Pages

Sunday, November 28, 2010

Wangian..sunnah Rasulullah

Calvin Klein,Prada,Hugo Boss,Nina Ricci,Kenzo,Avon,One Drop Perfume...Wah,banyak betul.Mesti sahabat terbiasa mendengar jenama2 wangian.

Memakai minyak wangi merupakan Sunnah Rasulullah.
Anas bin Malik berkata:
كانت لرسول الله سكة يتطيب منها

"Dahulu,Rasulullah s.a.w memiliki sukkah(tmpat minyak wangi) utk mewangikan dirinya."
Klu sahabat nak tahu inilah White musk dari Body shop,antara minyak wangi kesukaaa saya.
Saiznya kecil dari tapak tangan,berharga lebih kurang RM45+ (di Mesir LE 100) mmg berbaloi dgn harumannya.

Suatu hari,adik sya menghubungi saya dan mengatakan ianya diperbuat dari air kencing rusa.Saya agak terkejut kerana sms saya singgah di City Star,saya tlh menyembur sedikit(Tester) ke pakaian saya,dan lbh malang lagi saya membawanya ke dalam solat.Saya panik.Namun saya x percaya 100%.

Akhirnya persoalan sy terjwb.Semalam,sms madah Feqah di Kuliah,Dr.Atiah ada menyebutkan ttg الظبية . Apakah itu?



Ha,itulah kijang...Apa kena mengena dgn White Musk? Jom baca bawah lagi..

White Musk atau dalam bahasa kita disebut Kasturi Putih.Wikipedia menyatakan kasturi putih juga adalah kasturi sintetik yg dihasilkan dan baunya sepeti haruman yg dikeluarkan oleh Kijang.Hurm,Kijang mengeluarkan haruman??

Istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.


Dalam kitab Matan Zubad, ada menyebutkan hukum bhg2 anggota spt bulu jika terpisah dari haiwan sms hidup bukan seperti najis bangkai .Ini termasuklah kasturi(musk) atau dlm b.arabnya,المسك
Jika terpisah dari kijang,hidup atau slps sembelih,tidak najis. Dalilnya:
1)قال الرسول:المسك أطيب الطيب
"Kasturi adalah sebaik2 wangian"
2)Saidatina Aisyah pernah melihat nabi meletakkan kasturi antara belahan rambut baginda.

Sahabat..apalagi pakailah wangian kerana ia merupakan sunah Rasulullah,lebih2 lagi sebelum ke masjid.Tetapi AWAS,sahabat akhawat...

Dari Abu Hurairah,ia berkata:
قال رسول الله:((طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه,وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه)) ن
Rasulullah bersabda:Minyak wangi bg lelaki ialah yg harum baunya dan tersembunyi warnanya(spt kasturi),sdgkan minyak wangi bg wanita ialah yg zahir warnanya dan tersembunyi baunya(spt za'faran)

Singgah sebentar di blog Us.Azhar Idrus,berikut adlh respond beliau:

Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum.

Jika untuk dipakai diluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya yaitu wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu barulah didapat akan baunya.

Wangian yang kuat hingga orang2 dapat mencium wanginya itu dengan hanya ia lalu sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.

Jika di pakai didalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Dan jika disuruh oleh suaminya maka menjadi wajib pula ia memakai wangian tersebut.

wallahua'lam

p/s pakai di rumah sudahlah..

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com