Pages

Wednesday, July 21, 2010

Matruh...kubuang resah ke laut.

Salam
Destinasi kali ini Matruh. Hurm,Apa dia Matruh itu?
Matruh terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah, yang mana jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524km . Ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km , di mana para pengunjung mengklasifikannya antara pantai tercantik di dunia .
Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih ,juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempersonakan.
SEJARAH
Matruh mempunyai di antara pantai yang tercantik di dunia. Matruh juga mempunyai pantai di mana Cleopatra pernah bersiram dan mandi di sana. Matruh merupakan sebuah pekan pantai, tempat Ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matruh atau nama asalnya Marsi Matruh terletak di barat laut Mesir. Jarak ke Matruh adalah 600 km dari Kaherah dan mengambil masa 9 jam perjalanan untuk sampai. Perjalanan menuju ke Matruh ini dikelilingi padang pasir dan melalui kota Iskandariah dan al-Alamin. Matruh juga merupakan pusat peranginan sederhana pada musim panas yang mempunyai mercu tanda seekor kijang. Buah zaitun dan anggur merupakan tanaman utama bagi Matruh.
Manakala Siwa pula merupakan kawasan oasis yang subur dikelilingi padang pasir. Kawasan subur ini mengandungi tasik dan tanaman yang subur seperti tamar dan zaitun di mana Siwa merupakan kawasan pengeluar utama Mesir bagi kedua-dua jenis tanaman tadi. Siwa juga merupakan kawasan pemerintahan Cleopatra dan juga Alexander pernah datang ke sini kerana kecantikan Cleopatra.
Siwa dikenali dengan Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam iaitu 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazira Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazira kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di Tasik Garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra dan menjadi sumber air bagi kebun di situ. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir ini. Jaraknya ke Tenggara Matruh sekitar 300 km.
Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi. Siwa juga adalah pengeluar kurma, minyak zaitun, buah zaitun dan balah billuz (kurma dengan kacang) yang terbesar di Mesir dan kota kedua di dunia sebagai pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan Bahasa Barbar (bahasa dari Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka serta juga merupakan antara golongan yang susah untuk menerima Islam pada suatu ketika dahulu. Tetapi apabila memeluk Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh
Jaulah ke Matruh ini hanya disertai 9 orang akhawat 2nd batch ARB, dan 4 pengiring kami yg agak ‘sporting’:K.Effah dan suaminya,U.Hadi , K.Husna,mahasiswi yg sdg menulis untuk master danseorang Ikhwah ARB sendiri.Rehlah ini adalah 4 hari 3 mlm .Kami bertolak di sebelah malam dengan menaiki coaster yg selesa .Dipandu oleh 2 orang pemandu Arab yang tidak banyak karenah dan saya rasa mmg orang yang sibuk krn dari hari pertama sehingga hari pulang,telefonnya mmg tidak berhenti2 berdering.Dan,akibatnya nada deringnya telah menawan hati salah seorang sahabat saya dan dia tlh mengambil kesempatan ‘menyedut’ dari Ammu tersebut…
Baik,sesampai sahaja di Matruh,kami terus ‘check in’ Syaqah-2 bilik tidur,satu bilik air,satu dapur,sesuai dengan kami yang 9 orang.Pengiring kami duduk di tingkat atas,satu syaqah.Letak sahaja barang,kami terus bergegas bersiap2 untuk ke pantai kerana agenda kami pada hari tersebut ialah ‘mandi sampai muka berbelang’!!!

Pantai Ghuram

HARI 1
/>





3 km dari pekan Marsi Matruh. Merupakan kawasan yang paling sesuai untuk bermandi-manda kerana pantainya yang bersih dan tenang daripada ombak yang mengganas.
Deruan ombaknya membuatkan kami terpukau dgn kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Puas kami mencari tempat tertutup utk bermandi-manda krn tmpatnya agak terbuka.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mandi juga kerana mmg dah tiada tempat tertutup.Lebih2 lagi,hati sudah tak tertahan mendengan ajakan manja laut,hehe..
Habis mandi,ini part yang paling saya tidak gemari.Beratur di Hamam.Ya allah,memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Sabda nabi’La Taghdab’ kugenggam erat. Melihat karenah arab satu,dengan keadaan yang berpasir lagi.Seusai shj bersiap,rupa2nya sahabat2ku yang lain sudah menunggu dlm coaster dan mempersoalkan tindakan aku yang menukar pakaian.Kata mrk sebantar lagi kita akn ke pantai lain.Allah,aku kematian kata2...
Pantai Cleopatra(Bahar Cleopatra / Laut Cleopatra)







7 km dari Marsa Matruh. Di sini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi) dan juga tempat bersiram pemaisuri Cleopatra. Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang paling merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam ini.
Kuberdiri di persisiran,melihat lesu sahabat2 yang meredh laut untuk ke Hamam Cleopatra.Menyesal sgguh tindakanku tadi.Pabila ombak datang,kulari jauh2 biar stokin baru tidak terkena langsung percikannya.Ah,ajakan laut yg manja lagi...kutahan,kuingat kembali kesusahan aku sebentar td di hamam(WC). Sementara menunggu sahabat2,kumenulis serba sedikit laporan jaulah ini.Penting juga utk blogku dan blog ARB,jika setiausaha ikhwah dah buat,tidak mengapalah. Kebanyakan para pengunjung merupakan remaja Arab,mgkin kerana keadaan pantai yang kurang sesuai utk mandi krn bhy. Ttp,lautnya mmg biru sgt....
Menurut sahabatku yang memasuki hamam Cleopatra, ada lubang yang memasukkan air laut kedalam batuan tersebut.Kiranya Cleopatra duduk sahaja dan ombak akn masuk melalui Hufrah(hole) . Air Laut mmg bagus untuk kulit.

Teluk Ajibah(Bahar Ajibah / Laut Ajaib)




Saat yg mendebarkan...kedatangan ombak!


10 km dari Marsa Matruh. Dinamakan Bahar Ajibah (Laut Ajaib) kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.
Pantai yg ke3...sekilas pandang seprti lukisan.Ttp,itulah hakikat keindahan ciptaan tuhan`. Kali ini,aku tidak dapat menahan diri lagi....Tetapi ( ada tapi juga tu) Aku dan sahabat mengambil keputusan untuk berdiri menahan ombak yang datang kerana pukulan ombak terlalu kuat sehingga tahap kebasahannya sama seperti mandi. Tgh2 sabar menahan umniah untuk terus terjun,tiba2 pengiring kami pula cantik sahaja melebarkan sayapnya ketengah2 laut.Amboi,ustaz.Kami tahan.... Sempat makan Sya3run Banat (candy floss). Ada jagung bakar,tapi xmanis.Jika di Msia ,jagung2 manis dan akn disaluti mentega,sini bakar semata. Pantainya mmg cantik ,kurang orang,Klu dtg senja,nmpaklah 7 warna,tp kami dtg tghari. Ala kulli hal,mmg cantik lautnya,udara segar.Memang istilah pulang itu tak terlintas dalm fikiran.

Pasar Libya


Merupakan tempat membeli-belah yang amat terkenal di bandar Marsa Matruh. Di sisi terdapat pelbagai barangan. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Kebanyakkan barang yang terdapat di sini dari negara jiran iaitu Libya.
Tidak memerlukan kepada sekilas pandangan,pasar ini memang serupa separti Uptown di Shah Alam.Ada barangan yang murah dan ada yang mahal.Ada sahabatku yg membeli Balah biLuz (Kurma dlmnya ada kacang),ada yang mahu membeli keychain,mcm2.Aku klu dh pening (mgkin krn kesesakan dan kehangatan) hilang mood untuk membeli-belah.Jadi aku hanya mencari Inai Paste dan beli ais krim. Lama juga kami menghabiskan masa di sini. Ada juga sahabatku yg kegirangan apabila musyrif kami berjaya bermujadalah dengan penjual beg untuk barangan yang dikehendakinya. Aku rasa nak balik je...Penat
Sampai shj di rumah,walaupun sahabat2ku ada yang meluangkan masa berborak sambil menyuap mesra Rotato.Kutidak peduli! Kuterus melabuhkan tirai HARI PERTAMA di MATRUH!

HARI 2
Kami bertolak pagi ke Siwa. Siwa pula merupakan kawasan oasis yang subur dikelilingi padang pasir. Kawasan subur ini mengandungi tasik dan tanaman yang subur seperti tamar dan zaitun di mana Siwa merupakan kawasan pengeluar utama Mesir bagi kedua-dua jenis tanaman tadi. Siwa juga merupakan kawasan pemerintahan Cleopatra dan juga Alexander pernah datang ke sini kerana kecantikan Cleopatra. Kami bgn awal pagi utk menyiapkan sarapan dan juga diri.Bagus sahabat2ku,bekerjasama. Tiada pun mesyuarat pengagihan tugas.Ttp,semua bagai tahu2 sendiri utk buat apa.Ada yg sibuk di dapur(msk maggi),ada yang di hall sapu colat dan jem di roti(Akula tuh,hehe),ada yg menyiapkan minuman dan makanan ringan untuk dmakan di dlm coaster.Kudoakan ukhuwah kami bertambah kuat Amin. (nk nangis!)
Kami sudah bersiap-sedia dgn sunblock,topi dan cermin mata krn dgr cerita cuaca akn panas.Tidak juga kami lupa membawa bekalan air yg cukup kerana tidak mahu tragedi di Ahram berlaku lagi.Aku duduk di belakang coaster,belakang sekali.Memang parah.Nak tidur tak selesa,terpaksalah menghabiskan komik Miki dan buku Ahmad Hoosen Deedat.Klu nk meyabarkan diri lagi melihat sahabat2 lain yg masih diulit mimpi,layan YM ke Fbook ke.MP5 xblh harap,asyik hbs bateri je...Nak tidur boleh,stp 1 jam wajib terbangun.Hentakan tayar barangkali mematikan mimpi2 indah.Itu belum klu nk makan lagi....mcm naik unta di sohro’.

Jabal Mauta


Merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika barlaku peperangan dan juga tempat pengebumian jenazah. Di tempat tersebut juga terdapat kubur Sa’amoun dan Oxyoris. Kesan-kesan tulang dan rangka-rangka dahulu masih lagi boleh dilihat..Semasa melawat makam yang terdapt di situ,apa yg mengkagumkan aku adalah tulisan Hieroglif yg terdapat di dinding makam yg menunjukkan kehidupan selepas mati.Ttp ini bukan versi Islam. Cuma ada kesamaan sedikit kerana mrk juga ada MIZAN,ditimbang menggunakan hati manusia itu sendiri dan bulu. Adalah balasan setimpal.Ada lukisan syurga,wanita yg dkelilingi buah2 klu di neraka ada raksasa buas yg akan memakan penghuni neraka(kenyang lah dia). Ada juga lukisan di dinding makam yg menunjukkan ilmu Falak.Perempuan memegang lampu pelita(ibaratnya matahari) dan duduk di dlm sampan smbil mengelilingi dunia. Ada 4 lukisan yg menunjukkan keadaan cahaya matahari di barat,timur,utara dan selatan..

Kubu dan Ma’bad Alexander The Great

Dibina lebih kurang 300 tahun dahulu. Pintunya masih lagi kuku walaupun sudah berabad lamanya. Merupakan tempat persembunyian penduduk zaman dahulu ketika peperangan berlaku. Terdapat sebuah menara di situ untuk membuat pengumuman. Di situ juga terdapat sebuah terowong yang digunakan untuk mengambil air dari kaki bukit.
Bersebelahan ma’bad tersebut terdapat lubang tempat simpanan emas dan barang-barang berharga tetapi telah dicuri oleh penjajah. Ada pendapat mengatakan Iskandariah dikebumikan di Siwa dan ada pendapat lain mengatakan dikebumikan di Iskandariah juga.
Di puncak bukit dahulunya terdapat berhala yang mewakili Tuhan Matahari yang terletak di bilik tengah. Alexander The Gheat meminta pertolongan daripada berhala tersebut apabila terdapat permasalahan. Berhala tersebut telah rosak semasa berlakunya Perang Dunia ke-2 kerana tempat ini telah dijadikan kubu peperangan oleh tentera Jerman. Di pintu gerbang tersebut terdapat tulisan masyarakat Firaun zaman dahulu.
Bilik kecil di sebelah kanan merupakan bilik pendeta atau ahli agama manakala bilik di sebelah kiri pula merupakan tempat pentadbiran, pusat perancangan stategi peperangan dan juga tempat tawanan perang.

Stelah itu kami ke Haikal Ummu Ubayday.Klu x salah,aku tidak turun kot.Cuma beberapa sahabat shj turn utk bergambar.Status YM ku panas + penat.

Kolam Cleopatra



Dinamakan demikian sempena kedatangan permaisuri Cleopatra. Setiap pengantin baru akan mandi di situ. Ini adalah suatu adat yang dilakukan oleh penduduk Siwa dahulu dan ada yang mengatakan ia masih kekal hingga kini. Kedalaman kolam ini lebih kurang 5 meter. Dikatakan kolam Cleopatra adalah sumber air utama di Siwa dan air kolam itu tidak pernah kering sehingga sekarang.
Kolamnya mmg dalam. Ada pelajar dulu yang pernah lemas.Kanak2 Arab shj yg kelihatan bermani-manda menggantikan Cleopatra,mrk mmg pakar dan tak takut langsung.Jika diperhati ada bebola udara dari dasar kolam.Kemungkinan ada hidupan atau lubang2 tanah ...

Setelah itu,kami makan tengahari di sebuah restoran di Souk Sally dan tidak lupa juga menunaikan suruhan Allah dengan jama’ dan qasarnya.

Jazira Fatmas

Dinamakan Jazira Fatmas kerana terletak di tengah-tengah laut Siwa. Di situ juga terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Berhampiran dengannya terdapat sebuah kolam mandi sedalam 7 meter yang lebih dalam dari kolam Cleopatra. Kolam tersebut menjadi sumber air untuk bekalan kebun di sekelilingnya..Kolamya nampak shj dalam,aku menasihati sahabat2 yang sdg bergambar agar berhati.Tp,sangkaanku meleset apabila ada org Arab yg tenang sahaja berjalan di tengah2 kolam,dan air kolam x sentuh lutut pun(klu xsalah).
Angin yang bertiup amat mendamaikan.Klu imtihan ,mmg inilah tempat yg sesuai untuk belajar.Di sini kami puas bergambar.Ada 2 orang sahbatku yang tidak ikut ,tinggal dalam coaster kerana menemani sahabatku yg kurang sihat,syafakillah ya ukht!

Tasik Garam


Coaster kami berhenti di tepi jalan.Kami turun dalam keterujaan kerana kami berada di kolam garam. Tiada penjaga,pagar,kami terus berlari untuk mendapatkan garam yang putih.Kami bergambar sakan seolah2 ia adalah ketulan salji. Lawak.Aku menemani Kak Husna bergambar agak jauh sedikit dari sahabat2ku.Kami sempat kutip garam penuh beg plastik.Cukup kot bekalan utk beberapa bulan,hehe.
Kota Lama Siwa


Merupakan kota terawal penduduk Siwa. Dikatakan ia sebuah kota yang besar kerana terletak di antara dua buah bukit. Dari atas kota lama Siwa boleh dilihat kubu Alexander The Great. Dari sini juga dapat dilihat kesuburan tanah dan ladang-ladang yang terdapat di SiwaKota ini ada bnyk rumah2 batu yang hampir roboh.Yang membuatkan ia terus berpenghuni ialah laungan azan dari masjid yg terdapat di situ.Sggh unik.. Aku dan K.Husna memerhatikan tinggalan kota lama ini dan mendapati dinding kota tersebuat ada yg diliputi marmar,ada juga batuan marmar yang telah dimamah zaman.
Kami memanjat hingga ke puncak dan menikmati keindahan kota tersebut dan suasana berangin.Hampir shaja topiku terbang.Dari atas, jelas terdengas suara Himar(keldai). Pantas kami teringat sabda nabi,mafhumnya keldai bersuara apabila terlihat syaitan,manakala ayam berkokok pabila terlihat malaikat.Kami segera bertaa3wuz apabila keldai acapkali berteriak..
Setelah itu,kami ke Souk sally utk membeli kurma.Tp yg ptg,aku terjumpa kedai Asir(jus).Ya Allah,rindunya kami pada keenakan Asob(tebu) blakang Azhar.Dh lama x minum.....Aku pun order 2 asob,tp tidaklah sehingga sekaligus minum.Ada fatrah tertentu,hehe
Puas pak Musyrif berfisol ttg harga kurma,namun harga yg tetap sama membuatkan kami bersegera pulang ke Matruh.Lebih2 lagi apabila sahabatku makin naik demam.Lagipun,harga di pasar Libya lbh kurang sama,buat apa pergi jauh sehingga ke Siwa.Musy keda?!
Kami sampai mlm,dan terus bergegas ke Pasar Libya tanpa 3 orang sahabat yg pulang dahulu menemani teman yang sakit. Kurma di sini agak murah.Jika di Kaherah,mgkin LE10 ke atas.Di sini,kurma yg dlmnya kacang LE7,yg dalamnya coklat cuma LE 6.75. Aku hanya membeli pesanan ikhwah yang akn berangkat ke Msia. Rugi pula aku tak beli…..Siapa2 yg baik hati nk ambil pesanan sila buzz ye,hehe,gurau.
Sementara menunggu sahbatku yang membeli cenderamata berupa botol dlmnta berpasir dan blh dtulis nama,Aku membeli mainan untuk Mahmood, adik angkat ARB,atau cucu angkat Ammu Firakh. Tp,smlm slps balik seminar Mawarith di ARMA,aku pun beri mainan itu(pedang BEN10 ,ada lampu) pada Mahmood,dia suka,dia geram,smbil menghentak2 pada lantai.Kulihat kepala BEN10 hampir terbuka.Suka hatilah Mahmood..
Sementara di pantai,kami pun mengidam nak makan seafood( mcm di Msia,ada pntai ,adalah pembakaran scr besar2an hidupan2 laut. Tapi,ini di Matruh,Mesir.Hampeh.Puas cari,tiada restoran yang membakar ikan,udang.Nak berjalan di persisiran pantai,mmg xlarat.Jam hampir puku l 12 lebih. Ada cadangan untuk ke Mo’mein, dtg jauh2 mkn Mo’mein,baik duduk Kaherah. So,kami decide berhenti di sebuah restoran tidak jauh dari restoran pertama kami di Matruh(masa tu makn tghari-ayam panggang!) Kami meminta pizza seafood dan Fatiroh Jambari(prawn),Ada juga seafood..,bolehlah….


Hari 3


Kami singgah di Muzium ketenteraan,mendengar sejarah peperangan yang melibatkan Mesir dlm World War 2 dalam 2 bahasa.Sebelum Musyrif bertanyakan untuk penerangan dalam B.Melayu,kami terus lari.Aku memang suka ke muzium kerana kumemang minat Sejarah,tetapi tidak tentera..waaa......
Spt biasa,aktiviti utama kami bergamabr.Sempat juga kami memumarasah(prktis) maharat Muhadasah.Bnyak peralatan perang,uniform tentera.Semuanya dibahagikan dan diletakkan di dalam bilik yg berasingan sesuai dgn ngr msg2 ada Itali,German dan lain2. Antara alatan yang sempat kubertanya kpd penjaga ialah ‘water carrier’. Air tidak akan menitis keluar kerana ia terbuat dr kittan.Teringat sms zaman nabi Muhammad s.a.w,yang mengisi air ke dalam kulit2 haiwan ktk mahu pergi berperang mempertahankan Islam.Wallahua3lam.

Seterusnya kam ke kwsn perkuburan.Persoalan yg terlintas di fikiran,mengapa kerajaan Mesir begitu menghormati askar2 negara luar yg suatu masa dahulu berhasrat utk mengancurkan tamadun Islam dan jg tamadun mereka sendiri.Kubur2 itu dijaga rapi,tersusun,bersih.Sdgkan rakyat ada yg menderita kelaparan,tiada tmpt tidur.Itulah tugas kita sekarang.Belajar bersungguh2 demi kemaslahatan umat Islam bersama.
Kami masih tidak boleh percaya bhw kami dlm perjalanan pulang...Alhamdulillah,krn diberi peluang melihat kebesaran Allah agar dapat merenung dan memikir hikmah di sebalik kejadia di samping membuang segala mcm peristiwa ukhuwah yg tidak enak. Kami juga dapat berkenalan dengan org ramai esp para pengiring kami,mengenal hati budi dan sifat mereka yg sebenar.Yg plg penting mengenal dgn lbh rapat sahabat2 2nd batch sendiri.Syukran kpd semua!Jazakumullahukhair.....



No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com