Pages

Sunday, July 11, 2010

Sejarah ringkas Nusantara



Sejarh ringkas Nusantara

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada
penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganutpenganutnya
sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi
kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemuJaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah
atau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalangjembalang
yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya (
Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam
kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi
semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada
Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa
Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.
Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka
banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang
datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula
bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.
Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan
di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar
umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang
benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna
kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh
mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.
Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah
Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara
dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang
Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada
6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama
dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan
hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan peranan
penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang
terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai
bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam
kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas
negerinya dan anak-anak bangsanya.
Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba
meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja
yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha
memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wiridwirid,
jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah
daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang
daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara
Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong
mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau
wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.

Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan
di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah (
dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang
seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah.
Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid
dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke
hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada
babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com