Pages

Thursday, July 21, 2011

Majlis Ramah Mesra MAIWP dan ketam??!! Di elBorg?!!

BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Semalam,21 Julai 2011 seramai 6 akhawat dan 10 ikhwah,pelajar tajaan Yayasan Taqwa tlh djemput utk menghadiri majlis ramah mesra bersama Pegawai Eksekutif MAIWP (majlis agama Islam Wilayah Persekutuan) Dr Muhd Yamin b.Ismail. Majlis bertempat di Restoran elBorg,sebuah restoran yg kami bercadang utk ke sana pd thn akhir pengajian,rupa2nya Allah tlh memberi kami peluang keemasan ini lbh awal dr yg dsangka. Grab while u can,haha!

Tirai majlis disingkap dgn bacaan suci alQuran dari surah anNisa' oleh  pelajar Syoubra.
Setelah itu ucapan dari pengerusi dan pegawai  BKAWM. Ramai juga pelajar yg menghadiri majlis itu rata2nya tajaan MAIWP sendiri dari pelajar2 wilayah.

Stelah itu giliran  Dr Yamin memberi sedikit kalam taujihat buat para peljar.Kami tekun mendengar walaupun ada kedengaran irama2 joget Malaysia dari 'dalam'....Para pelayan restoran keluar dan mula menghidangkan makanan. Kami cuma melihat hidangan ketam dimasak dalam bekas  di atas 'penunu Bunsen' (michael Faraday yg cipta tuh!)



Beliau menggesa agar para peljar mengambil ihtimam dgn alQuran.Belilah alQuran kecil agar dpt mjadi rujukan di mana2 setiap masa..
Dr Yamin merupakan mahasiswa Mesir,baru kutahu.Beliau kata pengalaman hidup di Mesir merupakan titik tolak perubahan hidup beliau.Di Mesirlah,kita dapat memahami Islam dgn pendekatan yang sebenarnya.Memang benar bnyk sumber utk memahami Islam,beliau tidak menafikannya.Namun,Mesir is the 'primary source' .Kita dapat memahami Islam dgn konteks yg lbh luas. 

Beliau menyambung lagi.Kata beliau jangan mudah berpuas hati dgn ijazah sarjana muda,BA. Jika ada peluang sambunglah ke peringkat seterusnya. Bagi menguasai sst imu,bahasa memainkan peranan yg sgt penting.Rahsia beliau berjaya ialah beliau bermula dgn akhbar krn di dlmnya terkandung pelbagai kalimah yg moden.Beliau akn menggunting artikel yg menarik dan akn menterjemahkannya dgn GURU. Kata beliau,jika anda boleh membaca akhbar,insyaAllah anda boleh baca semua kitab.

Beliau menyentuh serba sedikit ttg MAIWP yg tlh menyediakan sebanayk 28 skim bantuan dan tlh menambah 2 skim yg terbaru. Pertama,Skim Bantuan Persediaan ke IPT bg sesiapa yg mdapat tawaran ke univeristi tempatan dan luar negara..Banyak aduan yang diterima krn MAIWP hnya menbantu stlh mahasiswa ditempatkan di IPT walhal bnyk wang yg diperlukan sbg permulaan seperti passport. Skim kedua ialah Skim Ansuran utk ASNAF.Skim ini bnyk memberi bantuan kpd warga emas dlm membantu menguruskan khairat kematian mereka.

Dr Yamin meneruskan ucapan beliau. Aroma ketam mula intisyar di stp makharij kami. Namun tidak kami peduli.Beliau menyebutkn ttg Blue Ocean Blue. (Aik,rasa mcm salah .Tp xpe,klu anda tahu yg sebenar maklum pd saya) Iaitu gabungan 2 jabatan utk menghasilkan suatu inovasi yg bermanfaat kpd masyarakat. Cthnya,gabungan antara ATM(angkatan tentera Msia) dgn PDRM. PDRM mahu mengambil beberapa ribu polis utk setahun,namun hanya beberapa 
raus yg mampu dilatih.Jadi,PDRM meminta bantuan dr ATM utk menggunakan kem askar mrk.Hasilnya, 1600 polis dpt dilahirkan dan hanya mengambil kos sebanyak 1 juta shj.

Contoh lain adalah gabungan MAIWP sendiri dgn Kementerian Kesihatan dgn kaedah Barter Trait(xmenggunakan duit) .MAIWP mempunyai bnyk tanah wakaf di sekitar Kuala Lumpur.Kementerian Kesihatan pula mempunyai pakar2 kesihatan.Jadi,gabungan ini berjaya mewujudkan klinik2 bg pesakit Katarak. Di Malaysia,hampir sejuta pesakit menderita penyakit katarak dan jika tidak dibedah dgn segera akn mengakibatkan buta.Kos perubatan di klinik Katarak  di Tun Hussein Onn mencecah RM3K-4K. Harapan beliau agar gabungan ini dpt membantu lbh ramai pesakit katarak.

Kata Dr Yamin,MAIWP sentiasa berfikir ke arah negara berkebajikan. Beliau tlh mbantu sedaya mungkin,jadi sekarang giliran kitaAmbillah peluang sementera berada di sini utk mempersiapkan diri agar dpt membantu masyarakat.
Nasihat Imam Ghazali rahimahullah dlm kitabnya ,Ihya' Ulum adDin: Sbg umat Islam kt kena ada 5 kekuatan, ilmu,akidah,tasawuf,tazkiah,dan kekuatan adab.
Elak diri dari malas berfikir,dari tidak melihat isu scr sejagat bukan dari konteks yg sempit.Elak diri dari menghukum dan bukannya berdakwah.


Ucapan padat beliau menerima tepukan ramai.Setelah itu para pelayan menghidangkan kami nasi goreng.Dgn lafaz bismillah,kami mula mengatur langkah.Ketam ke Nasi? Selesai satu hidangan,kami bersandar kekenyangan. La,,ni je,hatiku bermonolog. xde sifat bersyukur betul org ni. Satgi,waiter dia keluar lagi,Ha,dgn sepinggan ikan2 sebanyak buih2 di lautan. Terpegun sebentar.Terkesima sesaat. Ikan Bulti,samosa Udang,,,xlarat. Tp,alhamdulillah apabila dimaklumkan olh emcee bhw makanan yg tdk habis blh dibawa pulang.Fuh,,,dpt juga org rumah rasa.

Dr Yamin singgah ke meja kami.Mana taknya,kami org first yg dtg,sbb tu kena duduk meja plg depan.  Kami mengenalkan diri sbg pelajar Yayasan Taqwa.Beliau mengatakan kami tetap pelajar MAIWP,jgn merasa terpinggir. 

KAmi pulang dgn hati riang...Alhamdulillah,,,prepare nk ke Fayoum!!!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com