklah ditanya sendiri ke Bait Muslim.Rasa kecewa dan hampa menyelubungi aku dan sahabat2.
Kami pulang sebelum tamat sesi Forum.Sungguh bnyk input yang kami dapat.Ssungguhnya taraddud kami pada awalnya memang bukan taraddud yang sia2,krn manfaatnya amatlah indah.Akhir kata,jika tidak bersedia jangan sekali2 terfikir untuk berumah tangga,bnyk benda yang akan kt rugi nanti.Sgl kekurangan harap dimaafkan.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com