Pages

Sunday, May 1, 2011

Hadiah dari kekasih...mampukah aku membukanya.

BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


(versi Ammi Msia)
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Assalamualaikum wbt. Sihat ke semua? Alhamdulillah,sy masih diberi peluang olh Allah utk mengambil sedikit masa menulis,Walau pd hakikatnya bukanlah masa lapang saya,tp dgn keadaan yg berlaku skrg,baik di kuliah mahupun di rumah.Sya merasa terpanggil utk menulis.Alhamdulillah,,,idea tercetus ketika talaqi di Masjid Azhar,ktk Sheikh Ahmad membuka kitab al-Iqna3.Idea yg tiba2 mencurah2,xdpt dibendung lg.Sya terus menulis sdikit rangka.Alhmdlh,idea itu trus mencurah2 shg selesai Iqna3,dan hampir terfikirkannya ktk solat Isyak td.Bahaya betul.

Baiklah,post kali ini sy mulakan dgn firman Allah Taala dr surah alBaqarah,ayat 216.Hurm,mesti korang pelik.Apa kena mengena post kali ini dgn ayat AQ tersebut.Plg koman pun mesti korang sangka mesti penulis blog ni baru hafal ayat ini utk sesi tasmi3 mggu dpn,,,Ha. Sbnarnya sy sengaja keluarkn ayat itu krn post kali ini krn  mmg kena dgn apa yg sdg berlaku di sekeliling sy dan sahabat2. Di saat perasaan dicengkam,ukhuwah diuji,,,cinta terus dipersoalkan...mcm nk nangis je masa tulis ini.

Korang sedar tak yg tak semua yg kt idam2kan akn kita dapat.Bukan krn Allah tak sayangkan kita .Bahkan  Allah tlh berfirman:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Tapi,Allah mahu kita bersabar sedikit shj.Nak tahu setakat mana kita berusaha,atau kita sekadar duduk goyang kaki menunggu rahmat Allah.
 Cuba kita lihat situasi di bawah :

Situasi 1
Keadaan Mesir yg masih di bwah pemerintahan tentera.Perintah berkurung hanya dijlnkan pd waktu mlm.Ada pihak yg mengambil kesempatan.Mcm2 kes sekarang.Curi,ragut,ugut,rompak.Gerun den nk keluar.Nak mkn aruz mandi di Abbas Akkad pun fikir 2 kali.
Jadi bila benda2 ni terjadi pd kita,naudzubillah, cpt2 ingat
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
 Tapi,cik kak.Hp kena sentap,Duit biasiswa bln dpn habis licin,Motor kena bawak lari,Pergi bank,baru senyum duit selamat keluar dr ATM,tiba2 kena tarik pula olh ntah mamat arab mana...apa kes?

Situasi 2
Setelah hampir 2 bulan goyang kaki di Msia,blk free sbb Revolusi Mesir baru2 ni.Sekarang ni pakat ramai2 bersengkang mata nk cover blk subjek2 kuliah.Mana taknya,blk semula ke Mesir bulan April ari tu.Exam insyaAllah 18 Jun 2011 (eh,nape mcm sama dgn tarikh besday aku ye?). Ha,2 bulan je masa diberi utk pulun.Itu yg status YM sorang2 "camne nk jd burung hantu la" "jangan bg otak rehat la,," Sudahnya tension,tidur lmbat memanjang.Bangun subuh liat je.Tahajjud usah cakapla.Baru nk bgn,azan subuh pula,,Lps tu jatuh sakit. Nak buka buku pun xde mood.Tension memanjang.Org nk ajak makan pun,hbs marah org.Bila fail exam,rasa hidup ini xberguna dah....guane?

Situasi 3
Bila duduk berjauhan dgn keluarga,,,hati ini sunyi je.Rasa mcm kosong je.Mulalah gedik2 nk jeling2 si Dia.Padahal ahli bait ramai je utk sharing2 masalah.Lebih2 lagi zaman ramaja ni,dia rasa mcm mana yer,zuk dia lain sikit.Tgh angau2 gitu,,auuu. Haha.Lbh2 lagi bila terserempak dgn si Dia di tangga,dlm bas.Hati mula xkeruan,acehhh. Tapi,bila dpt tahu roomate pun minat org yg sama.Allah,rasa mcm nk revolusi Mesir kali ke2. Sedih sgt,tu yg tidur tak lena,study x lalu, tapi mkn lalu je...


Haa,sy yakin 90%,kwn2 mesti pernah terperangkap dlm situasi2 di atas.Klu xsemua,mesti ada satu.Gerenti.Klu x juga,sy mohon la,jgn teruskan bacaan anda.Krn lps ni lg meriah.Haha.
So,camne nk handle jika kita ada masalh? Sy ada buat poll di facebook,tnya pndpt kawan2.Ada yg bg idea bernas tak kurang juga yg merepek.Tp,sy masukkan semua,krn kt dilahirkan di bumi ini dgn kebebasan memilih.Pilihlah Hijau,hehe.Warna syurga,xsebut apa2 pun,

Its all about MIND-SETTING
Dalam kitab La Tahzan(dun cry) karya alQarni ada menyebutkan bahawa ujian dan bala adlh anugerah.AlMutanabbi pun ada berkata ujian mematangkan diri.Mereka semua mengambil pendekatan yg positif.Kita kena set minda kita dgn berkata Ujian ini adalah hadiah,yg tak semua org dapat.Hanya the Chosen One yg dpt.Sblm kita blh set minda kita,,,kita kenalah pupuk kehangatan CINTA dengan Allah dan RasulNya.Jadi,bila kita ditimpa musibah,,kita akn kata," Oh,ini hadiah dari kekasih aku," So,insyaAllah kita akn reda dgn ujian. Samalah,contoh,masa tadika dlu,kita ada minat kat sorang klasmet ni,kita rasa zaman dulu tu,dialah yg plg berkarisma sbb juara lari dlm guni. Tapi,budak ni bkn main kuat juga pedajal org.Satu hari,turn kita kena  aniaya.Dia pun tampal kertas kat blkg kita tulis,"Mak saya masih mandikan saya" Merah muka bila satu kelas gelak.Cikgu pendidikan jasmani pun pgg perut,control gelak. Kita pun lari gedik2 blkg meja,nangis.Sebenarnya bangga,budak laki tu sedar kewujudan kita.Siap bg present lagi. Ha,contoh yer.Citer x benar.

Ekspresikan Dirimu
Luahkan perasaan,share dgn org lain.Bkn krn anda bangga mjadi the Chosen One.Tapi,anda ingin seseorg itu mdapat benefit dr apa yg terjadi.Moga,dia pun tidak terjebak dgn masalah yg sama.
Masa dlm bas otw balik ke rumah.Sempat saya mengklasifikasikan projek Ekspresikan Dirimu ini kpd 2 jenis.

1)Luah pd org2 tertentu
Insan2 yg terpilih utk mjadi pendengar setia ni mcm Mak,Abah,adik-beradik,tunang,kawan2,klasmet,roomate.Cuma jiran,jaranglah kt dgr berlakunya projek ni.Kita akn cari org yg selesa utk dgr masalah kita.Dan semestinya dia bukanlah yg bermulut tempayan!

2)Luah scr teknologi
Org jenis ni mmg bijak krn mengaplikasikan teknologi,ttp yg x bijaknya bila ramai yg akn tahu.Dan khuatir akan berlaku salah faham,sakit hati,sakit gigi(sbb terlamapau marah). Caranya? ala,wat tak tahu pula. Yg stp hari korang update status blog,Twitter,facebook.YM tu benda apa? Sy slalu guna cara ini utk lepaskan ketidakpuasan hati sy.Atau,klu ada masalh,kt tulis je kat YM,tp adab menulis mesti ada. Kita gunakan fb,ym ni sbg wasilah utk kita memohon doa org ramai bkn utk menambah Akaun Dosa sedia ada,contoh"Ya Allah,exam lagi 2 minggu,Tapi,aku bnyk x study lagi.Bantu aku ya Allah..." Satgi ada je org ketuk pintu hulur kopi Bonjorno,try la,klu x caye.

Tidur
Ni ada kawan aku yg bg idea ni,,bg dia jika dia ada masalah dia akn tidur,dudk diam2 atas katil.Ni tak,sesetgh org,bila ada problem,dia tension.Pastu dia ngamuk kat org lain,mulut lbh hebat dari machine gun.Bagi aku, tidur pun satu cara nk lupakan masalah sementara...tp not forever.Tp yg risau,takut dia mai dlm mimpi.Ha,guane?

Bersendirian
Carilah port2 mana yg sunyi,kita muhasabah blk diri kita.Yg penting, be alone without feeling lonely.

Aktiviti yg Best
Lakukanlah aktiviti yg bermanfaat agar tumpuan kita terhadap sst masalah lari sebentar.Mcm2,bersukan,main game,siram bunga jiran,hadiri talaqi dan kelas agama.Tapi,ada kwn sy yg share klu dia ada masalah dia akn shopping.Tp bg aku mcm tambah masalah lain,iaitu masalah ekonomi la,budget lari.Lagi berfaedah jika kita menderma.Satu masalah LE5 atau RM3 kpd tabung2 masjid.Di samping duit mengalir keluar,dh confirm bnyk saham2 kita di akhirat kelak..
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Check Hati tanya Iman
 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”"


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"


Kita check balik amal dan iman kita.Top up la jika ada kurang mana2.Top up hp xpernah miss stp minggu,top up iman fikir dua kali.Kita sbg umat akhir zaman ni,sedarlah tanggungjawab kita.Allah tak jadikan kita saja2 utk menbuktikan kehebatanNya.Jika kita ada masalah,mengadulah padaNya,,mengislah ktk sujud di tgh mlm.Stp ujian yg dtg,ada hikmat tersirat.Kita mmg xnmpak sekarang.Klu nmpak,mesti mnusia berlumba2 berdoa agar Allah menimpakan bala kpd mrk.
Ingatlah,kita ada misi dan visi kita di atas muka bumi ini.Allah tak jadikan kita sengaja utk hidup mcm tu je atas bumi.Kita kena memakmurkan bumi ini berlandaskan syariatNya. Mmg uk menulis mudah.Contoh mudah,saya lah.Bila ditimpa musibah sedikit,mula tak keruan.Jadi sbb itu sya tulis post ni,,jd bila suatu hari Kekasih saya mengirimkan saya hadiah,saya akan rujuk post ini...insyaAllah.


Akhir kata,semoga apa2 yg sy tulis memberi faedah,Klu ada yg xpuas hati,ada dalil2 yg salah,maklumkan sy. Kita hidup x perfect.Nabi Muhammad shj insan yg kamil,yg diumpamakan akhlak baginda dgn alQuran bergerak,masyaAllah.


Kpd sahabat saya yg sedang diuji sekarang,sya hanya mampu berkata,sabarlah.Allah akn menguji sesuai dgn kemampuan kita.Sya dan rakan2 lain akn ttp beri sokongan,zahir dan batin.Senyuman yg terukir cukuplah menjadi pengubat penat lelah kami.Jgn merasa puas utk hidup...Kami syg awk Syafiah.Allah,sembuhkan dia.....



No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com