Pages

Friday, July 15, 2011

Mengapa dia?


                       “Ayah,maafkan Ucu!”

Bacaan Yaasin dan tahlil yang memenuhi segenap ruang tamu tenggelam-timbul dengan teriakan suara adik bongsuku,Muslim. Muslim memeluk jenazah Ayah yang sebentar lagi akan dibawa ke pusara. Pergilah Ayah menyusul dahulu. Tiadalah kami untuk menemani Ayah. Sabda Nabi :  Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.

                          “Ayah,jangan tinggalkan Ucu!”

Jenazah Ayah diangkat.Muslim yang cuba untuk menghalang segera direntap suamiku,Suhail. Suhail memeluknya,menyuruhnya beristighfar. Muslim menepis.Menenangkannya di saat ini  bukanlah urusan yang  mudah.Lebih2 lagi apabila adik lelakiku amat rapat dengan Arwah. Suhail membisikkan sepotong ayat Al-Quran di telinganya. Lembut kalam Allah itu menembusi  telinganya dan terus ke hati. Suhail mengulanginya, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar’’ Muslim memejamkan matanya.Air mata yang mengalir segera diseka.

Kutenung wajah adik-adik kembarku,Sumaiyah dan Zinnirah. Mereka terkulai di sebelah Ibu  , menahan esak. Kulihat Ibu bagai sudah tidak berdaya,kehilangan tulang belakang yang selama ini memberikannya semangat untuk hidup. Melihat jenazah Ayah yang mula diusung ke luar rumah,bingkas kami bangun menyusuli. Ayyash yang terpinga2 menanyakan kepadaku sebab mereka membawa datuknya keluar. Wahai anakku,jawapan apa yang harus kuberi? Suhail memimpin Muslim ke kereta. Kuarahkan adik2ku dan Ibu masuk ke dalam kereta. Kuhulurkan kunci  kereta kepada Suhail. Dia cuba memecut,mengekori van jenazah di hadapan.Kulihat semua merah matanya…Aku menggenggam tangan Ibu,
 “Ibu,Hajar rasa abang xsempat sampai.Flight dia delay.”
Ibu mengangguk lemah. Mataku beralih kepada Ayyash.Kuseka air mata di pipinya.Teresak-esak dia di ribaku.

“Ucu tak patut  biarkan Ayah bawa kereta.Ucu sepatutnya bertegas sedikit. Ucu bersalah..”teriak Muslim.
Sumaiyah menenangkannya, “Ucu,dahlah.Ucu tak bersalah,dah memang ajal Ayah. Kita semua faham bila Ayah hendakkan sesuatu,tiada siapa yg blh menghalang,,”

Kami samapai ke kawasan perkuburan.Suhail dan Ucu membantu menurunkan jenazah Ayah ke dalam liang lahad.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Tanah mula dikambus.Kutenung wajah Ayah buat kali terakhir,sungguh damai.Tenang sekali wajahnya.Moga kita berjumpa di FirdausNya.
Talkin dibaca.Cuaca ketika itu suam-suam kuku,tidak terlalu panas dan tidak pula dingin. Ayyash duduk mencangkung di tepiku.Mungkin cuba menerima pemergian Wannya.




“Doakan kami .Hari ni temuduga!” beritahu Zinnirah sewaktu kami sedang bersarapan.Hari ini genaplah dua bulan pemergian Ayah.

“InsyaAllah,Ibu dan Ayah sentiasa mendoakan kamu semua.” Ibu menyapu jem di roti dan menghulurkan pada Ayyash.Kami terdiam.Suasana tegang.
“Wah,seronok juga kalau Acik ngan Alang jadi cikgu kat sekolah Ayyash, mesti kurang homework ,” kata Ayyash dengan mulutnya yang penuh dengan roti.
“Ayyash,don’t talk with your mouth full,”aku menggelengkan kepala.
Ayyash tersenyum.
“Ha,jangan nak mengada.Acik rasa Ayyashlah orang yang paling bnyk Acik akan denda,”Sumaiyah tersenyum sinis.Ayyash buat tak endah.Terjegil mata Sumaiyah memandang anak saudaranya itu.Aku ketawa,Ayyash,,,,,Ayyash.

“Hajar,abang nak pergi dulu.Ibu,semua,saya pergi dulu.ada meeting pagi ni,”Suhail menyorong kerusi. Aku menghulurkan beg bimbit. Suhail menyambutnya.Aku menghantarnya sehingga ke garaj.Suhail mencium keningku,“Elok2 di rumah.Abang balik lambat sikit.Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Aku menghantar Sumaiyah,Zinnirah dan si kecil Ayyash ke Sekolah Integrasi As-Syakirin,Shah Alam. Adik2ku  lepasan Universiti Yarmouk,Jordan teringin untuk mencari pengalaman di sekolah anakku.Kata mereka nak berehat sebelum sambung belajar. Kubiarkan mereka asalkan mereka tidak membuang masa seperti sesetengah remaja yang lain.

**************************************************************************
  ‘Baik,cik Zinnirah.Kamu diterima.Mulai esok cik akan mengajar Bahasa Inggeris di sini merangkap guru kelas pelajar Tahun Tiga,” kata Pengetua.
“Alhamdulillah,” Zinnirah tersenyum.
“Sekarang cik Sumaiyah,”Pengetua membelek2 resume Sumaiyah, “Oh,permohonan guru Bahasa Arab.Kalau macam tu,kita dengar sedikit syair arab.Dah lama saya tak dengar. Cuba awak sambung ni,

أُنـبِـئـتُ أَنَّ رَسولَ اللَهِ أَوعَدَني
وَالـعَـفُوُ عِندَ رَسولِ اللَهِ مَأمولُ

“Allah,ni syair Kaab bin Zuhair.Dah lama aku tinggal syair ni sejak Tahun 2,”getus hati Sumaiyah. “Saya cuba,”ujarnya tersekat2.

أُنـبِـئـتُ أَنَّ رَسولَ اللَهِ أَوعَدَني
وَالـعَـفُوُ عِندَ رَسولِ اللَهِ مَأمولُ
مَـهـلاً  هَداكَ الَّذي أَعطاكَ نافِلَةَ
الـقُـرآنِ  فيها مَواعيظٌ وَتَفصيلُ
لا تَـأَخُـذَنّـي بِأَقوالِ الوُشاةِ وَلَم
أُذِنـب  وَلَـو كَثُرَت عَنّي الأَقاويلُ

Sumaiyah terhenti.Kematian kata2.Dia cuba mengingat balik,namun hampa.Urat2 saraf neuronnya tidak mampu berfungsi dengan baik. Dia mula menggaru2 kepala yang tidak gatal.

لَـقَـد أَقـومُ مَـقاماً لَو يَقومُ بِهِ
أَرى  وَأَسـمَعُ ما لَو يَسمَعُ الفيلُ
لَـظَـلَّ يُـرعَـدُ إِلّا أَن يَكونَ لَهُ
مِـنَ الـرَسـولِ بِإِذنِ اللَهِ تَنويلُ
مـازِلـتُ  أَقـتَطِعُ البَيداءَ مُدَّرِعاً
جُـنحَ  الظَلامِ وَثَوبُ اللَيلِ مَسبولُ
حَـتّـى  وَضَعتُ يَميني لا أُنازِعُهُ
فـي  كَـفِّ ذي نَقِماتٍ قيلُهُ القيلُ
لَـذاكَ أَهَـيـبُ عِـندي إِذ أُكَلِّمُهُ
وَقـيـلَ  إِنَّـكَ مَسبورٌ وَمَسؤولُ
مِن ضَيغَمٍ مِن ضِراءَ الأُسدِ مُخدِرَةً
بِـبَـطـنِ  عَـثَّرَ غيلٌ دونَهُ غيلُ
يَـغدو  فَيَلحَمُ ضِرغامَين عَيشُهُما
لَـحـمٌ  مِنَ القَومِ مَعفورٌ خَراذيلُ
Sumaiyah menoleh ke arah suara tersebut. Zinnirah pun. Seorang pemuda berkaca mata telah menyelamatkanku,getus hati Sumaiyah.Hatinya melonjak2. Dia tersenyum.

“Apalah ,belajar bukan main jauh.Syair sesimple tu tak tahu?” Kening pemuda itu diangkat,jelas mempamerkan keangkuhannya. Minda Sumaiyah mula ligat berfikir,menyusun strategi untuk membalas,kata2 pedas sudah tersedia di bibir. Senyuman sinis dipamerkan.Zinnirah yang bagai memahami adik kembarnya itu lekas memegang jari jemari Sumaiyah seraya membisik, “Sue,tenang.Interview ni.”

Sumaiyah tersedar,lantas bibirnya beristighfar. Pengetua memandang ke arahnya, “ Abaikan anak saya ni.Dia ni cikgu Kimia tapi minat sangat dengan syair Arab. Cik Sumaiyah boleh datang esok,ajar Bahasa Arab sekaligus mejadi guru kelas Tingkatan 2.” Sumaiyah mengucapkan terima kasih. “Oh,anak pengetua rupanya. Jaga kau,siaplah nanti,”sempat lagi Sumaiyah bermonolog.



Sumaiyah terjaga dari lena.Kepalanya pening.Dia menoleh ke kiri.Dia melihat Muslim dan Zinnirah sedang berbual kosong di beranda. Asyik benar adik-beradik itu berbual sehinggakan sahutan Sumaiyah tidak mereka dengari. Ini yang aku pantang,aku dahlah susah nak tidur.Bila dah tidur,ada orang ganggu.Bikin aku panas,Sumaiyah bermonolog. Dia berjalan ke arah mereka. Dia meletakkan mukanya antara Zinnirah dan Muslim seraya berkata, “Bagus ke kacau orang Imsonia tidur? Tak ada sekelumit rasa kesian ke pada mereka?”

Zinnirah dan Muslim ketawa,serentak mereka menjawab, “TIDAK!!”
Sumaiyah geram.Dia langsung lari ke bilik ibunya. Dia menolak pintu perlahan2,khuatir menganggu ibunya.Demi melihat Ibu yang sedang menangis teresak2 sambil memeluk bingkai gambar Ayah,Sumaiyah menuju ke arah Ibu,baring di sebelahnya.Bagaikan anak kecil,dia turut menangis. Terkejut sang ibu. Sumaiyah bangun,begitu juga Ibu. “ Ibu dahla.Jangan menangis.Jom kita solat tahajjud,kita doakan agar Ayah mudah dan tenang di alam sana.”ajak Sumaiyah. Ibu mengangguk.

Pagi itu selepas subuh,Sumaiyah tidak tidur. Hadis Nabi : Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” menjadi prinsipnya.Usai mentadabbur kalamNya di beranda  dia menggosok baju yang akan dipakai nanti. Hari ini ialah hari pertama.Orang kata “First Impression is everything”.Dia perlu tampil kemas .

Dia menuju ke kelas Tingkatan Dua.Memandangkan itu sekolah swasta,jadi tidaklah terlalu besar.Mudah untuknya mencari kelas tersebut.Suasana kelas yang bising menjadi senyap semasa dia masuk. Ketua Kelas mengucapkan salam diikuti para pelajar yang lain. Dia mempekenalkan diri.Setelah itu,seorang demi seorang pelajar bangun untuk memperkenalkan diri mereka. Rata2 mereka dari golongan berada,bisiknya. 
 “Baiklah insyaAllah saya akan mengajar kamu semua Bahasa Arab.Sekarang buka muka surat 37,” Sumaiyah membuka halaman 37.
“Tak nak!”
Sumaiyah mendongak.Matanya dikerutkan, “ Ya?”
“Kami tak nak belajar Bahasa Arab.Susah!” Seorang pelajar bangun. Para pelajar lain bersetuju dengan pelajar tersebut.
“Boring”
“Annoying”
Terus-terang budak2 ni,getus hati Sumaiyah.
Sumaiyah berfikir.Dia harus melakukan sesuatu. Dia harus membuatkan mereka mencintai bahasa arab. Bahasa al-Quran,bahasa Rasulullah. Bahaya budak2 ni.
“Baik hari ni tak payah belajar,tapi kita  main kuiz.Boleh?”

Sumaiyah menuruni anak tangga.Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.Waktu untuk pulang. Dia mencari Zinnirah di bilik guru.Bukan kakaknya yang dia jumpa,malah Cikgu Kimia itu! Dia berlalu pergi tanpa mempedulikan pemuda tersebut. Namun,suara pemuda itu menampar cuping telinganya, 

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“
 Sumaiyah ke mejanya.Dia duduk.Sementara menunggu Zinnirah dia membuka al-Quran,cuba mengulangi hafalannya. Tapi, terhenti apabila cikgu Kimia tersebut berada di hadapannya.
“Assalamualaikum,Ustazah Sumaiyah”
Minda Sumaiyah ligat berputar,nak layan ke tak? Tak baik sombong,Sue.

“Waalaikumsalam.Ada apa?”
“Saya cuma nak minta maaf atas peristiwa semalam.Saya memang suka kacau orang baru.Anyway,nama saya Syamil Ahmad Basayev.Free to call me Syamil.Tapi pelajar panggil saya Sir Syamil.”
“Oh,baik Sir Syamil.”
“Too formal,Syamil is better.Ok see you next time.Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”Sumaiyah menghela nafasnya.Dia membelek jam di tangannya.Mana Zinnirah ni?

BERSAMBUNG,,,

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com