Pages

Monday, August 16, 2010

Ragam Akhawat:Nasi Bukhari





Puas dia menggaru kepalanya,namun tiada juga idea yg terpacul di minda.Krisis air memang menyerabutkan kepala.Puas dia memujuk hatinya agar bersabar.Stp perkara tidak Allah jadikan sia2,ada hikmah dan tarbiah.Tepat 2 petang,dia ditemani Nur turun ke dapur di tingkat bawah.Mereka perlu segera kerana selepas Asar giliran ikhwah memasak pula.Alhamdulillah,tingkat bawah ada air.Jika tidak,tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia dan sahabat2 yg lain.

“Kita mesti fikirkan sesuatu yang mudah,menggunakan air yang sedikit dan lengkap,”cadang Nur.

“Haa,apa kata Nasi Bukhari.Kita masukkan kentang.Jadi,tak payah masak sayur.Jimat!”serius wajah Damia,macam sdg temuduga.Nur mengangguk,tanpa was2.
Damia meletakkan periuk dan memandang kearah Nur,“Nur,sediakan:
*Ayam
*Beras
*santan(optional)
*Serbuk Kurma
*Rempah 3 serangkai + kayu manis
*Kentang
*Bawang dan cili(dikisar halus)”

Nur memasang telinga,cuba meletakkan tumpuan 100% kpd Damia.

“Mula2,panaskan minyak.Masukkan rempah-ratus.Bila dah wangi,masukkan bawang dan cili yg dikisar halus.Bila dah naik minyak,masukkan ayam,”Damia memasukkan ayam ke dalam periuk.

“Biar air ayamnya keluar dahulu.Sementara itu ana nak basuh beras,”kata Nur.

(beberapa minit kemudian)

“Haa,air ayam dah keluar.Saya masukkan serbuk kurma dan santan.Santan ini pilihan.Tidak ada pun tak mengapa,”kata Damia.

“Baik,beras dah siap,kentang pun ana dh potong kecik2”Nur menghulurkan beras.

“Khair,masukkan beras,kentang dan air yang secukupnya,”Damia menuang air ke dalam periuk.
“Air lebihkan satu setengah sukatan kerana untuk ayam dan kentang masak.Musy keda?”soal Nur.

“Aiwah,”Damia mengangguk, “Kacau sedikit agar sebati.Garam secukup rasa.Dan tutup,api sederhana.”
“Mudah betul.Kalau nak best lagi,masa hidang,letak timun buat ulam.Tak payah masak sayur.Memang nasi org bujang,”Nur ketawa.

“Betul,sebenarnya masa di Malaysia dulu,abah selalu masak nasi ini.Tapi,saya dah modify nasinya.Ikut resepi asal.Mana ada serbuk kurma,abah bubuh kunyit agar warnanya kuning.Tetapi,di akhir warnanya tetap gelap sama seperti jika dibubuh kurma.Abah xguna minyak tetapi mentega.”cerita Damia.

“Haa sementara menunggu nasi masak.Ana nak royak.Semalam masa pergi kela Sheikh Nuruddin di rumah Kedah.Ada orang tanya tentang hukum memegang handphone yg ada software alQuran.Syeikh kata jika kita berniat memegangnya sebagai handphone,maka IAllah dibolehkan memegangnya tanpa wudhuk.Jika kita berniat memegang alQuran,maka haram tanpa wudhuk. Begitu juga dengan jaket poket yg diisi alQuran.Jika kita berniat yg di tubuh kita alQuran,bukan jaket,maka wajib dgn wudhuk,”ulas Nur.

“Qod sodaqo anNabiy saw innamal a3malu binniat(Betullah kata nabi ssghnya stp pebuatan dimulakan dgn niat) .Niat memainkan peranan penting sehinggakan dengannya sst hukum-hakam dpt dilaksanakan,”kata Damia.



“Ana buka penutup, ye.Seperti dah masak je,”pinta Nur.Damia mengangguk.

“Waa,sedapnya.Ayam dah sebati dengan nasi.Masak elok pula.Kentang dah lembut,”terang Nur.

“Kacau sedikit,tutup api.Saya nak basuh periuk di tempat wudhuk.Nanti,kita berbuka dgn tamar dahulu,solat maghrib,baru menjamah nasi,”kata Damia.
Nur mengangguk.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com