Pages

Monday, August 16, 2010

Ragam Akhawat:Manisnya Ayam Madu..


Sekejap pandang ke kanan.Sekejap lagi ke kiri.Sebentar lagi berjalan2 mengelilingi rumah.Sebentar lagi duduk termenung di jendela.Begitulah Izzah apabila tiba gilirannya untuk memasak.Puas dia berfikir mahu masak apa kali ini.”Haa,tanya maklah,”getus hatinya. Pantas dia menaip di telefon bimbitnya, niat di hati mahu menanyakan resepi sehinggakan kdg2 maknya juga kehabisan idea.Panggilan K.In mematikan niatnya.Izzah memandang K.In. K.In tersenyum,”Izzah,akak teringin nak makan ayam madu untuk berbuka.Boleh tak?Guna madu akak.”

“Syukran K.In bagi idea,”Izzah tersengih,seraya ke dapur.Bibirnya menyebut2 bahan sambil tangannya pantas menggeledah sgl isi di dlm peti ais.Damia terpacul di pintu,”Hai,nak masak apa?Boleh tolong kacau?”

“Ayam Madu,”jawab Izzah,ringkas.

“Beritahu bahan2nya,awak panaskan minyak dlm kuali,biar saya cari,”pelawa Damia.

“Baik,bahan2nya:

*Ayam(disaluti kunyit +garam)

*Cili(dipotong kecil)

*Bawang Merah(dipotong kecil,dadu pun boleh)

*Limau nipis

*Madu

*Halia(serbuk pun boleh)

*Kentang”

“Baik,mula2 goreng ayam.Setelah itu,goreng kentang.Asingkan dalam bekas berbeza,Slps itu,goreng cili,halia dan bawang sehingga garing,”Izzah mengangkat kentang dari kuali.

Damia memerhati di pintu,”Lepas itu?”

“Bila cili,halia dan bawang dah garing,perah limau nipis.Masukkan ayam,kentang dan madu.Tambahkan garam secukup rasa.Sementara tunggu masak,pusing2 sikit ayam agar sebati dengan madu.Lepas itu hidang,”Izzah senyum.

“Oh,mudah aje,”kata Damia.”Haa,jangan lupa masak nasi.Nanti balik kelas Syeikh Nuruddin tak sempat.”

Izzah tersenyum,”Aiwah!”

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com