Pages

Wednesday, August 18, 2010

Ramadan di Mesir



Suatu hari di bulan Ramadan…

“Alamak,ayam dah habis,”saya berkata.
“Kena beli asyan kita masak iftor ni,”kata Izzah.
“Aiwah,Hayyu Sabiek lps zohor..”balasku.

Maka,berangkatlah kami berdua ke Hayyu Sabiek(Seksyen 7).Inilah gambaran bagaimana kedai ayam tersebut.Sahabat, Nampak tak burung tu? Tak tahu namanya,kerana kurang faham apa yg Ammu arab sebutkan.Ala kulli hal,burung2 ini sudahlah tidak diikat,terbang pun tak.Elok je duduk di atas kotak.Arnab2 pula elok je dlm sangkar.Siapa yg mahukannya,akan disembelih.Ada juga di pasar2 di sini,kambing dan ayam yg masih hidup.Fresh lagi.Teringat sejenak pada Upin dan Ipin(nama rabbit) di rumah.

Seterusnya ,kami ke kedai Halawiyat(manisan) untuk membeli sejenis manisan Arab yg hanya dijual pd bulan Ramadan namanya Qotoif ttp Arab Mesir membunyikan huruf Qof dgn hamzah.Jadilah Atoif.Setengah kilo berharga LE4. Kena makan dengan tohinah(kacang cair) dan Asal Iswid(madu hitam). Yang mcm mihun tu pula Kunafah.Ammu kata atas kunafah itu akn dimampatkan dgn kacang2 dgn pelbagai ramuan lagi dan dibakar dalam forn.

(Atoif-mcm dorayaki kan?)
(Asal Iswid-madu hitam dan Tohinah-kacang cair---makan dgn Atoif)
Berikut adalah gambar2 roti dan cookies yg dijual di kedai manisan.

(roti fino,LE1 dapat 4)

Di tepi jalan terdapat ramai yg menjual air.Yang popular ialah jus Tamarhind(asam jawa). Yang berwarna putih pula ialah susu yg dicampur dgn kelapa.Meriah org yg jual air ni.Siap suruh ambil gambar dia. Ini pula salah sebuah gerai yg berdekatan dgn rumah.
Sepanjang bulan Ramadan,ada kelas diskusi kitab oleh Sheikh Nuruddin di Rumah Kedah di Hayyu Sabiek.Pengajiannya bermula selepas Asar,tawaqquf 30 minit sebelum Iftor.Dan bermula kembali selepas solat Terawikh.Best sangat.Cara sheikh deliver pengajian amat menarik perhatian kami,dan daurah ini sekitar hadith2 nabi Muhammad saw.

Dan di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit antara hadis2 nabi yg menarik. Mafhum,ada sahabt nabi sdg bersolat dan tetamu beliau ternmpak ular dan ingin membunuhnya ttp tlh dihalang olh sahabat tersebut.Beliau menceritakan ada jirannya yg baru berkahwin telah meminta izin dr baginda utk keluar pd waktu siang utk pulang ke rumah.Nabi tlh memberikannya senjata,khuatir yahudi bani Quraizah dtg menyerang.Namun pabila sampai,di rumah,dia terkejut apabila mlihat isterinya di pintu dgn keadaan yg agak kurang tertutup auratnya.Maka ingin ditombak isterinya krn menyangkanya curang.Namun dihalang dan diarahkan melihat sst dalam bilik.Rupa2nya ada ular.Maka ditombak ular tersebut dan melekat di dinding.Ular tersebut melibaskan ekornya dan terpercik racun ke pemuda tersebut.Tidak diketahui siapa yg terselamat,pemuda atau ular?.Nabi bersabda ssghnya ada “Buyut Awamir”(sejenis ular dlm rumah).Dan perlu diperingatkan ular tersebut sebnyk 3x,jika tidak pergi juga maka bunuhlah krn ia kafir.

Jadi,ingat sahabat.Jika rumah anda teguh dan dibuat dgn simen,dan tiada langsung rekahan atau lubang.Namun ada ular juga yg masuk,itu awamir(penghuni rumah-jin).Ingatkan dia ttg janjinya dgn nabi Sulaiman,hari seterusnya ,tunjukkan lombak.Hari ke-3 masih ada,tombak aje.

Jadi habis sahaja kelas,kami terus ke ARMA krn kami pelajar tajaan ARB mendapat jemputan iftor dari JPMK.Di sana ada juga sukarelawan Ramadan ke Palestin.Kami ke sana dgn teksi.Sepanjang perjalanan,saya dpt lihat kemeriahan Ramadan.Di tepi2 jalan bnyk org yang mengagihkan tamar dan air kepada para pemandu teksi,bas dan tremco.Kami yang penumpang pun dapat air juga-koktail…

Sampai di ARMA,kami amat terkejut krn ikhtilat(percampuran) atr ikhwah dan akhawat-mrk makan bersama satu meja.Apa ni? Malaysia ke?Ni Mesir….Nabi pernah bersabada,mafhumnya,” jika slh seorg dr kamu melihat kemungkaran,maka ubahlah dgn tangan,jika tak manpu,gunalah lidah jika tidak mampu juga,bencilah dgn hati,namun itu selemah2 iman.Kami hanya mampu membenci dlm hati.

Jadi,kami terus ke Musolla,dan berbuka anggur,lagipun tiada tempat khalis di meja2 makan.Namun,kami makan juga di sana apabila semua sudah beransur pulang dan hanya tinggal kami ber10.Dan kami pulang ke imarah ARB apabila azan Isyak berkumandang.

Kami hanya berterawih di Musolla ARB.Dan slps itu,dgn ditemani musyrif bertugas,kami ke rumah Kedah bagi mengikuti kelas Sheikh Nuruddin.Namun,kurang pasti apa masalhnya,rumah Kedah gelap.Kemungkinan black out.Jadi kami dan para mahasiswa lain menunggu di luar rumah.Namun waktu terus berlalu,tiada tanda rumah Kedah akn pulih.Ramai juga mahasiswa tlh pulang.Di sini wajib jika mahasisiwi hendak ke mana2 pd waktu mlm,ada musyrif yg menemani.(Syukran kpd semua musyrif la siyyama musyrif yg tidak jemu2 melayan kerenah kami yg 10).Kami terus setia menunggu…Namun,kami pulang juga apabila jam hampir menunjukkan pukul 11.

Begitulah,kami sepanjng hari .Esok ada iftor bersama Sheikh Nuruddin.Menu Nasi Kerabu dibatalkan dan ditukar dgn nasi Arab (which I dunno how they look).Harap sgt Allah memudahkan sgl2nya.
(Bekalan air ke daurah sheikh)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com