Pages

Thursday, July 14, 2011

Yahya Ayyash,,

Bismillah….

“Assalamualaikum,mama ke ni?”
“Waalaikumsalam,ye mama ni,sayang. Ayyash sihat?”
“Sihat! Ayyash tak pernah lupa makan ubat yang tok paksa setiap hari .”
Aku tersenyum.Dah besar anakku.Petah dia menjawab walaupun kadang-kadang pelatnya menggelikan hatiku.
“Ayyash tunggu mama dan walid semalam.Takde pun,”
“Sayang,kan mama kata insyaAllah lagi 20 hari mama balik,”
“Lama lagi ke?”soal anakku.Esakan kedengaran.
“Tak lama,kejap je,sabarlah,Ayyash.Allahkan sayang orang yang sabar,”kumemujuk.

Senyap,,,tiada jawapan dari si kecil.
“Yahya Ayyash….”kumemanggil.
Masih tiada jawapan.

“Hajar,ni ibu ni.Ayyash dah masuk bilik….Biarlah dia.Nanti ayah kamu bawa dia makan ais krim okayla tu,”
Aku mengeluh.
“Tiket dah tempah?”soal ibuku.
“Alhamdulillah,abang Suhail dah setelkan semua.Selesai sahaja pembentangan tesis dia,kira-kira lagi empat hari sebelum raya kami pulang,”
“InsyaAllah,ibu dan ayah sentiasa mendoakan kalian di bumi anbiya’ .Jaga suami kamu elok2.Kerja kamu ?”
“Alhamdulillah,ibu. Edouard Andre bersetuju untuk membeli lukisan saya yang baru .Nanti dia nak pamerkan di galerinya,Musee Jacquemart-Andre.”
“Orang Paris tu?”soalku ibuku,teruja.
Aku mengiyakan.Dan kami meneruskan perbualan sehingga suamiku pulang,selesai menunaikan solat Jumaat di Jamek Musa.

Suamiku duduk di meja makan.Aku menghidangkan makanan tengahari.Suamiku menegur wajahku yang ceria.Aku menceritakannya perihal Ayyash,bagaimana dia memaksa ayahku membelikannya cincin kerana dia ada  mendengar ceramah pak Imam,kata beliau Rasulullah suka memakai cincin di tangan kanannya.Hendak pula cincin persis pak Imam,pening kepala ayahku hendak mencari saiz.Budak 5 tahun,alahai besar mana jarinya.Setiap waktu solat mengikut ayahku ke masjid. Berjubah putih lengkap dgn serban hitam .Jika serbannya dibasuh,tudung hitam ibuku menjadi mangsa.Ibu dan ayahku sabar melayan karenah cucu tunggal mrk .Manja anakku. Suamiku,Suhail ketawa.Rindu sungguh dengan anak itu,luah Suhail.Mataku berkaca.Seleraku terhenti…

Suhail menyambung pelajarannya di peringkat sarjana di universiti al-Azhar,Kaherah,Mesir.Hari esok akan menentukan segala-galanya.Adakah penat lelah Suhail selama 7 tahun ke sana ke sini,menemu ramah orang,menjalankan kajian,menyiapkan tesis untuk pembentangan Masternya di terima para ulamak Universiti al-Azhar?
Tersenyum aku melihat pinggan Suhail licin.Setiap kali selepas makan,dia tidak akn pernah lupa memuji masakanku.Ini membuatkanku bertambah semangat utk mereka resepi2 baru buat santapan suami tercinta.Dan setiap kali selepas makan juga,dia akan menghadiahkan satu ciuman di pipiku.Dia benar2 ingin mencontohi akhlak Rasulullah.Sebolehnya tidak mahu membebankanku,dia akan membantuku di dapur,menyapu rumah,membasuh baju. Alhamdulillah,mungkin sudah terbiasa membuatnya semasa beliau duduk bersama2 teman-temannya dahulu.
 ************************************************************************

Masih segar di ingatanku bagaimana detik perkenalan kami.Masa itu kami di Malaysia,Aku sedang belajar di universiti tempatan di peringkat sarjana.Suamiku merupakan tutor muda yang bekerja sambilan di universitiku menggantikan ayah saudaranya yang menunaikan umrah.

“Aisyah,kenapa mcm pernah tgk je mamat ni?”soalku,aku membetulkan easel.Kuas dan pelet kusatukan di atas meja.
“Weii,jejaka yg kaupanggil mamat ni ustaz,tgh nak amek master kat Azhar…”balas Aisyah,membetulkan tudungnya.

“Oh,Azhar..”aku buat tak endah.
“Jangan Hajar,kalau kau nak tahu Azhar adalah universiti yang tersusah di dunia nk luluskan master,..”
“Oh,tapi,ustaz ajar org lukis,pelik je,,,”aku mendengus.
“Hajar,don’t judge the book by its cover”Aisyah menepuk bahuku.
“Whatever,”aku mencemikkan muka.

Ternyata benar kata2 Aisyah,hebat juga ustaz muda ni,,lukisannya kemas dan lebih berkonsepkan kehidupan masyarakat. Orangnya sopan,baik .Lekas marah tapi cepat bertenang.Suaranya lunak persis teman rapatku,arwah Yahya.Dan satu peristiwa yg tak akan aku lupa ialah peristiwa semasa aku hendak membayar di kaunter sebuah kedai runcit.

“Alahai,mana duit aku ni? Org dahla beratur ramai kat belakang,,”aku tercari2 dompetku.Tiada. Aku mengetap gigiku,menahan malu.Bagaimana ni?

 “Cik,kirakan barang dia dengan barang saya.Kami sekali,”
Aku menoleh belakang,mcm kenal suara itu,,
Alamak,ustaz tutor!!!


Aku tersipu2 ketika dia menghantarku di hadapan rumahku.Ala,bukan nak teman,nak tuntut duit ,mana taknya,barang yg kuambil di kedai runcit tadi melebihi RM50.
Aku menyerahkan wang dan mengucapkan terima kasih.Dia mengangguk dan berlalu pergi. Wah,bertambah kagum aku dgn dia.Amat menjaga perbualan dgn wanita ajnabi. Dalam diam,ada sekelumit rasa kasih di hati.

  “Hajar,balik sabtu ni.Ibu ada hajat”

Begitu ringkas sms ibu.Sebenarnya minggu ni aku sibuk sangat.Tapi,tak mengapalah demi ibu tercinta.Lagipun sekarang musim durian,mana boleh lepaskan peluang itu. Malam itu juga kupecut kereta sagaku.

Nak luruh jantungku apabila ibu memberitahu ada org ingin merisikku.
“Kali ni org mana?”soalku,selamba.
“Ada dua orang.Kali ni ibu pilih ustaz.Tak kira,kali ni kamu kena setuju.Dulu pinangan Doktor Saiful anak Pak Hamid kamu tolak,Cikgu Halim pun kamu tak nak.Ibu tak kira,” tegas ibuku.Aku menundukkan kepala.Ibu ni tak pernah faham.Orang nak belajar lagi,disuruh kahwin.

Namun,hatiku segera berubah apabila melihat tetamu yg tiba,,Aku melompat2 di atas katil.hatiku berbunga riang.
“Aik,kenapa bergegar ni?Gempa?” teriak ayahku dari luar. Aku turun dari katil,kutatap wajahku di cermin.Merah. Kuintai lagi di balik daun pintu,Kupasti itu dia…

***********
“Nak pergi Suq Husein ke petang ni?Beli brg Malaysia,”ajak Suhail,mematikan lamunanku.
Usai melipat telekung,aku duduk berteleku di atas permaidani.
“Boleh juga.Tapi,kena pergi awal sikit sbb petang ni lps Asar kan ada talaqi dgn Sheikh Ahmad,”aku memandang tepat ke arah Suhail.

“Hurm,,kita pergi lps Zohor boleh? Sheikh buka kitab baru.Tapi,Hajar tak beli lagi kan kitab tu?Abang dah beli lama,”ujar Suhail.
Aku mengangguk seraya mengambil pensel,kulakar sesuatu di atas kanvas lukisan.Alamak,stok cat minyak nak habis!

*****
Pagi ni sayu aku melihat wajah Suhail menghantar aku dan 2 orang kawanku,Aisyah dan suaminya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.Sebentar lagi kami akan berangkat ke Dubai selama seminggu. Kami bekerjasama dgn para seniman timur tengah seperti Huda Lutfi ,Khorramian,Pouran Jinci dan Rana Begum akan mengadakan pameran lukisan yang bertemakan Music Contemporary di galeri kesenian di sana.Aku amat teruja kerana ini kali pertama aku akan ke Dubai! Namun sedih juga kerana Suhail dan Ayyash tak dapat ikut bersama.

Semasa dlm penerbangan aku mengelamun lagi.Itu lebih baik dari masaku terisi dengan melihat adegan gurau senda Aisyah dan suaminya.Mereka berdua teman rapatku sejak di sekolah menengah lagi.Cemburu aku melihat Umar mengusap lembut perut Aisyah yang mula membesar.Kandungannya kalau tak salah hampir mencecah 5 bulan.Dan ini anak ketiga mereka! Aku mengeluarkan lipatan kertas dari beg bimbitku. Ayyash,bisikku.Aku mencium lukisan itu.Aku memejamkan mataku…

“Abang,apa kata abang sambung je Master di Malaysia.Tak kan nak biar ibu dan ayah saya menjaga Ayyash.Dia sekarang dah 3 tahun.Dia perlukan kita,”jari-jemariku megusap lembut rambut Suhail.
“Sayang,abang dah istikharah..Jawapannya tetap Azhar.Walau susah,abang akan berusaha..Macam mana kalau kita bawa je Ayyash tinggal dgn kita di sana,di Mesir?”cadang Suhail.
“Tapi,saya khuatir.Kalau saya ada pameran di luar negara,siapa yang nak jaga Ayyash?Awak sibuk dengan tesis dan muhadarah.Tak kanlah setiap kali saya ke luar negara kena bawa Ayyash sekali?” Aku merenung ke arah Suhail,tepat ke arah mata coklatnya.
“Dah,bukankah itu tugas seorang ibu.Kalau susah ,berhenti je la,”
Terkejut aku mendengar kata2 Suhail.Dadaku mula berombak.
“Habis tu kita nak makan apa? Itu je mata pencarian kita sekarang!Abang ada cita2,saya pun ada cita2 saya” Aku meninggikan suara.
Nampaknya ego lelaki Suhail juga tidak mahu kalah.Syaitan menari2 di sekeliling kami,mengipas2 kami dengan nafsu amarah. Hadis Nabi hilang entah ke mana.Masing2 tidak mahu kalah,tidak mahu berganjak dari posisi.Mata aku dan Suhail bertemu.

“Apa maksud awak? Awak nak kata lukisan awak selama ini yang bagi kita makan? Macam tu?” tengking Suhail.
Aku mengetap bibirku,mataku berkaca.Aku menahan air mataku,khuatir jika ia tertumpah,maka bersoraklah Suhail dengan kemenangannya!

“Dah,nak harap biasiswa awak?Hasil jualan buku2 awak? Kebulur kita!” luahku,geram.

Dasar lelaki,kemuncaknya pasti menggunakan tenaganya.Tangannya mula diayunkan ke wajahku.Ya,tangan itu yang menyalami ayahku di saat akad nikah.Tangan itu yang menyaksikan ikrarnya akan menjagaku,akan menyempurnakan tuntutanku zahir dan batin.Kini ? Aku memejamkan mata.

“Walid!”

Pergerakan Suhail terhenti.Aku membuka mata.Ayyash datang dengan lukisan di tangannya.Aku mengucapkan syukur pada Allah,bukan krn terselamat dari Suhail.Tapi,kerana Ayyash terselamat dari melihat pergaduhan kami.Jika tidak , ini mungkin membawa implikasi yang buruk terhadap tumbesarannya.

Suhail menoleh ke arah Ayyash,”Ye,sayang nak apa?”

Ayyash menghulurkan kertas berukuran A4 di tangan mulusnya.
Ada 3 bentuk di atas kertas tersebut.Dan kuyakin rupanya seperti sel ‘Amoeba’.Aku mengesat air mataku.
“Oh,ni gambar Ayyash,walid dgn mama ke?” soal Suhail.
“Ye!” jerit Ayyash riang.
“Ayyash,salah ni.Biar walid betulkan.Walid ada janggut.Rambut walid jatuh sikit.Walid kan handsome.Betul tak?Hah,muka mama ni kena besar sikit.Rambut biar ceracak2.Tapi,mata mama Ayyash kena lukis kecil sikit.Sebab mata mama bila malam dia bercahaya,cantik….”Suhail tak mampu meneruskan kata2nya.Dia tertunduk,ada air jernih jatuh atas kakinya.

Aku memeluk belakang Suhail, “Maafkan Hajar,bang.” Air mataku tertumpah.

*****
Pagi itu,selepas menunaikan solat Dhuha,kami ke pameran seni Zakaria Ramhani di Dubai International Financial Centre.Umar menemani Aisyah ke bilik air,loya katanya. Aku mengambil keputusan utk berjalan sendirian.Besar pameran tersebut. Sedang asyik aku berjalan sambil mengamati hasil seni dari seniman kelahiran Tangier,Morocco itu,ada satu suara dari belakangku,menepis daun telingaku.Kuamati suara itu.Rasanya seperti seseorang dari masa laluku.Aku menoleh belakang. Nampaknya dia pun menyedari akan kehadiranku di sini.Dia menapak ke arahku.Dadaku beralun kencang.Tanpa kusedari,terpacul dari bibirku, “Yahya?”

Dia tersenyum,lesung pipit jelas kelihatan di wajahnya.Dan aku pasti itu memang dia.
Dia berhenti tepat di hadapanku,seraya berkata, “Ya,Hajar. Ini Yahya….masih ‘hidup’ lagi.”

Selepas itu dunia aku seakan berputar,suasana kelam.Figur Yahya semakin kurang jelas…

Buk..
*******
Alhamdulillah,kerjaku selesai. Masa untuk aku bersiap-sedia pulang ke tanah air,tanah tumpahnya darahku!Penerbangan kami esok pagi dan  pembentangan Suhail adalah hari ini.Takutnya aku,ya Allah,permudahkanlah usaha suamiku. Lembutkanlah hati para pensyarahnya.Aku meraup tangan ke mukaku.

Aku bersiap2 untuk melihat Suhail membuat pembentangan.Semoga ini dapat menaikkan semangatnya. Aku memandang cermin,membetulkan abaya yang dihadiahkan Suhail pada ulangtahun perkahwinan kami yang lepas. Tubuhku sedikit berisi. Aku senyum sendiri.Tiba2,fikiranku beralih kepada kejadian di Dubai.Yahya,,dia masih hidup.Aku tidak menceritakan apa2 pada Aisyah dan Umar.Aku tidak mahu mereka terkejut.Apa yang pasti Yahya lari saat tubuhku rebah kalau tidak sudah tentu Aisyah akan menceritakan tentang Yahya.

Telefonku berdering.Pantas aku berlari mengikut arah deringan. Mana pula,gerutu hatiku.
Bila kutemu ,pantas kumenjawab, “Waalaikumsalam,min di? Aiwah,ana Hajar.Fi eh? Suhail? Eh?!!”  (Waalaikumsalm,siapa ni? Ye,saya Hajar.Ada apa? Suhail? Apa?)


Aku menolak troli.Lemah aku berjalan berseorangan meredah lautan manusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kemalangan itulah puncanya. Sepatutnya Suhail berdiri di sampingku. Sepatutnya hati kami berdua menjerit keriangan menunggu si kecil Ayyash. Namun itu hanya angan2 indah yang mampu kubina di siang hari.Kita mampu merancang namun Allah jualah sebaik-baik perancang.Allah telah menentukan segala-galanya.Sabarlah Hajar,aku menguatkan diri. Bukankah antara rukun iman itu adalah mempercayai Qada’ dan QadarNya,sama ada baik atau buruk? Namun jawapan apa yang harus aku berikan pada si kecilku,Yahya Ayyash? Mampukah dia menerimanya? Oh,Tuhan,tak sanggup lagi aku menatap wajahnya sekirannya dia menanyakan aku tentang walid.

Aku menolak troli bagasiku. Aku tersenyum apabila melihat susuk tubuh kedua ibu bapaku.Ibuku berjalan pantas ke arahku,memeluk erat tubuhku.Aku menyalaminya dan ayah.Ayah menolak troli.Kami ke ke kereta.Aku menanya ttg anakku. Pelik,tidak mungkin Ayyash tidak mahu ikut datuk dan neneknya. Ayah diam,dia memasukkan bagasiku ke dalam kereta. Seribu persoalan dalam benakku. Ujian lagikah?

Pacuan empat roda ayah membelah kesunyian malam lebuh raya..Kulihat bintang di atas,terang di bumi sendiri. Tenang sahaja mlm ini. Barangkali malam Lailatulqadr. Ibu melenakan diri di kerusi sebelah ayah.Hanya alunan zikir berkumandang dari corong radio. Tiba-tiba…

“Mama!!!”
Bagai nak luruh jantungku.Aku menoleh ke belakang.
“Ayyash!!!”Aku menjerit,langsung kupeluk anakku,yg sekian lama tidak bertemu.Perit dua tahun hilang sudah.Dia memelukku erat seolah2 tidak mahu melepaskan aku lagi. Yahya Ayyash baring di ribaku,meminta diusapkan kepalanya. Lama kelamaan mata anak itu tertutup.Mataku melihat jam Elle di tanganku.Sudah pukul 12,getus hatiku.Aku pun tertidur.Malam itu Suhail datang dalam mimpiku…

           
“Mama,Ayyash nak baju raya warna merah.Wan kata jika Rasulullah pakai baju merah,tiada orang lain yang lebih cantik.Ayyash pun nak cantik macam Rasulullah,” petah anakku berkata2.
“Wah,bagusnya anak mama ni!” Aku menggeletek perutnya. Ketawa Ayyash kegelian.
Petang itu juga aku membawanya berjalan2 di sekitar ibu kota. Kulihat masih ramai anak muda yang duduk berkeliaran di kaki lima.Ada juga yang tanpa segan-silu merokok di khalayak ramai. Bukankah bulan Ramadan bulan yang mulia,sepatutnya diisikan dengan aktiviti2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Aku singgah sebentar di Pasar Budaya,teringin melihat perkembangan seni tanah air. Aku menasihati Ayyash agar selalu berada bersama aku.Risau melihat pendatang asing yang merenung tajam ke arah kami.Bukanlah niatku untuk bersangka buruk,malah Allah pun melarang hambaNya berburuk sangka antara satu sama lain.Namun,saat ini kami harus sentiasa berwaspada.Aku genggam erat tangan kecil Ayyash.
Terpegun aku melihat hasil karya mereka,cantik.Amat seni buatannya.Mengapa tidak dikembangkan sayapnya ke peringkat lebih tinggi? Bagus juga,kalau tidak habis periuk nasi aku,aku tersenyum.

Setelah itu kami pulang ke rumah. Ayyash terbaring keletihan di hadapan televisyen sambil menonton siri Upin dan Ipin. Ayah dan adik lelakiku sibuk membakar lemang di halaman.Adik2 kembarku yang sudah sebulan sampai dari Jordan membantu ibuku memasak rendang. Rendang Tok Jordan kata mereka. Perasanlah tu.Semua sudah berkumpul.Hanya abangku yang sedang belajar di Ireland tidak dapat pulang.Isterinya baru bersalin,masih dalam pantang.Aku menyiapkan juadah untuk berbuka puasa,Alhamdulillah,sempat juga berbuka puasa dengan keluarga walaupun pada hari terakhir Ramadan.Malam tu kami hanya duduk di rumah,menanti2  pemberitahuan 1 syawal di TV3. Melompat Ayyash apabila mendapat tahu esok raya. Pantas dia mengajak Ucunya,adik lelakiku untuk bermain bunga api. Kami pun ikut serta. Ayah mengisikan minyak di lampu pelita.Di luar,takbir mula berkumandang di setiap corong2 menara masjid. Aku berasa puas. Tahun sebelum ini aku beraya di Itali dan Mesir,namun suasana aidilfitri di Malaysia tetap menjadi pilihan. Ayyash dan Ucu berkejaran.Hilai tawa memenuhi suasana. Alhamdulillah…

Aku menyarungkan selipar.Ramai sungguh orang solat sunat aidlfitri di masjid ni.Aku memapah ibu. Penat sangat agaknya menyiapkan juadah raya. Adik2 kembarku,Sumaiyah dan Zinnirah menyuruh kami berjalan dahulu,mahu berjumpa dengan teman lama.Aku mengangguk.Dari jauh,Ayyash berlari menjerit,memanggilku.Mulutnya tak henti2 menceritakan bagaimana dia bersembahyang.

“Ayyash tahu kena angkat tangan macam ni,tujuh kali,” Ayyash mengangkat tangannya tanda sedang bertakbir.
“Yela,tu. Dia paling kuat takbir.Masa khutbah dia tidur dulu,” ucap Ucu.
Kami ketawa. Ayyash mencubit Ucu.Ucu menyorok di belakang ayahku.

“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam,”serentak kami menjawab.Kami memandang ke arah empunya suara.
“Walid!”
“Abang?!”
“Suhail!!”
“Abang Ngah?!”

Aku menampar2 pipiku. Hajar,bangun!

“Dah,awak tak mimpi pun,” ujar Suhail.Aku tersenyum,mataku berkerut.
“Tapi,abang kata tak jadi balik. Pembentangankan 2 Syawal.”
“Alhamdulillah,lepas kemalangan. Doktor2 minta saya rehat,seminggu lepas raya,baru sambung.” Kami mengangguk.
Suhail mendukung Ayyash, “Ayyash kata nak tunggu Walid,”
“Walid lambat sangat,” ayyash mencium pipi Suhail.

“Jom,kita balik,makan ketupat. Ayah dah lapar sangat ni!”
“Ucu pun,”balas adik lelakiku.
“Mana pula anak dara dua orang”Soal ibuku,matanya liar mencari Sumaiyah dan Zinnirah.
“Maaf,lambat.Dah lama tak jumpa kawan,” tersengih Zinnirah.
“Ustazah,cepat sikit. Ayyash nak duit raya,” Ayyash memandang Sumaiyah.
“Okaylah Yahya Ayyash!”
Kami ketawa. Dalam hatiku tak putus2 bertahmid dan bersyukur kepadaNya.Terima kasih ya Allah…



No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com