Pages

Friday, August 13, 2010

Ragam Akhawat-Sheikh Rohimuddin





Suatu hari di bulan Ramadan..

“Damia,ana nak ke Villa,Sabiek.Ana nak hantar baju ke kedai jahit.Besar sangat jubahnya,nak alter,”beritahu Siti.

“Khudi balik(maknanya lbh kurang hati2), balik awal sikit.Kita buka sama2,”kata Damia.Jarinya tangkas menari2 atas papan kekunci.

“InsyaAllah,roommate,”Siti tersenyum.

(di Hayyu Sabiek)
“Amu ni,tutup pula.Macam mana aku boleh terlupa.Amu kan dah beritahu yang dia nak bermusafir,”Siti mengomel,sambil menunggu kenderaan awam untuk pulang ke rumah.

“Assalamualaikum,Siti,”setelah menjawab salam,Siti menoleh ke arah suara tersebut.

“Oh,kak Syud,sihat?”soal Siti,sambil menyalami ukhti Syuhada.

“Alhamdulillah.Siti,akak nak mohon maaf tidak datang rumah ARB.Daurah sheikh Rohimuddin kan?Ustaz akak ajak pergi ziarah kawannya di Hayyu Asyir,”Kak Syud megenggam erat tangan Siti.

“Tidak apa2 kak.Perintah suami itu yang utama.Tapi,rugi juga kak.Seronok ceramah Sheikh,”kata Siti.

“Ada masa tak?Jom pergi rumah akak,Ceritakan pasal ceramah Sheikh Rohimuddin,”pinta Kak Syud.

“Ustaz akak tiada di rumah ke?Malulah ana.”kata Siti.

“Oh,dia keluar.Maghrib baru balik.Jomlah,solat asar di rumah akak,”pelawa Kak Syud.Siti mengangguk.

(Di rumah Kak Syud)
“Sheikh Rohimuddin,nama sebenar beliau Abu Muhammad asSayyid Sheikh Rohimuddin bin Nawawi alBantani.Lahir di Bekasi ,Indonesia.Beliau merupakan cucu saudara kpd seorg ulama alam Melayu yg terkenal di Mekah.Hah,kak.Sheikh seorg Azhari juga,”Siti memulakan kalamnya.Sementara Kak Syud sedang meletakkan barangan yang baru dibeli di Aulad Rejab di dapur.Nak hidang air pun tak boleh,puasa…

“Ceramah beliau berkisar tentang apa?”soal Kak Syud,anak matanya memandang tepat wajah Siti.
“Tentang Tarhib Ramadan..Syeikh tidak terus kupas tentang puasa tetapi akan hakikat sebenar pensyariatan 5 rukun Islam. Di awal muqoddimah,Syeikh menyatakan yg para sahabat mempersiapkan diri mereka dari segi mental,material dan rohani jauh sebelum Ramadan datang dan selalu berdoa ‘Allahumma ballighna Ramadan’.

Kak Syud mengangguk,”Tetapi,bukankah persiapan rohani patut didahulukan sebelum material?”

“Betul tu kak.Mereka syagol dgn kesibukan dunia 11 bulan.Dan bulan Ramadanlah mereka ingin betul2 fokus,melazimi zikrullah dan taqorrub ilaLLAH.Sheikh kata persiapan material yg dibuat hendaklah bertujuan untuk ibadah dan bukan untuk berbangga.Permulaan itu susah.Jadi Nabi menasihati umatnya rajin berpuasa sunat sebelum Ramadan.Saidatina Aisyah berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban.,”Siti berhenti sejenak,cuba mengingati point2 penting.

Setelah beberapa saat Siti menunduk,akhirnya dia berkata, “5 rukun Islam merupakan Ummu Tazkiah iaitu induk pembersihan diri.Ia juga merupakan suatu program untuk Makrifat Allah kerana Allah berfirman dlm kitabnya,mafhumnya"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku,Kalimah ’beribadah' juga bermakna ‘mengenaliku’.Ibnu abbas juga pernah berkata bwh Ibadah itu sebenarnya Makrifat Allah iaitu mengenal Allah..Jadi,sheikh kata dalam mengenal Allah,la budda kita perlu mengenal diri kita sendiri,”

“Aik,bagaimana pula tu,Musy fahmah,”Kak Syud memuncungkan bibirnya.

“Semua sifat Allah ada pada kita.Contoh,bila kita ditimpa musibah seperti ketiadaan air,kita bersabar.Dan bukankah Sabar merupakan sifat Allah?Kita bersin,kita terpaksa bersin,mana boleh tahan. Allah bersifat dengan Qahrun-memaksa.Kita jelmaan sifat Allah,bukan zatNya.Sheikh membuat perumpamaan menggunakan projektor.Filem,negatif yang ingin ditayangkan merupakan sifat2 Allah,dan manusia itu duduknya di layar,kita adalah byg2 dari negatif tersebut,”terang Siti.


“Menarik,”balas Kak Syud.
“Sheikh ada menyebutkan 4 cara untuk melemahkan nafsu syahwat.Pertama ‘Qillatul Toa3m-kurang makan’.Kedua, ‘Qillatun Naum-kurangkan tidur.Ini tidak,mentang2 malam Ramadan tidak tidur semalaman kerana qiamullail,siang hari tidur sepanjang hari.Ketiga, ‘Qillatul Kalam-kurangkan bercakap’.Bicara di waktu kita tidak berkeinginan untuk bercakap,dan tidak bicara ktk kita mahu berbicara.Terakhir, ‘Qillatul Khiltoh-Kurangkan percampuran.Kurangkan bergaul dgn org yg tidak suka akn kebaikan,”Siti menarik nafas.

“Sebut tentang nafsu,akak teringat sheikh yang akak bertalaqi dulu pernah kata,dlm kitab Ihya’ Ulum adDin karangan alFadhil Imam Ghazali berkata,nafsu ibarat daging di dalam rumah,iblis seperti anjing di luar rumah.Anjing sentiasa tertarik dengan bau daging di dalam rumah.Apabila diusir,ia akan pergi,tetapi ia tetap akn dtg semula krn dalam rumah masih ada bauan daging.Jadi,kita kena bersihkan kesan2 daging so that anjing itu akn menjauh,”kata Kak Syud.

“Tetapi apa simbolik daging,anjing,iblis dan nafsu?X faham la kak,”Siti menggaru2 kepalanya yang x berapa gatal.

“Kan nafsu itu umpama daging.Cara nak hilangkan kesan daging blh guna apa2 pewangi ,tp nk hilangkan nafsu,tidak boleh.Tetapi kita boleh lemahkan ia.Bgaimana? Kuatkan iman,maka lemahlah nafsu,”ulas Kak Syud.

“Betul,syaitan akan mengelak dari menggunakan lorong yg dilalui Saidina Umar kerana Saidina Umar betul2 menjaga nafsunya sehinggakan syaitan gerun.Sekarang baru ana faham,jika nafsu lemah,larilah syaitan.Musy keda?”Siti tersenyum.

“Bala,”jawab Kak Syud.

“Eh,kak.Dah azan rupanya.Jom solat di Jamek Musa.Ana kena balik awal,risau ahl bait nanti,”ajak Siti.

“Hayya bina..

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com