Pages

Sunday, October 9, 2011

Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani

Salam semua! Dah lama x update blog. Minggu ni sibuk bebenor.Bnyk nota2 tertangguh.Ni mlm ni pun sbb dh habis buat Bahas Tafsir.Esok Doktor nak.

Sebenarnya rasa bersalah juga tinggalkan kelas Sheikh Ahmad hari ni,tapi sy tgk yg aulanya di sini setelkan bahas dulu.

Minggu ni alhamdulillah,saya mula mengikuti kelas Sheikh Yusri di Muqottom. Sebenarnya denda sebab sy terlambt bgn utk Tahajjud.Ingt ke sehari tu je nk pergi,,,rupa2nya seronok pula.Mcm addicted,rasa mcm nk pergi lagi.Walau ngantuk,nk pergi juga. Moga aku terus Istiqomah talaqi dgn Sheikh Ahmad n Sheikh Yusri,,,ameen.


 

Sheikh merupakan contoh terbaik seorang muslim yang dapat menggabungkan bidang profesional dan agama. Merupakan seorang doktor pakar dalam bidang pembedahan, dalam masa yang sama merupakan seorang Alim yang pakar dalam bidang hadis, feqh, qiraat d.l.l selepas menuntut ilmu dari ulama-ulama besar dunia dan mendapat ijazah syariah dari U. Al-Azhar. Sheikh memulakan kehidupan setiap hari dengan majlis zikir dan pembacaan hadis dengan muridnya kemudian bekerja sebagai seorang pakar bedah. Pernah dihantar ke beberapa negara untuk bantuan perubatan ke afghanistan d.l.l bersama perubat2 dari seluruh dunia. Pernah berdakwah ke beberapa negara termasuk Malaysia. Sheikh mengajar Sahih Bukhari di Masjid Azhar setiap Sabtu dan pengajian kutub sittah setiap pagi. Saya mengambil ilmu hadis dari beliau.


InsyaAllah,esok klu free,,sy ingt nk ajk Pi pegi daftar kat Markas belankang umah ,mcm nak amek Kelas France,,saje utk menyahut cabaran MB Pahang. Mmg ini impian aku sjk dulu lagi,,hahah.Klu lah ada kelas bahasa Hieroglif,dh lama aku daftar.

Ok,la.Dah mlm ni,takut esok x larat ke kelas Sheikh Yusri. salam!!!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com