Pages

Wednesday, July 21, 2010

Dia ahli Waris? Saya?




Bismillahirrohmanirrahim...

Alhamdulillah,(pada 19/7/2010,sehari selepas rehlah ke Matruh)selepas rehat yg agak cukup,saya dan 3 orang sahabat lain bergerak ke Dewan Msia Abbasiyah Kaherah,ARMA utk menghadiri seminar Hakikat Ilmu al-Mawarith (HIM) yg disampaikn oleh Us.H.Mhd Jabal Alamsyah,azhari di Fakulti Usuluddin Jurusan Tafsir dan Ilmu2 AQ.Beliau juga adalah Founder dan Trainer Majelis al-Mawarith dgn mjlnkan management Majelis al-Mawarith dlm program edukasi,public training HIM sejak tahun 2004 shg skrg.Dan atr sebab beliau ingin kita sama2 mendapat manfaat dari ilmu ini ialah semasa dlm seminar,beliau sbg jemputan pada thn 2005.Seorg lelaki berdiri dan menanyakan soalan ,”Sudah berapa orang seperti antum?”

Seminar ini satu hari penuh dan memang menyeronokkan.Di sini saya baru faham tth hakikat sbnr al-Mawarith .Apakah itu al-Mawarith.Di snilah saya akn kupas satu demi satu.Walaupun ada kekurangan ,marilah kita berkongsi ilmu ttg apakah itu al-Mawarith.
Kita tlh digelapkan dengan masalah pembahagian harta sejak berzaman,malah masalah ini telah lama wujud sehinggakan impaknya yg besar boleh meretakkan hub. Keluarga seperti filem 3 Abdul.Olh sbb itu,kita perlu memahami al-Mawarith agar fenomena perebutan harta oleh ahli keluarga sendiri atau org yg tiada kaitan langsung dgn kita tidak berlaku,Iallah.

U.Jabal mula mengenal ilmu al-Mawarith di tangan U.Imam Malik an-Nasirin.Cara mengajar Imam yg unik menyebabkan ilmu ini terus melekat dan sebati dalam diri U.Jabal.Cara pembelajaran ialah Imam menulis di papan putih,kemudian Imam akan padam,dan setiap pelajar dikehendaki menulis kembali,tidak dapat akan dipukul dengan rotan. Sesiapa yg berani tidur berjaga2 krn Imam mmg MAHIR melempar duster .Klu skrang ,silap2 murid baling cikgu dengan kerusi.Aisy,zaman sekarang…
Baik,masuk kpd point.Dalam pemikiran masyarakat Cuma ada PEMBAHAGIAN harta.Bapa mati,anak tanya mak pasal harta.Ibu jawab, “Anak ni gila harta apa?” Kita Cuma fikirkan pembahagian harta dan ini merupakan habl minaNas(ikatan atr manusia),kita lupa satu istilah yang amat penting yang mengikat kita dgn Allah(Habl minaLLAH) Apakah dia? Penentuan! Yang sebetulnya PROSES PENENTUAN HAK WARIS SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA WARISAN.


Dlm AQ,Allah mensyariatkan solat dan zakat.Benar?Ttp Rasulullah yg menunjukkan kaifiyahnya.Tetapi al-Mawarith tlh ditunjukkan Allah scr terperinci,satu2,La roiba fiha dalam surah anNisa ayat 11 dan 12.Jadi kita labudda tiada asbab lain untuk tidak mendalami ilmu ini.Ada kajian yg dijalankan di Msia,tdapat 7 billion harta beku di Msia .Sepatutnya ia digarap.
Apakah yang harus kita lakukan detik ahli keluaraga kita meninggl dunia?
Mesti yg terlintas dlm pemikiran kita,4 yg wajib :Mandi,kapan,solat dan kebumi. Adakah stp ahli keluarga yg masih hidup akan melaksanakan keempat2 ini,mestilah ada org yg tertentu.Kita yg tidak ini,berhenti menangis.Ambil pen,buku buat :
1)Data kematian.
Langkah ini sgt penting kerana memiliki kaitan erat dgn mayat selanjutnya khususnya mayat yg selanjutnya adalah ahli waris kpd simati pertama.Cth,ayah meninggal di Msia,selang beberapa saat abang di UK meninggal juga.Abang ttp ada hak akan harta ayah,dan ini menentukan kepada siapa pula harta itu akan turun.Data ini penting dan hendaklah disertai dgn nama,jam kematian(minit dan saat) dan tarikh.
2)Data Harta
Senaraikn harta siMati.Nmpk spt materialistik,bukan? Tetapi,itu yg penting demi mengelakkan pergaduhan yg hanya membawa derita kpd siMati dlm kubur.Senaraikan harta warisan dan harta peninggalan ayah.Hah,apakah BEZA Harta warisan dan peninggalan?
HARTA WARISAN=HARTA PENINGGALAN – 3 KEWAJIPAN
*KEWAJIPAN:Pengurusan Jenazah,Pelunasan Hutang dan Pelaksanaan wasiat. Jadi Harta warisan ialah slps pengurangan.
Harta peninggalan: sgl sesuatu yg ditinggalkan siMati.Harta awal yg bersifat tetap spt bangunan,tanah.Dan juga bersifat tidak tetap spt pakaian,wang dan kenderaan.
Kita catat semua itu dan buat dalam jadual,sediakan juga jumlah harta warisan(Harta siap bagi)..Harta yg bersifat tetap dianggarkan haranya mengikut harga hari siMati itu pergi dan sesuai dengan tempatnya.Rumah di Hayy Sabiek jgn dianggar mengikut rumah Hayy Asyir,main fasy!

Seterusnya,laksanakan hutang kerana Manusia mutaallak,(berikat) dengan hutang.Ini penting utk mengurangkan derita siMati.Hubungi kesemua pemiutang.Olh itu,bagi memudahkan kerja,kita yg masih hidup ini buat File Jenazah.Dalam itu catit semua hutang siap dgn nama pemiutang,YM,no tel. ,alamat,Fbook pun boleh(gurau2). Ada satu permasalahan yg d’utarakan U.Jabal.Bagaimana tiba2 dtg seorg yg mengaku siMati punya hutang dgnnya 10 thnn lalu tapi tanpa bukti? Ikrar si Pemiutang dgn Wallah,sekali sudah cukup membuktikan ia benar,Kita harus bayar(xnak bg siMati menderita dlm kubur) Salah atau benar antara lelaki itu dengan Allah.

Hah,lg satu sblm terlupa.Adat masyarakat yg mengadakan kenduri. U.Jabal berpesan org ramai melihat Azhari,so,jgn bagi contoh yg berat spt mengadakan kenduri yg kedahsyatannya melebihi kenduri kahwin.Sebut makanan itu bukan dari mayyit ttp dr ahl bait atau sponsors.Lebih baiknya jika buat kenduri Khatam AlQuran.Seorang 1 juzuk.

Di Mesir,ada adat yg saiyiah(buruk).Ada keluarga Islam yg kematian ahl keluarga,Sms pengebumian tlh membayar sejumlah wang kpd org tertentu.Org tersebut tlh berpakaian serba hitam meratap2 di perkuburan sambil menyebut kebaikan siMayyit.Adat Jahiliyyah.Tetapi ada juga adat Hasanah iaitu jika ada keranda di masjid,ramai yg berbondong2 utk mengangkat sama krn semua org menginginkan matinya seperti itu.
3)Data Ahli Waris
Ada 23 orang yg tlh dibahagikan kpd 5 golongan.
A)alAslu alWarits
1)ayah si Mayit
2)Ibu si Mayyit
3)Datu dr ayah siMayyit
4)Nenek dr ayah si Mayyit
5)Nenek dr ibu si Mayyit
B)alFar3u alWarits
6)ank laki2 siMayyit
7)Ank perempuan siMayyit
8)Cucu laki2 dr ank laki2 siMayyit
9)Cucu Permpuan dr ank laki2 siMayyit
C) 3laqah anNikah
10)Suami atau isteri siMayyit.
D)alHawasyi
11)Saudara kandung siMayyit
12)Saudari kandung siMayyit
13)Saudara seayah siMayyit
14)saudari seayah siMayyit
15)ank laki2 dr saudara kandung
16)ank laki2 dr saudara seayah
17)saudara seibu
18)saudari seibu
E)alA3mam
19)paman kandung(pihak ayah)
20)paman seayah(pihak ayah)
21)Ank laki2 dr paman kandung
22)Ank laki2 dr paman seayah.
23)Mu’tiq si mayyit
Ahli2 waris disyaratkan harus memnuhi hal2 di bawAH:
RUKUN2
1)adanya mayyit
2)Adanya ahli Waris
3)adanya harta
SEBAB2 MDAPATKAN HAK WARIS
1)Hub pernikahan yg sah(4 org shj,yg selebihnya,tidak sah)
2)Wala’(hub.tuan dgn hambanya)
3)Hub.keturunan hakiki(nasab)
SYARAT2 alMAWARITS
1)Mati seseorg scr pasti
2)Ahli waris scr pasti
3)Tiada sebab terlarang mdapatkan harta warisan
SEBAB LARANGAN MDAPATKAN HARTA WARISAN
1)Hamba sahaya
2)Membunuh
3)Murtad

4)Penentuan ahli Waris
Jadi kta senaraikan kesemuanya,siap dengan nama sekali mengikut turutan. Nasihat U.Jabal kita kumpulkan 23 orang tersebut(xsemestinya bizzabt,blh kurang tau lebih,ttp mmg tersenarai dlm 5 golongan ini.Jika xmumaiyiz pun kumpul juga) selepas itu baru buat pengurangan contoh dari 23,ada 7 orang sahaja.Yg ini msk kamar 1.Selepas itu,adanya al-3sabah,yang tinggal masuk kamar 2.Selepas itu ada pula alHajb( ada pecahan pula,cth:klu yg tinggal ada ank laki siMayyit kesemua golongan hawasyi dan a3mam tertolak.Selepas itu tgk pula adakah mrk ini atr yg terlarang mdptkan harta warisan atau tidak)

5)Pembahagian Harta Warisan
Di sini,kita kena tentukan bhgn mereka beserta dalil Aquran. Imam Malik an_nasirin ada mengajarkan kaedah mengira yang mudah menurut aslu masalah: 2-3-4-6-8-12-24.Saya tidak akn menyentuhnya krn ruangan begitu kecil.Tidak mengapa IAllah di kesempatan lain.

Jika sudah dibahagikan,ada juga istilah takharruj seperti harta yg dberikan sbg hadiah sesuai dgn kesepakatan bersama.


PERMASALAHAN
a)Pak Cik yg berebut harta,contoh rumah.Jika tidak diberikan dia akn bakar rumah.Jln penyelesaian,U.Jabal kata,hadiahkn sahaja rumah itu.Mesti kita kata,bolehlah cakap.Ingat Allah maha adil.Harta Warisan tidak boleh main2,ia hak orang.Lagi satu,harta peninggalan spt kopiah,pakaian hatta jarum peniti.Klu saudara mara mahu,jgn diambil begitu sahaja.Kumpul satu keluarga kerana ia hak ahl waris.Berbincang,minta izin,jangan jadi PENCURI!

b)Ahmad sdg baca akhbar,ayahnya datang dan tersadung kaki lalu terjatuh dan mati.Ayahnya ada isteri yg sudah lama bercerai.Ayahnya juga ada saudara yang gila.Siapakah ahli waris?

Jwpn: Ahmad(bunuh tanpa sengaja) dan saudara siMayyit
Sms seminar ada disebutkan ttg bayi tabung uji yg jika dtumpang pada bukan isteri samanya seperti berzina dan jika ditumpang pada isteri ,anak itu mengikut nasab ibu tumpangan krn ‘Walad liRahm’.Dan S.Tanthawi pernah berkata alMawarith dgn DNA tidak boleh dianggap benar sbb itu anak luar nikah tiada nasab.
Akhir kata,marilah sama2 kita ambil input.Jika ada kesalahan mahupun sebarang musykilah boleh tulis di bhgn komen atau terus ke YM /Fbook saya,tetapi bgtau nama dahulu,kerana kebiasaan saya cancel friend request jika tidak mengenali,krn sbb2 tertentu.

Inilah serba sedikit apa yang saya dapat dari seminar ini dan Alhamdulillah,Allah beri saya peluang ini.Klu nk ikutkan penat,memang penat.Yelah,baru balik Matruh,duduk dlm coaster yg mcm unta .Ttp,krn semangat ,saya dan sahabat pergi juga.Ala kulli hal,sahabat sekalian ,belajarlah ilmu alMawarith,jgn bila terhantuk baru nk tengadah. Ingat 5 step ini!
Wallahua3lam!

2 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah

    Syukrullillah atas ikut serta dalam menyebarkan Ilmu Allah 'Azza wa jalla ini

    web kami di jabalnasution.wordpress.com dan mohon ijin gambar kami diatas untuk kami copy.

    syukron
    wassalam

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com