Pages

Saturday, August 14, 2010

Ramadan Pertama di perantauan..

Dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.

:::lintasan langsung Ramadan Pertama di Perantauan:::

Alhamdulillah,tidak putus saya dan sahabat2 ARB merafa3kan setinggi2 kesyukuran kepada Allah swt yg telah menyerikan kembali Ramadan kami yang pertama di Bumi Anbiya’ ini,Mesir.Kami sangka masalah darurat iaitu ketiadaan air akan terus menghantui kami sepanjang bulan Ramadan.Kami sangka panas terik hingga ke petang,rupa2nya hujan juga tghari siap ada pelangi lagi.

Baik,saya akan ceritakan kronologi sepanjang tempoh2 kesulitan ttp sarat dgn hikmah dan tarbiyah.Bukan untuk mengembar-gemburkan sgl kesusahan kami,apatah lagi meminta simpati.Sekadar ingin berkongsi khibroh wal ibroh.Segala suka- duka,susah –senang dan penat-lelah yang saya dan sahabat2 lalui ini telah menyebabkan satu ikatan telah terjalin iaitu UKHUWAH. Di sini kami telah bersama2 mengharungi ketiadaan air.

Semuanya terjadi di kala subuh,4 hari sebelum Ramadan.Saya dan ahl Bait(Qasr anNuha) menyangka keadaan akn pulih menjelang tengahari.Namun Allah maha Besar,mahu menguji iman hambaNya…Masalah ketiadaan air terbawa2 sehingga ke malam sebelum Ramadan.Atas sebab2 tertentu,akhirnya,saya dan 2 orang rakan membawa diri ke ARMA.Di sanalah kami menunaikan solat terawikh yang pertama ,sahur yang pertama menemani sahabat kami ahli PMUI,dan di sana juga iftor kami yang pertama.Sayu hati apabila menghubungi sahabat2 yg masih berada di rumah ARB yang makan ala kadar sahaja utk iftor.Hubungi keluarga juga di Malaysia,lagi bertambh sayu krn biasanya buka bersama,kali ini tidak lagi....

Khair,kami pulang dan nekad untuk bersama2 mengharungi ketiadaan air.Kami telah bermukim di Musolla.Alhamdulillah,Allah tidak menjadikan sesuatu dgn sia2.Disebabkan ketiadaan air,musolla kembali ceria dan meriah.Semua pelajar ARB turun berjemaah,setiap waktu solat.Bertazkirah ,bertadarus dan berhizib bagi mengihya’kan Ramadan.

Di sini nampak jelas ikhwah dan akhawat bersatu-padu.Walaupun berlainan negeri,sekolah,itu bukan menjadi kayu pengukur. Kami berkongsi dapur,bilik air.Amu2 pun share sekali.Kami buat mesyuarat bagi membincangkan masalah ini,sehinggakan imarah ARB diisytiharkan darurat. Tapi,memang saya tabik sahabat2 saya.Kami masak bersama2,iftor dan sahur.Kadang2 kami bertukar2 hidangan. Ukhuwah sesama akhawat bertambah rapat,begitu juga sesama ikhwah.Malah,kami amat berterima kasih kpd ikhwah yg sanggup mengangkat tong air yg berat ke tingkat akhawat,dan ada juga yg sanggup menemani akhawat ke kedai runcit walaupun penat baru balik terawikh.Kami juga cuba mendapatkan bantuan Maidatur Rahman(makanan iftor) dari sebuah badan yg juga telah membekalkan makanan tersebut kpd ARMA.Namun,jwapan yg diberi benar2 mengecewakan kami.Pada masa inilah kami belajar 2 benda yang amat penting: SABAR dan KESATUAN.Tanpa 2 benda ini,musykilah besar.

Hari ke4 Ramadan,genap 8 hari ketiadaan air.Balik sahaja dari kelas tafaqquh Sheikh Nuruddin di Rumah Kedah,dari jauh Ammu Hul melambai2 ,menjerit air sudah ada,setiap tingkat.Alhamdulillah,berhasil juga usaha Syarikat Attal menggali depan imarah kami….Wajah2 sahabat yang kepenatan,akhirnya berubah.Kami tersenyum kegirangan,bibir tidak putus2 bertahmid memujiNya.Apabila air ada,semua berjalan lancar.Kami boleh beribadah dgn lebih sempurna dan selesa.Dan yg paling penting program Ihya’ Ramadan ARB dpt berjalan lancar lebih2 lagi program Iftor Jama3i ARB dgn Sheikh Nuruddin.Adoyai,banyak kerja perlu dibuat.Alhamdulillah dah bincang dgn ikhwah yg diberikan taklifan.Makan nasi kerabu,amboi xhilang semangat Kelate ye Ustaz?

Almuhim,mata saya dah berkelip2,mengantuk.Semalaman tidak tidur.Air ada je,apalagi projek la.Kena gotong-royong satu rumah.Air ada,saya bertambah semangat utk menyediakn sahur.Nak tahu sahur apa? Nasi Bukhari…lama tak buat.Sahabat2 saya dah tidur saya sorang konkang di dapur.Almuhim,segala2nya berjalan lancar.Kita doakan agar masalah ini akn kekal mjadi sejarah. Alhamdu yudimu anNi3mah.

-:sahur:-semangat air dah ada,hehe.

{nasi bukhari-tp resepinya tlh dimodified sikit,sorry ye,abah)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com