Pages

Sunday, January 23, 2011

Wirid....Sunnah atau sajer2?


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله....

Sejurus Imam menghabiskan salam yang kedua,selang beberapa saat kemudian,kedengaran hentakan tapak kaki,menyelusuri tangga…

Manakah tasbih memuji kebesaranNya?

Hilangkah tahmid tanda kita hamba yg bersyukur?

Tiada lagikah rintihan hamba yg takut pd api nerakaNya?


Baik,jika kita terus bersangka baik,,,

“Diorang sakit perut,itu yg naik awal”

“Nak imtihan,nk cepat”


Sebenarnya tiada alasan! Apalah salahnya kita meluangkan masa berwirid beramai2 slps solat jemaah.

Sahabat,bila kita berhajatkan sesuatu,siang malam kita merintih kepadaNya,air mata basah sejadah,kawan nak belanja makan pun tidak dihiraukan sbb nk sgt Allah memakbulkan hajat kita.Tapi, bila dah dapat, jangankan wirid,doa pun tak baca.Tanpa sedar kita ni adalah hamba yang sgt SOMBONG!!!!


Kita Umat Nabi Muhammad sollahualaihiwasalam,mengapa tak berpegang pada sunnah baginda?

عن ابن عباس قال: قال رسول الله :[[ من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد]]

[رواه البيهقي]

Maksudnya; Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang berpegang dengan sunnah aku ketika umat kau telah rosak, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.

Adakah disebabkan tuntutan duniawi yg menyebabkan kita kadang2 ‘terlupa’ untuk mengamalkan sunnah Nabi yg kecil ini.

Sedarlah,sahabat tak rugi pun berwirid.Bnyk fadilatnya.Nabi berkali2 menceritakan ttg kelebihannya.Adakah sabda nabi itu kita dengar pd hari kita di talaqi atau di mana2 mjlis Ilmu dan bila tiba masa utk praktik..’Opps sorry,have to rush! ’‘can’t be late’ ‘Emergency’ bla bla bla…

Klu dahulu,boleh sahaja kita berhizib,bertahmid,bertasbih,sejuk hati apabila kalamNya alWaqiah membelah kesunyian pagi,sekarang? Rindunya suasana Ramadan yg lepas..

Pening saya.Wirid ni Sunnah ke sajer2 yg hanya dipraktikkan mengikut masa,tempat dan keadaan?

Saya mengajak sahabat dan diri sendiri( kadang2 kantoi juga wirid) utk sama2 melazimi sunnah Baginda yg kian dipandang remeh masyarakat.Siapa lagi yg nk diharapkan mengamalkan sunnah Nabi ini selain kita bakal Daie? Fikir2kan….

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( من سبح ا لله تعالى دبر كل صلاة ثلاثا وثلاثين، وحمد الله ثلاثا وثلاثين، وكبر الله ثلاثا وثلاثين، وقال تمام المائة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”


عن عبد الله بن عمرو ,عن النبي قال : [[ التسبيح نصف الميزان , والحمد لله يملؤه , ولا إله إلا الله ليس لها دون الله حجاب حتى تخلُص إليه]]

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.




عن أنس بن مالك قال:قال رسول الله : [[من سأل الله الجنة ثلاث مرات ,قالت الجنة : اللهم أدخله الجنة, ومن استجار من النار ثلاث مرات , قال النار : اللهم أجره من النار]]

[رواه الترمذي]

Barangsiapa memohon Syurga kpd Allah sebanyak 3 kali ,(maka) berkatalah Syurga,:Ya Allah,masukkanlah ia ke dlm Syurga.Dan sesiapa yg memohon (perlindungan Allah) dari api neraka,maka berkatalah neraka,"Ya Allah,selamatkanlah ia dari api neraka


".عن أبي مالك الأشعري قال: قال رسول الله : [[الطهور شطر الإيمان ,والحمد لله تملأ الميزان ,و سبحان الله والحمد لله تملآن (أو تملأ) ما بين السماء والأرض , والصلاة نور , والصدقة برهان , والصبر ضياءٌ , والقرآن حجة لك أو عليك , كل الناس يغدو فبائع نفسه فمعتقها موبقها]]

[رواه مسلم و الترمذي وابن ماجه]

telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)


ورد في الحديث: "من قرأ ءاية الكرسي في دُبُر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت

“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]

Kitakah bakal Daie yg mengamalkan Sunnah baginda?

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com