Pages

Monday, August 9, 2010

Makanan apa yg menarik di Mesir??

Hari ini bertepatan dengan kehdiran bulan yang mulia Ramadan..saya akan menceritakan serba sedikit tentang makanan yg terdapat di Mesir.
Hari Jumaat merupakan cuti umum di Kaherah ,Mesir.Semua kanak2 tmasuklah pelajar2 di IPT bercuti kerna menghormati saiyidul ayyam ini.Termasuklah para pelajar Ulum Islamiyah.Apa mereka buat pagi2 hari Jumaat yg mulia ini ye?Layan…

Nur:Damia,enti dah habis baca mathurat belum.Jom jogging.Bagi keluar peluh asyan(kerana) sudah lama kita tidak bersenam.Setakat berlari anak mengejar bas ,tak keluar peluh.Jom.
Damia:Pukul 7 kita gerak.
Maka,15 minit selepas pukul 7 pagi,bersenamlah aku dan Nur mengelilingi kawasan perumahan di Hayyu Sabiek.Sebenarnya,di sini tidak jauh seperti Shah Alam,cuma namanya Madinat Nasr. Ada banyak seksyen seperti Shah Alam.Tetapi,seksyen di sini disebut para Misriyun sbg Hayyu. Jadi kawasan tempat tggl aku ialah Hayyu Sabiek(Seksyen 7).


Setelah hampir 45 minit berjogging,destinasi pilihan kami ialah kedai Aisy.LE1 dapat 5 keping.Jika beli pagi2,lembut dan panas.Kawasan perumahan kami sunyi krn kebanyakan penduduknya masih enak diulit mimpi.Sesampai shj kami di rumah.Nur terus mengambil kuali.Hah,nak tahu apa yang akan Nur masak? Syaksyuka! Ini adalah makanan Arab aslan.Ttp,tidak tahu kenapa jika mendapat sentuhan tangan Nur,ia terasa lebih sedap dari kedai arab.

Bahan:
4Telur,2Tomato,Air,Cili
Cara:
Goreng tomato shg hancur.Masukkan telur dan cili dan seterusnya air.Apabila rasa dah masak,hidang atas pinggan.
Mudah bukan,jadilah itu sarapan ahli bait kami….


Ramadan hampir tiba,kami diuji dengan ketiadaan air di imarah kami.Namun,fasaobrun jameel.Dan Allah bersama dgn org2 yang sabar…Jadi sahabat,apabila air tiada,kita kena kreatif dan inovatif.Jgn bila tiada air kita duduk melangut memikirkan bila air akan wujud semula.Alhamdulillah,rumah Johor juga telah mengikut jejak langkah rumah2 bakan yang lain.Mereka juga buat bazar.Walaupun kurang meriah,tetapi hati terubat tatkala mencicipi kedinginan ABC.

-Aruz mandi-

Apa yg saya ingin katakana,kehidupan di Mesir tidak begitu merumitkan.memang segala yang kita inginkan ada di Malaysia.Tetapi,sahabat sekalin.Kadang2 kita perlu keluar dari ‘comfort zone’ dan cuba rasa pengalaman baru kerana pengalaman mematangkan diri.
Banyak makanan di sini dan agak berlainan dengan yg terdapat di Arab Saudi.Makanan kegemaran setiap kali wakil ARB datang,’Aruz Mandi’. Nasinya yg panjang amat menarik minat ditambah lagi serinya dengan kehadiran ayamnya yg berwarna oren.


Seterusnya,ini Aruz billaban.Campuran nasi dan susu.Awas,sahabat! Hanya beras arab shj yg elok dalam pembikinan juadah ini.


Inilah Kedai Jus,hampir semua jenis jus ada kecuali durian. Kegemaran aku dan sahabt2 ialah Jus Tebu(Asob) yg cuma LE1.Kami suka membelinya di belakang Masjid Azhar krn kandungannya yg banyak.

-Tokmiah-
-sandwich-


Ini dia makanan semasa kami sdg saving atau sekadar mengalas perut.Aisy yg berintikan tokmiah berharga 75 sen.Tetapi,jika berintikan telur(ada telur rebus,ada jg scramble egg) dan kentang goreng,harganya LE2.


Ini Kusyari-mengandungi macaroni,berangin.Awas,bagi sesiapa yg tidak tahan krn akn bertemu janji dgn tandas acap kali.
Di musim panas,jika anda dahaga,singgahlah di Abbas Akkad.Kerana di situ terdapatnya kedai ais krim.Ice-Blended pun ada.

Ini dia Jus dan Mahlabiyah(lbh kurang dadih la)

-Shisy tawook-
Okaylah,itu shj buat kali ini....Selamat berpuasa .Allahumma ballighna Ramadan!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com