Pages

Wednesday, January 19, 2011

setabah Zainab alGhazali..

بسم الله الرحمن الرحيم

Wow,Alhamdulillah,tinggal lagi 3 paper....siang tadi sy dan sahabat2 selesai 1 paper-Nahu.Husy,rasanya ini paper plg lambat ktorg hbskan,soalan objektif 50,tu tak msk soaln subjektif lagi.Lenguh juga nk menghitamkan ruangan pilihan jwpn.Bukan kecik2 mcm SPM,empat segi pula tu.
Anyway,hari ini sy n Uya mengambil keputusan utk ke Talaqi Sheikh Ahmad semula,setelah sekian lama xpergi.Sy dan Ipah on the way ke Masjid Salam utk solat Maghrib,terserempak pula dgn Dr.Atiah di tepi masjid.Kami terpegun krn Dr menegur kami," kaifa halukum?" Dr siap tnya hari ini paper apa...terharu.

Kami ke Jame3 Azhar menaiki teksi.6 org satu teksi.Risau driver taxi takut polis saman.Tapi,kami bjaya mengawal keadaan.Sembang2 dgn pak cik taxi.Muda lagi orgnya.Katanya,thn 1997 dia hbs belajar.Pelajar Law di Universiti di Asyut.Sy hairan dan tanya kenapa tak jadi peguam...Dia pun membuka cerita.Katanya,di Mesir,peluang tipis untuk pemuda2 keluaran universiti utk mendapatkan kerja yg bagus2.Kenapa x cuba di luar ngr,Saudi masalan,aku bertanya lagi.Jawapan beliau,org sana kurang menerima mrk.Musykil juga,,,kadang2 aku terfikir mjadi idaman stp muslim utk melihat Daulah Islamiah tertegak kembali ttp kenapa tenaga dan pakar yg sedia ada,lbh2 lagi dr muda belia tidak digunakan?Adakah mrk tersalah pandang dan masih mlihat pakar dari negara luar,agama dan pegangan yang berbeza?

Hurm,soalan cepu emas yg blh dkatakan stp kali naik teksi mesti ada soalan ni,xsah klu xde."Apa pendapat anda berkahwin dgn org Mesir? " Bila sy jwb sy lbh cenderung kpd ngr sendiri.Dia tnya lagi,"Tiada perasaan sedikit lgsg?" Haaa,apa nk jwb?

Rindunya dgn kalam Sheikh Ahmad,Tadi sampai agak lambat,tapi sempat juga mengambil sedikit istifadah.Hari ni blj ttg Air musta3mal.Seronok,kelas di Musolla Saiyidat.Masa kami duduk,sheikh pandang kami sambil tersenyum.Tak kisahlah sheikh pdg sape n apa sebabnya.Sy nk perasan sheikh senyum kat sy jg,Xkisah org nk ckp apa..(aci x? hehe)

Balik rumah,kami sambut hari jadi K.Jannah,dh 22 dah thn ni.Moga dia pnjg umur,murah rezeki ,mumtaz stp thn dan cpt jodoh.Amiiiiinnn.
Selepas membacakan BedTime story iaitu alMulk kpd 2 mujahid kesayangan,Qutuz dan Fateh
hajat di hati nk sentuh Ulum Hadits,tp bila dh kenyang,mata mula kelip2..mula gatal nk buka list pdf yg ada dlm lappy kesayangan ni..Terjumpa kisah Zainab alGhazali.Siapakah beliau?


Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yg mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir.

Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma.

Suami beliau seorg yg berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara
sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital.Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula
dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk...dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang dan
pukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di
hospital beberapa kali.Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (YaKhali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya
memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai
perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada
esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda
itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah
keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita...
yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki... dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan
kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau
dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb,
bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di
dalam kem tahanan tentera,
mereka dihidangkan dengan roti kering yang
disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka
ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor.

Mereka menjenguk keluar,
manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik
sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka
ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti
yang disapu dengan najis.
Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang
terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak
akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan
kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim
sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang
buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita
Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baik
daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan
saudara-saudara mereka yang lain.

Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup
menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W
dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar
dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda
"Syaitan diharamkan menyerupai ku". Oleh itu ia bermimpi berjumpa
Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.
Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan
terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid
yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.
Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin
oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak
(Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah
sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.Amin..




No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com