Pages

Thursday, August 4, 2011

Markaz Tarbiah Ramadhan

BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Ha,sahabat2. Maaflah entry Ramadhan kali ni terlewat sedikit. Maklumlah,org baru balik .Jetlag x abeh2,tp makan x pernah jetlag,hehe. Weekend hari tu gi cuti dgn famili di Port Dickson,naik banana boat,cuba2 paintball.Uit,ustazah tembak? Haha.Seronok juga. 

 Almuhim,kali ni,ada berita baik yang sy perlu kabo kat teme2. Markaz Tarbiah Ramadhan .Pendaftaran terbuka dan percuma kpd setiap mukallaf muslim. Program jangka pendek ini tak lama,sebulan je. Bnyk aktiviti menarik sms program,tp sy rasa yg plg menarik ialah aktiviti 'Pencarian Lailatul Qadr'. Setiap peserta yg berjaya akn mdapat sijil TAQWA bersama hadiah2 lain yang menarik. 

Haa,tertarik tak? Jom daftar! Tapi sblm tu,sy teringin nak berpesan kpd sahabat2.Program jangka pendek ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Sahabat2 sanggup ke?Berpanas,lapar,penat dan dahaga di siang hari? Dan aktiviti2 sms program berlangsung mmg seronok spt "Sahur"  dan bagi sesiapa yg sukakan aktiviti malam yg santai boleh menyertai aktiviti "Terawih berjemaah" ,tak lupa juga aktiviti LDK iaitu "Tadarus" dan "Iftor Jami3i".



Ada aktiviti baru yg dimasukkn bg sesi kali ini iaitu "Merebut BarakahNya". Sebenarnya,sahabat.Kita bukanlah hnya duduk2 menahan diri dari buka peti ais dan hnya tggu azan Maghrib berkumandang.Tidak! Markaz Tarbiah Ramadan sebenarnya mengajak kita merebut Barakah yg bulan2 lain tiada. Bagaimana utk mendapatkan barakah tersebut? BIla? Ha, teruskan pembacaan,,,

1)Waktu sahur
Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada 
berkat". ( H.R Bukhari dan Muslim 

2)Selepas solat fardhu
3)Hadir majlis ilmu
Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy. 

4)Saat membaca alQuran

5)Selesai bersedekah
((Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung)) (Hadis Bukhari)

6)Waktu berbuka
((Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya))

 
Sebelum saya terlupa,harap thn ini aktiviti malam "Terawih Berjemaah" dpt berjalan lancar.Mcm thn2 sebelum  ni,depa jenuh berkelahi,nak buat 8 rakaat ke 20 rakaat. Tok sah berkelahi,buat ikut suka.Yang salah adalah tak buat langsung. Nabi s.a.w  solat 8 rakaat,S.Umar r.a solat 20 rakaat. S.Uthman r.a solat 30 rakaat. Pilihlah,Ramadhan sekali setahun je. Pilihan di tangan anda.

Akhir kata,,,bersucilah dulu dan bersiap2lah sebelum memasuki markaz ini. Program jangka pendek ni cuma sebulan. Sahabat2 Nabi kita dah bersedia 6 bulan awal. Kita asyik kata cintakan Rasulullah,jadi tunjukkan. Peringatan buat saya dan diri sahabat2...Apa lagi tercegat.Moh la daftar.

p/s Sijil TAQWA? tak tahu? Haa,entry pas ni sy citer apa yg guru sy citer. Check it out!

Salam!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com