Pages

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadan-Binatang

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bagaimana Ramadan sahabat sekalian.Dah mula updating Iman?Khair,hari ini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dapat sms menghadiri daurah dgn S.Nuruddin di Rumah Kedah.

Tajuk pd petang itu membincangkan hadis2 nabi yg berkaitan dgn binatang.Dlm ilmu mantiq,binatang spt cik lembu,kambing dgn kita tidak jauh bezanya krn sama2 merupakan haiwan.Apa yg membezakan ialah sifat Natiq iaitu keupayaan berfikir.

Sheikh ada menyebutkan bhw binatang ini amat mulia sehinggakan dijadikan sasaran untuk beribadah krn anak lahir sahaja,tumbang kambing krn aqiqah.Kita terlanggar pantang ihram,tumbang lembu krn dam dsbnya.Krn binatang, kita dpt terus hidup di muka bumi.Jadi,usahlah mendabik dada,mengatakan manusia,makhluk yg paling kuat,dapat mengangkat beratus2 kilogram,gajah bertan2 tak kecoh pun.Manusia terlalu angkuh ,namun kalah dgn ayam yg bangun jauh lbh awal,berkokok mematikan lena manusia yg masih dibuai mimpi.Sheikh kata peliharalah ayam yg bulunya putih krn ia berkokok pd waktu solat khususnya solat Subuh.

Kemaksiatan pada waktu Ramadan bukan disebabkan syaitan krn nabi tlh bersabda,mafhumnya,’Pabila datangnya Rmadan,dibuka pintu syurga,ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu.’ Jadi,kenapa masih ramai manusia terus berada dlm kekufuran?Semuanya atas tarbiyah dan didikan syaitan selama 11 bulan yg cuba manusia praktikkan.Dan juga tidak lupa kehadiran para perajurit dari kalangn manusia sendiri yg sudahlah sesat malah berani menyesatkan orang lain dgn pelbagai syakal.

Sedarlah,manusia! Ada dlm klgn kita punyai hati yang sudah bersedia utk mengfokuskan dlm beribadah kpd Allah,namun badan pula tak bersemangat.Kenapa? Haa,ini yg hendak dibincangkan.Makanan yg menjadi penguat diri tidak halal,peratus syubhah tinggi.Baik melalui hasil ribanya atau dari benda2 yg diharamkan Allah.

Sheikh bercerita, ada sebuah lokasi yang dihuni seekor buaya yang amat ganas.Semua binatang yg melalui kwsn tersebut akan dibaham,dirobek2 dagingnya.Namun,pabila khinzir lalu,buaya itu bukan shj tidak membahamnya,melihat pun tidak.Jadi,para binatang pun bermesyuarat tanda tidak puas hati dan menanyakan kpd buaya mengapa hanya makan keluarga mrk sdgkan tidak menyentuh langsung khinzir.Nak tahu apa kata buaya? Babi haram,mana boleh makan. Begitulah,buaya pun tahu haram.Ada dlm berita buaya kena wabak H1N1? Haa,mana ada.Sbb mrk xmakan babi.

Sheikh menyebutkan jika daging yg dibeli halal 100%,namun tiba2 kt syak adakah sms disembelih, dibacakn Basmalah.Jadi,sblm kita makan ,bacalah bismillah.

Nabi menganjurkan jika hendak menyembelih binatang maka gunalah senjata yg boleh mengalirkan darah(ma anhara dama’).Hikmah nabi berkata “tiap yg mengalirkan darah” adalah agar tidak timbul persoalan di kemudian hari – nak sembelih guna kaca boleh?Kayu yg diruncingkan?Besi? Haa,lenguh nk jwb,jadi hadis nabi pun mempunyai uslub bahasa yg amat menarik dan jg krn Nabi tidak bercakap melalui hawa nafsunya melainkan tlh diberi hidayah olh Allah.

Jadi itulah antara diskusi kitab oleh sheikh Nuruddin.Penulisan ini adapun ada juga yg tlh ditokok tambah oleh sy sendiri agr menarik.Yg baik dari Allah,yg buruk dari saya.Dan jika terdpt kekurangan,bolehlah comment di bawah atau shoutbox.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com