Pages

Wednesday, July 20, 2011

Mari Menghidupkan Tradisi Talaqqi !




BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Talaqqi secara amnya ialah belajar secara berguru daripada para alim ulamak. Kebiasaannya mereka mempunyai sanad ilmu yang bersambung kepada Rasulullah saw. Kitab dibaca dari kulit ke kulit. Ini merupakan sistem pengajian yang memakan masa yang panjang namun ia penuh dengan keberkatan hasil hubungan langsung di antara guru dan murid.


Sahabat Rasulullah,para tabi3 tabi3in semuanya bertalaqqi.Namun kita sekarang berada di abad di mana bnyk teknologi canggih yg melampaui akal manusia dahulu kala tlh tercipta,penyakit2 ganjil tlh diketemui penawarnya.Semua maklumat hanya di hujung jari.Contoh,di maktabah Syamilah,hanya sekali klik semua jenis Tafsir dari Tafsir Nasafi shg ke Tafsir Jalalain wujud.Nak tahu masalah2 bagi hukum sekian2,taip shj .Pak Cik gOOgle tidak jemu2 membantu anda. Ha,,tp satu hal anda terlupa,tak semua maklumat ditapis. Anda cuma menaip,pak cik menjawab.Tapi siapa yg menapis kesahihannya??! 


Oleh itu,la budda hidup menuntut ilmu sampai bila2 tidak akan lari dari 3 syarat : Pelajar,Kitab dan Guru2 yg haziq-yg benar2 berkemampuan dan pakar dlm sesuatu ilmu.


Baik,mesti lepas anda baca mukadimah entry ini,akan ada sekelumit rasa mcm "best juga talaqqi". Tak rasa? Jangan menafikan.


Baik,anda nak mula pergi talaqqi.Mesti di minda anda bermcm2 persoalan.Nasihat saya abaikan soalan2 tersebut,mskkan kitab dalam beg,pakai kasut dan terus pergi. For beginners,mcm2 gangguan dari diri itself dan juga anasir2 luar. Anda harus kuat.Namun ada juga yg di pertengahan jalan,pulang semula apabila memikirkan persoalan2 tersebut :


1) Macam mana nak paham,Sheikh cakap Ammi!
Benar! Saya dah mengalaminya. 6 bulan pertama,hampir stp kali pulang slps talaqqi saya akn menangis.Ya Allah,saya tak faham satu patah pun! Memang klu ikutkan hati nk putus asa, tapi,baik sabar better than nothing.Saya bertahan. Selepas lebih kurang setahun setengah,barulah telinga ini lali dgn kalimah Arab dan mula faham apa yg Sheikh ajar atas bantuan rakan2.Alhamdulillah,Sheikh Ahmad Hajain yg mengajar di Masjid Azhar pd stp hari Rabu,Sabtu dan Ahad kurang cakap Ammi,bnyk fusha krn majoriti ank murid beliau org Malaysia,Indonesia,Thailand, dll.


2) Kalau mengantuk mcm mana??
Siapa kata menuntut ilmu tiada cabaran? Inilah cabarannya.MENGANTUK + MALAS. 
Persediaan: *Sebelum ke kelas,pastikan anda mendapatkan rehat yg secukupnya.Qailulah (tidur slps zuhur) jgn abaikan.Amat membantu.
* Semasa Talaqqi,elakkan duduk di bawah kipas.Krn mungkin anda akan galak bermimpi!
* Cara ini yg tgh sy praktikkan. Duduk di saf hadapan sekali dan koordinatnya betul2 di hadapan Sheikh. Nak tidur,segan Sheikh nampak. 


3)Saya baru nak start.Malulah dgn kawan2..mereka tu adzim2 belaka.
Ini kes malu dan rendah diri yg tak bertempat. Kawan2 anda tu dulu2 dua kali lima macam anda.
قوله تعالى : والله أخرجكم من بطون أمهاتكم لا تعلمون شيئا وجعل لكم السمع والأبصار والأفئدة لعلكم تشكرون ص: 137 ]
Cuma bezanya sekarang,mereka lebih istiqomah dan berjiwa kental dari anda. 
Saya percaya jika anda bubuh sedikit effort anda mampu menjadi spt mereka.


4)Boleh ke istiqomah ni? Takut hangat2 tahi ayam je ni..
Awal2 tetapkan niat.Jauhkan prasangka buruk terhadap diri.Bagi sedikit semngat kpd diri.Mcm saya lihat sahabat saya sendiri.Mereka tetapkan ganjaran dan denda bagi kehdiran mereka ke talaqqi. Tak datang,denda LE10. Klu sebulan istiqomah,xde ponteng.Go and treat yourself. 
Cari kawan klu nk pergi talaqqi.Baru terasa manisnya. 


Bagus,anda sekarang sudah hampir ke gerbang talaqqi. Anda bayangkan anda sudah berjaya menjejakkan kaki te mana2 tempat talaqqi. Di sini saya ada gariskan 'Guidelines for Beginner' lbh2 lagi jika anda baru menjejakkan kaki di bumi Kinanah.Bahasa Arab pun masih syuwayar2 lagi..


1)Aim your TARGET
Setiap benda ada target.Makan targetnya kenyang.Exam targetnya Mumtaz. Begitu juga dgn talaqqi. Untuk peringkat awal tetapkn target bgi stp kali kehadiran. Contohnya,Sheikh terang 10 benda.Kita target hari ni nak faham 1 benda je.Sudah,xpayah2 bnyk. Selepas itu naik sikit2. 10 benda yg Sheikh terang,kita faham mula2 1...2.....5....8. Jangan tamak,yang penting ISTIQOMAH.


2) Jangan belagak,CATIT!
Anda bukan Imam Ghazali yg hanya menulis di telapak tangan apa2 pembelajaran,kemudian dpt mensyarahkannya kembali dgn lbh baik. Anda bukan Imam Syafie yg terpaksa menutup muka surat sebelah khuatir terhafal sms sdg belajar muka surat yg sebelahnya. Anda manusia biasa. Apa2 yang Sheikh ckp,catit.Bukan sekadar anda akan dpt merujuknya di masa akn dtg malah dpt mengelak dari tersengguk2. Selain itu,point penting yg hendak sy highlighkan ialah,tulis stp kalimah yg anda kurang faham.Balik rumah,cari maknanya. 


3) Berlakon
Saya tahu anda kurang faham krn ini pertama kali anda.Tetapi jgnlah menonjolkan ketidakfahaman anda dgn muka anda yg statik,mulut ternganga. Berlakon sedikit depan Sheikh.Semasa Sheikh terang,kt angguk tanda kita dgr apa yg Sheikh kata walau kita tak faham.Ekspresi muka penting.Sheikh akn rasa dihargai dan dihormati.Org lain gelak,kita gelak sama tak pun senyum je. Anda harus berlakon.Tidak mengapa di peringkat permulaan mmg begini. Anda harus kuat! 


Akhir kata bersabarlah.Anda akan menikmati manisnya teh O apabila gula tlh betul2 larut.It takes time. Anda harus bersemngt.Tak ramai org dpt peluang mcm anda.So grab it while u can! Assalamualaikum!





No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com