Pages

Friday, August 13, 2010

Ragam Ikhwah-1 Ramadan



1 Ramadan-Hari ke4 tanpa air...

Amar sedang mengejutkan ahl baitnya untuk bersahur dgn membacakan doa bengun tidur, “Korang bangunlah.Dah nak subuh.Semalam bersemangat nak bersahur,pagi ni,hampeh.Cepat wahai sahabat,ada masa 15 minit!”

Iman dan Daniel duduk di hadapan dulang setelah membasuh muka.Suapan mereka agak laju kerana sekejap lagi akan bergemalah azan bagi seluruh kawasan Madinat Nasr.Mujur mereka sempat bertahajjud beberapa jam tadi.

(minit ke-15,ke-20…aik,x azan2 lagi.Mereka bertiga saling berpandangan.)

“Amar,bilal lupa nak bangunke?”soal Iman.Amar tersengih.

“Aku mcm tahu apa masalahnya.Amar,kau tak tukar jam lagi.Sekarang kan dah kurang 1 jam,”bulat mata Daniel memandang wajah Amar.

Amar masih tersengih,Cuma kali ini lebih seperti kerang busuk,”Haah,lah.Macam mana aku boleh terlupa?”

“Laaaa,jom sambung tidur!” Iman berdiri.

“Hah,jangan nak mengada2,jom bertadarus.Kita perlukan habiskan 30 juzuk sblm majlis khatam alQuran,”Daniel menarik tangan Iman.

(selepas solat subuh…)
“Cuba tanya akhawat ada tak Hizib Nawawi(zikir harian)?”soal Daniel kepada Adam.
“Akhawat kata dah dapat,”jawab Adam.

Maka bergemalah zikir memuji Allah di musolla ARB…

Semasa tazkirah subuh,hampir semua pelajar kelihatan kuyu,lemah je.Mata pun sepet ala-ala anak cina.Tetapi,dlm ramai2,Amar yang paling segar kerana pagi ini dia bertugas memberikan kuliah subuh.Puas dia berlatih semalaman agar lisannya lancar sehinggakan dia lupa bahawa masa di Mesir ketika Ramadan dilambatkan 1 jam.

“Ramadhan seperti akar katanya "ramadh" yang berarti keras telah melahirkan perjuangan-perjuangan berat nan keras. Di bulan ini sejarah telah mencatat pelbagai peristiwa untuk dikenang dan ditafakuri.Sahabat nak tahu apa peristiwa2 menarik yg berlaku di bulan penuh barakah ini?”Amar memandang satu-persatu wajah sahabat2 yang berada di hadapannya.

“Tak pe,tak jawab pun,ana tahu.Antum mesti tak sabar2 nak tahu,”sengaja Amar menjawab sendiri pertanyaannya.Dia mahu meringkaskan tazkirahnya seringkas yg mungkin krn bagi dia walau tazkirah panjang ttp pendengar tidak dpt mengambil sedikit pun input,tidak berguna juga.

“ Di bulan ini malaikat Jibril A.S menyampaikan wahyu kepada nabi saw dengan diturunkanya ayat pertama sampai kelima surah al-‘Alaq semasa Baginda di gua Hira. penerimaan wahyu ini merupakan moment terberat dan keras yang dipikul oleh baginda nabi saw.”
“Tahun kedua Hijriyah, terjadi perang Badar al-Kubra. Merujuk keterangan Ibnu Hisyam, Rasulullah Saw bersama para pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada tanggal 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra, peperangan ini merupakan peperangan yang keras dalam sejarah islam.Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mulai disyari'atkan. Pada hakikatnya pensyari'atan zakat ini sebagai tanda kemenangan orang-orang berpuasa menentang hawa nafsu yang keras dan mengekang kecintaan terhadap harta,”Amar harus berbuat sesuatu.Sudahlah ini kali pertama dia memberikan tazkirah,sahabat2nya senyap sahaja.Dia memahami sahabat2nya mengantuk,tapi itu bukan masalahnya.

Mana hilangnya semangat untuk menghidupkan Ramadan?

Amar berdiri,sambil mengacukan pembesar suara kepada Daniel,”Baik,mari kita tanya Ustaz Daniel,apa peristiwa lain lagi.”

Daniel kaget.”Apa ni,siap dgn mic pula.Malulah kalau akhawat tahu aku tertidur tadi,”getus hati kecilnya.Aku kena cuba juga!

“Di tahun 5 Hijrah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq.Lagi satu, 21 Ramadhan tahun kedelapan Hijrah, Allah swt memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Saw dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah setelah melalui usaha-usaha yang keras,”jawab Daniel bersemangat,setelah puas mengecilkan matanya,tanda marah.

Amar tersenyum, “Bagus Ustaz Daniel,maknanya dia peka dan tidak mengantuk sms ana bg tazkirah tadi.Baik,sekarang kita tanya bahagian akhawat.Sepi sahaja dari tadi.Ana nak tanya, ana pilih rambang je,Ustazah Damia.Ada tak?Masyi,apakah antara peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadan?Ambil mic kecil”

Kedengaran kecoh sebentar di bahagian akhawat.

Damia bangun,diambilnya pembesar suara di atas meja dan memulakan kalamnya dgn basmalah, “Tahun 9 Hijrah terjadi peristiwa peperangan Tabuk, dan Baginda nabi kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga. Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengikrarkan masuk Islam. Mereka menjadi tetamu Rasulullah saw dan Rasulullah saw menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan-undangan Islam.”

“Syukran semua.Wah,bangga ARB begini. Alhamdulillah,semua kembali bersemangat.Beginilah agaknya wajah2 sahabat Rasulullah ketika hendak menghadapi Badar Kubra.Ingatlah segala kesusahan itu ada balasannya.Hatta membaca alQuran sekalipun,walaupun merangkak,tergagap2,ada ganjaran di sisi Allah.Ingatlah sahabat,Allah tidak melihat hasil.Tapi,usaha kita.”Amar bersyukur,ternyata usahanya dgn pertolongan Allah berhasil jua.

“Baik,sebelum ana akhiri,ana mahu tambah sedikit.Memang betul jawapan sahabat kita sebentar tadi.Peristiwa lain seperti tahun 91 Hijrah pejuang Islam mulai mendarat di Selatan Andalusia (Spanyol).
Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijrah berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijrah masjid dan selanjutnya berkembang menjadi universiti al-Azhar, Kaherah selesai dibangun sebagai tempat mengajarkan pelbagai disiplin ilmu dan bahasa Arab.”Amar memandang sahabat2nya.

“Jadi,akhir kalam,kita ambillah iktibar atas peristiwa2 tersebut.Dan jgn kata sebab Ramadan,semua aktiviti kita terbantut.Ana ada terbaca sebuah artikel di internet,betulkan kalau ana salah,mufti telah membuat fatwa di Jerma yg membenarkan pemain bola sepak yg professional untuk tidak berpuasa jika ada pertandingan dan juga jika bola sepak adalah satu2nya periuk nasi mereka.Pelik zaman sekarang.Dahulu,puasa merupakan senjata dan rahsia kemenangan muslimin.Adakah sekarang akan berubah?Ana tak tahu mgkin ada rahsia di sebalik penghalalan itu.Wallahua3lam.Dan,bersabarlah di atas ketiadaan air di rumah kita.Dah masuk seminggu kan?Ada hikmah,kerana Allah tidak menciptakan sst sia2.Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Asr.”

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com