Pages

Sunday, July 4, 2010

Sir 3la BarakatiLLah..




Selepas mesyuarat rumah ARB,ana dan sahabat berangkat ke ARMA bersama sahabatku yang hendak pulang ke Malaysia. Dia nak balik,dialah jadi driver kami.Dia adalah….jengjeng.Sahabtku ini berasal dari Selangor.Memang agak rapat.Mungkin krn berasal dari negeri yang sama,kami juga mempunyai citarasa yang sama.Yang penting kelicikannya membawa kereta di tengah2 hiruk-pikuk Kaherah ,Mesir memang mengkagumkan saya.Terus-terang,jarang saya lihat perempuan memandu setangkasnya.Dan saya pemegang lesen kereta ini pun tidak sepertinya .Mungkin kerana faktor ibu saya yang sering membawa saya ke mana-mana.Dan saya rasakan tidak perlu memandu.Mendapatkan lesen hanya impian saya selepas selesai SPM. Dapat shj,nk bawa ibu dan abah kurang percaya,saya lembik sedikit kot,hehe…

(Hope to be like her,someday)


(Penumpang yang berhemah,tetap ceria walaupun sesak)

Almuhim,hari ini berangkatlah teman2 seperjuangan di ardun kinanah ini.Kak Siti bersama adiknya,Kak Aisyah juga bffku,Kak Yana ke Malaysia.Kami ke mator selepas zohor.Lagi 1 jam flight nak berlepas,terpacaklah kami di mator(jgn buat mcm tu) Hari ini aku berazam tidak akan menitiskan air mata walaupun sedih kerana mengenangkan lepas ni tiadalah lagi peneman aku makan2 di Genina Mall,tiadalah lagi org yg selalu mendengar keluh hati,masalahku.K.Yana,semoga kepulanganmu membawa seribu erti ….

Selain itu,ada yang lebih penting.Tujuan aku ke mator adalah juga kerana aku menghantar cebisan hati rinduku kepada keluargaku jaauuh di Malaysia.Beg kegemaranku telah diterbangkan sebagai ‘hand carry’.Semoga Allah mempermudahkan urusan K.Yana mengendong begku yang berwarna bamba(pink). Dalamnya penuh barang2 utk keluargaku beraya! Sebenarnya aku budget berat beg itu dalam 4 KG.Nak tahu tak berapa sebenarnya?? Lebih kurang 10 KG!!! Alhamdulillah,nasib baik tiada hal2 apa.Rasanya tiada bayaran yang dikenakan tetapi sbg langkah penjagaan,aku telah mengirimkan RM100 kepda K.Yana in case apa2 masalah.

(Ada gaya x?Puas ana bgtau kwn2,flight ana thn ni tp delay ke thn depan)


Baik,selesai urusan di mator.Kami berangkat pulang. Seusai solat asar berjemaah,aku ditemani sahabatku,juga teman sebilikku ke Jami3 Azhar untuk menghadiri Talaqi Sheikh Ahmad. Kami kelewatan….memang terlewat.Mana taknya,semasa dalam teksi dah pukul 7.30 pm! Sampai sahaja,tanpa fisol(pengurangan harga) dengan ammu teksi,kami terus melangkah menuju ke masjid. Hasyiah (kitab Fikh) ketika itu. Dapat 5 baris pun xpelah.Kami duduk. Sheikh Ahmad sedang menunjukkan cara2 untuk sujud dan ruku’ .Alhamdulillah,walaupun lewat,tetapi input ini memang amat berharga.

Selesai Maghrib,Sheikh mengumumkan tiada Iqna3(kitab Muamalah-memang susah khalis,shg skrg aku tidak faham).Ada kelas S.Usama dan Dr.Jamal Farouk di ‘ruwak thani’. Tiba2,ikhwah dtg dan mengajak kami pulang.Bagaikan org mengantuk disorongkan bantal,aku dan sahabatku deras mengangguk.Bukan apa,kami memang keletihan.Pergi mator 2x,dua2 kali itulah juga hantar orang.Bilalah giliran kami??

Sempena perlantikan baru AJK rumah ARB,aku dengan rasminya meletakkan jawatanku….aceh…Sebenarnya akulah yang bertanggungjawab menguruskan talqi alQuran bhg akhawat di rumahku.Aku yang berniat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman telah menyerahkan tugasku kepada sahabatku yang memegang bhg kerohanian rumah ARB.At first,kufikirkan akan mendapat tentangan,ttp beliau bersetuju tanpa syarat.Alhamdulillah….Selepas ini tiadalah peluangku untuk menjamu sheikh2 dgn tehku yang pekat dan panas.Tidak tahulah tahap kesedapn itu.Asal manis sudah,musy keda?



(sebut2 psl teh,teringat ketika menjamah Bluberry cheese cake di Coffee Shop di Abbas Akkad-ada orang belanja.Syukran,kak! Klu nk wat comparison,Secret Recipe lg sedap...hehe bnyk songeh,org belanja bersyukurlah!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com