Pages

Wednesday, May 4, 2011

di pagi hari...

Allah,,,ntah kenapa pagi ni syahdu sgt-sgt...
        Allah,ntah kenapa hati ni pedih,perit....
              Allah...mata terasa lembap
              namun tiada yg mengalir...

Pelik,,,
bukankah sepatutnya aku gembira pagi ini.Hari ini aku lihat kawan2ku ceria,teman2 serumahku ketawa smbil menjamu bi hun goreng(turn K.ain masak)...
Dah lama,aku tak tgk mrk ceria di pagi hari,namun sebenarnya,kegembiraanku xkan lgkap,atau tidak akn sempurna tanpa wajah sahabatku yg seorg ini,,,Allah,senyumannya ckup membuatkn hati kami semua tenang.Mgkin dia keletihan.
 Pelik,,,
bukankah aku sepatutnya gembira pagi ini krn baru shj menghubungi Mak,,meminta izin beliau utk mengambil wang,,Alhamdulillah,urusan tiket pulang ke Malaysia selesai.Hanya menunggu byrn shj.Aku tidak merasa sedih,jauh sekali terkilan krn duit aku bakal melayang.Aku tak balik sia2,ada sebab,misi yg harus aku selesaikan di Msia nnti.Suatu hakikat yg belum aku sempurnakan ktk aku blk Msia baru2 ini.Aku tak mahu menyesal,,Allah,panjgkan umur aku dan dia..
Pelik,,,
adakah aku sedih krn baru melihat video ttg 'pemergian Nabi Muhammad'? Mgkin juga,,krn soundtracknya diadaptasi dr ceria korea,Autumn in my Heart.Namun itu bukan sebab asasinya,,Aku khuatir.Aku hmpir menjangkau 20 tahun,insyaAllah.Jika diberi kesempatan olh alKhaliq,aku hanya ada masa 43 tahun lagi.Sempatkah aku melaksanakan semua planning yg aku tlh aku rncg?Benar,manusia hnya pndai merancang,namun Allah jualah sebaik2 perancang.Andai kata masa aku tlh tiba sebelum kusempat melalui marhalah2 yg akn dtg,,,adakah aku mpunyai persediaan yg seckupnya? Seperti pemburu dgn senapangnya,askar dgn senjatanya,tukang gali kubur dgn cangkulnya,calon exam dgn pennya,penunggang kuda dgn kudanya....Boleh ke aku jwb semua soalan yg dilontarkn,bertalu2 di mahkamah agung,mahkamah Allah?Bolehkah aku menjawab selancar ketika aku ditemuduga AmanahRaya sebelum aku diterima menuntut ilmu di sini? Mampukah aku memperincikan scr detail stp sen,minit,saat,tenaga dan cinta yg tlh Allah anugerahkan utk aku? Belum lagi ditanya ttg amanahku,jasa dan baktiku thadap Islam...Aku takut,,aku bimbang jikalau aku melihat Rasulullah beberapa meter di hadapanku,,aku melambai2,memanggil namanya.Aku risau nabi x endah.Aku khuatir aku tak dapat memberitahu baginda bhw aku merinduinya,aku bangga mjadi umatnya...

Tiba2 aku rasa mgkin punca kesedihan aku pg ni krn ikan2 aku hampir 5 ekor mati pagi ini..Aku rasa cukup pjagaan aku berikan,dr pellet ke oksigen.Ada yg mati tragis,kulit terkopak,ada yg tersangkut di kincir angin rumah batu.Namun saat aku menulis,aku menoleh ke arah akuarium,ikan hitam kecil yg kuberi nama Qutuz kembali cergas,Alhamdulillah.Semasa aku menukar air tadi,aku melihat dia tidak bergerak,cuma kdg2 sirip kecilnya bergerak.Kuingat mahu mengasingkannya bersama2 dgn bgkai2 yg lain.Namun aku sabar,xmemberikannya sedikit pun  harapan.Namun skrg Qutuz sdh mengelingi satu akuarium,,,

Cukuplah sekadar di sini shj,,,baru teringat syair arab yg harus aku ulang takut juga Dr Zack tnya nnti,aku bersajak pula...Doakan kami tabah.
Xsabar nk buka puasa nnti,alang2 pg abbas akkad blh sinngh  kedai beli syish tawook,,,wah ada bayang dah.

Samalah2 kita muhasabah diri,,,
salam.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com