Pages

Sunday, July 11, 2010

Tertunaikah hak...?






In the Name of Allah. the Compassionate, the Merciful,
Praise be to Allah, Lord of the Universe,
and Peace and Prayers be upon His Final Prophet and Messenger

Salam,semua..
Dh lama x update blog.Beratur menunggu giliran broadband memang suatu kelaziman di rumah ARB. Ttp,lebih menyeronokkan jika ada orang ‘potong line’ atau saat giliran kita,tiba2,kita diberitahu bhw ada org lain yg sdg menggunakannya.Hanya Allah tahu betapa luluhnya hati.Jadi,utk mengubati hati,saya pun membaca ‘Bagaimana Menyentuh Hati’.Kitab yg mmbincangkan kaedah utk mjadi seorang Daie(pdakwah) sehebat Nabi Muhammad.
Baik,bagi untuk menghangatkan lagi topik U*K*H*U*W*A*H yang mana saya percaya menjadi kalimah yang lazim dlm suatu ucapan sejak kebelakangan ini.Sblm kita berani mencari UKHUWAH fiLLAH,Marilah kita bincang hadith dari junjungan kita,Rasulullah s.a.w.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah saw. bahawa beliau bersabda,

"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah
salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang
maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan
mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke
pemakaman)."



Pertama, jika bertemu maka berilah salam.
Mengucapkan salam adalah langkah pertama untuk memulakan sesuatu perkenalan,tetapi akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan dan juga pelukan(spt yg dlakukan org Arab). Memberi salam beerti mendoakn kesejahteraan dan kedamaian .Mengucap salam ‘sunat muakkad’ manakala menjawabnya wajib.Ttp, ada juga keadaan di mana memberi salam ini makruh apabila dlm keadaan Org dlm tandas( tgh seronok feeling,ad org bg salam,aisy,xpatut),Orang yg mengantuk dan Org yg sdg makan .Apa2 hal pun,salam dpt mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahl bait juga org lain. Ingat, ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, kasih,
dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud.

Kedua, jika tidak kelihatan maka cari tahulah
Haa,yg ini agak kepayahan sedikit.Klu dlm kalangan ahl bait (teman serumah) mudah.Bagaimana jika sahabat yg tidak duduk serumah? Itulah fungsi kecanggihan teknologi sekarang.Dan saya yakin rata2 mahasiswa sekarang la budda mesti ada telefon bimbit(HP) seorang satu.Jadi,apalgi,hantarlah YM atau SMS agar dpt mengetahui perkembangan terbaru sahabat jauh.Inilah hak kedua antara muslim.Jgn bila susah baru terkial2 mendail nombor sahabat. Kata ukhuwah…so,susah senang bersama.

Ketiga, jika sakit maka jenguklah
Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira,
sedih, atau sakit; dan setiap keadaan harus disulami dengan sikap yang islamik. Jika
Anda mendengar bahawa sahabat Anda sakit, Anda harus cepat-cepat menjenguknya lebih2 lagi jika teman serumah.Sahabat yg jauh juga jgn dilupakan.Lagi menyenangkan pesakit apabila kita mendoakannya dan menziarahinya dengan membawa buah tangan .

Rasulullah saw. bersabda,
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan
kalian saling mencintai." (HR. Malik dalam "Al-Muwatha"')

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim
kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan
baikpula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga.'" (HR. Muslim).
Saya cukup geram apabila ada sesetengah yang menziarahi pesakit,dahlah masa tidak kena. Datang dgn tangan kosong.Selepas itu ziarah lama2 sehinggakan menyusahkan tuan rumah nak menghidangkan makan minum. Walhal spt status sahabt saya,’Sabar itu indah’.

Keempat, jika ia mengundangmu maka penuhilah

Blh kata semua pelajar di Kaherah sdg seronok bercuti.Ada yang pulang ke Malaysia,dan ada juga yang duduk di sini untuk menikmati musim panas yang pertama( sayalah tu). Jadi,banyak jugalah jemputan Rumah Terbuka,Bazar2 dan Walimah2. Ini kesempatan yang berharga untuk merapatkan silaturrahim di samping mencari kenalan baru.Kita harus memenuhi jemputan tersebut. Begitu juga sebaliknya,kita pun harus mengundang sahabat2 kita di acara2 penting yg kita adakan.

(gambar...)

Kelima, jika ia bersin dan mengucapkan "hamdalah" maka jawablah (ucapkan
"yarhamukallah")


Boleh bilang berapa peratus dalam kalangan kita yang boleh melaksanakan hak ini. Lebih2 lagi jika yang terbersin di sebelah kita adalah org yg tidak kita kenal.Perlahan shj jwpnnya. Jgn,begitu wahai sahabat.. jika orang yang duduk di sebelah Anda itu bersin maka hendaklah Anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, "yarhamukallah (mudah-mudahan Allah
memberi rahmat kepada Anda)." Tentunya hal ini akan menjadikan dirinya
merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu Anda dapat bercakap-cakap
dengannya.Kan dapat kawan baru!!!


Keenam, jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke tempat pemakamannya

Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan dikubur? Pada hakikatnya,
mengantar orang lain yang meninggal ke tempat pemakaman adalah
menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan
merenungkannya. Ini sebuah sunah Rasulullah saw. yang menggambarkan persatuan
dan kesatuan kaum muslimin. Jika sebelumnya Anda dapat mengenal pribadi orang
yang telah meninggal dunia, maka sekarang Anda dapat menggunakan kesempatan
untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya.
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala
satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua
qirath." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)
Saya teringat sms arwah Aki hendak dikebumikan.Ada saudara yang menghalang kami,kaum Hawa mengiringi jenazah.Saya dan ibu membantah krn satahu saya yang dilarang nabi ialah apabila kiat mengikuti perbuatan jahiliah seperti berteriak,meratap sambil mencari2 baju shg terzahir aurat.Tidak mengapa jika sekadar ingin mengingati kematian. Saya terlupa hadith itu dan tiada pula dlm simpanan saya.Jika salah,harap betulkan…

Akhir kata,mari kita checklist adakah kita menjaga hak2 ini dengan para sahabat kita. Ingat pengguna sahaja yg ada hak? Sahabat..lbh2 lagi teman serumah,krn mereka org yg terdekat dgn kita.Stp hati,waktu,masa,saat…mrklah yg berdamping dgn kita.Oleh itu,jagalah adab dgn mrk,hati dan perasaan.Mulut jgn lepas sahaja.Jgn rancak berdebat tentang Islam tetapi hak2 sesama kita ,kita kurang ambil cakna.Nasihat ini tidak lain tidak bukan juga ditujukan untuk saya.Sebelum tidur,muhasabah diri.
3 hari sebelum ke Matruh
1.20am

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com