Pages

Thursday, August 5, 2010

Allahumma ballighna Ramadan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


(Suatu hari di musim panas,Bazar KEKAL,Hayy Asyir,Kaherah,Mesir)

Aku membetulkan duduk,”Baguskan mereka buat bazar begini.Asingkan lelaki dan perempuan.Masing2 ada jual mknn sendiri,ttp jika kita hendak merasa makanan yg dimasak ikhwah,boleh pesan dan akhawat yg bertugas akan memesannya di sebalik kain.Unik!”

“Betul,tiada perlu bersentuhan ,tiada ikhtilat tak syar3ie!”Nur mengiyakan.

“Ana nak order ni,semua nak ABC..musy keda?”Soal Izzah.

Kami mengangguk.

“Selepas ini ada debat,pertandingan melukis dan nasyid.Pameran Palestin pula di Rumah Selangor.Haa,boleh derma darah di dataran,” terang Siti.

“Haa,kawan2.Tadi ana ym kawan ana,dia kata ada program Ramadan di Rumah Negeri Sembilan,Isnin ini.Ada forum,nasyid dan pentomen.Almuhim,program siang dan tidak menyusahkan musyrif,” kata Nur.

“Kita nak pergi forum shj boleh?”soalku .Nur mengangguk dan memberikan tempat untuk Izzah duduk.Ramai sungguh orang di bazar.

“Izzah,Selangor! ABC 4.”Laung seorang petugas.Izzah melambai kearahnya.Dgn lafaz Basmalah,kami menikmati kedinginan ABC.Memang sesuai makan ABC di musim panas ini.

*************************************************************************************

(Di Jamik Azhar,semasa menunggu kedatangan Sheikh Ahmad)

“Hari itu ingat tak semasa Kelas Mantik di rumah,Ustaz kata setiap suruhan itu wajib,contoh, solat dengan dalilnya, وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ .Di Facebook, ada kawan ana tanya apa dalil puasa itu wajib,ana nak jawab bagaimana?”soal Siti.

Aku meletakkan telefon bimbitku ,”Ba3da isti3zah…

سُوۡرَةُ البَقَرَة

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

Nur menambah,”Betul,Damia.Ayat tersebut menjelaskan kelebihan Ramadan,hukum puasa dan penetapan awal Ramadan serta rukhsas puasa terhadap org sakit dan musafir.”

“Puasa dari segi istilah ialah menahan diri drpd mkn dan minum serta sgl perkara yg membatalkannya mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat.Dan seingat ana puasa difardukan tahun 2Hijrah.Ada 2 peritiwa besar yang berlaku sms Ramadan iaitu Perang Badar alKubra dan Fathul Makkah,”Izah pun ikut serta setelah sudah‘sign out’ dari Facebook di telefon bimbitnya.

Siti memandang kami satu persatu,”Sesiapa yang Islam,cukup umur,sihat dan waras wajib berpuasa.Dan jika seseorang itu haid,nifas,bersalin,bersetubuh siang hari atau memasukkan sst ke dlm rongga,puasanya automatik terbatal.Aku mengangguk setuju.Perbincangan semakin hangat.

Nur berkata,”Sahabat,nanti apabila tiba Ramadan,jangan bersugi slps gelincir matahari dan jgn banyak tidur kerana itu amalan makruh .Dan Allah tidak sukakannya.Haa,begitu juga dgn banyak meludah dan melewatkan berbuka.”

“Oleh itu,sahabat.Marilah kita mengikuti program Ihya’ Ramadan di rumah ARB sendiri dengan senantiasa Qiamullai dan bertadarus.Sama2 menghidupkan musolla.Ini tak,orang sama shj yg turun,” syarah Izzah,biro Musolla.Kami tersenyum.

“Malam kelmarin setelah upload video Rasulullah di Facebook.Dh tgk dah?Kita tag nama korang?Haa,nak cerita sedikit.Kita pun buka suatu laman web ini yg menyebut ttg puasa dari segi Sains.Ada 2 bukti yg menunjukkan puasa mencegah penyakit iaitu teori perubatan mengesahkan berpuasa dapat menghindarkan bnyk penyakit.Ada juga hadis,kita ambil mafhum shj,ia menjelaskan bhw perut tmpt punca dtgnya penyakit,”aku membetulkan duduk.

“Betul,Doktor ada beritahu masa kuliah hari itu,”Siti mengiyakan kalamku.

“Oleh sebab itu seseorang yg akn menjalani pembedahan dituntut spy berpuasa atau tidak makan beberapa ketika,”Izzah menambah.

“Sebut ttg makanan,tadi kita bersembang dengan seorang mak cik ini di Musolla Saiyidat.Dia kata Ramadan di Mesir lbh menarik dari semua Negara Arab.Dan ,ktk berbuka, ada ‘Maidatur Rahman’ di semua masjid.Sejenis makanan,ada daging dan lain2.Nanti ada lampu2 yg menyinari jalan2.Mak Cik itu siap minta no.tel spy kelak dpt menghubungi kita utk berbuka bersama,”aku berkata sambil tersenyum.

“Nanti ada juga sekumpulan orang yang bergelar musahhorot yg akan mengetuk kompang utk mengejutkan orang untuk bersahur,”beritahu Nur.

“Baguslah,tidak payah set jam,”sorak Izzah.

“Jgn nak mengada2,dah berapa hari tak tahajjud.Musim panas ini,malam lebih pendek dari siang tidak seperti musim sejuk.Jadi manfaatkan waktu malam untuk berqiamulail bagi mendapatkan keredaanNya dan mencari LailatulQadar yang fadhilatnya melebihi 1000 bulan.”nasihat Siti.

“Sahabat,mencelah jap.Tadi di Musolla Siyidat ada banyak baby.Comel awi.Ada yg satu namanya Muhammad Mujibur Rahman,pakai jubah.Tgh syok2 main dgn dia,ada perempuan Arab ni tanya-di bita3yin enti?(baby ini awk punya?),Kita geleng.Hehe,ada bakat jadi ibu muda!” aku berseloroh.

Sahabat2 ku serentak mengaminkan.Kata Izzah,”Insyallah gai.”

Setelah itu,sheikh Ahmad masuk dan bertanya jika ada yg masih solat.Kami menggelengkan kepala.

“Ikhwah nak masuk,cpt2 ,pandang depan,”arah Nur.Kami membetulkan posisi dan daurah bermula apabila alFadhil Sheikh membacakan kalam doa kepada pencipta kita,Allah swt serta selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad saw.


Sahabat,bersediakah kita utk menyambut bulan yg penuh barakah ini?Lazimilah doa 'Allahumma ballghna Ramadan' agar kita dipanjangkan umur agar dpt menyambut kembali bulan Ramadan.

Ini adalah bulan Ramadan saya dan sahabat2 ARB yg pertama di Mesir,di perantauan. Bila fikir blk,syahdu benor.Dulu dgr lagu raya,tak rasa apa2 sgt.Bila dh bergelar anak perntau atau bhs lamanya ank dagang,dgr intro lagu raya je,dh rasa sebak.Almuhim,kami ARB 2nd batch dh buat sedikit rancangan utk Ramadan cthnya Program Ihya Ramadan.Dgr kata ,Ramadan ini Sheikh Nuruddin akn dtg ke sini utk kelas tafaqquh. Dan sebelum Ramadan,IAllah akn ada jamuan ambang Ramadan,dgr cerita menunya SATE,musy keda???

Olh kerna Ramadan di musim panas dan utk mengabdikan diri sepenuhnya pd bulan Ramadan ini kpd Allah swt(Mudah-mudahan) Kami membeli bj raya awal.Dan ini baju raya saya yg plg awal seingat saya.memang keletihan,ttp lg letih jika beli masa puasa.Jom kita layan gambar2 ni...







(Khadijah dan Hamzah)



(Muhd Mujibur Rahman)



(Kakak,boleh tak tangkap gambar saya?)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com